Cukai Judi
LIYANA MARZUKI
1. Punya kecoh minggu ni pasal isu judi. Macam ini pertama kali. Al-kisahnya cerita cabutan judi 22 kali bukan benda baru. Hujung tahun lepas pun dah berbangkit isu. Isunya, Kerajaan PN bawah PM Mahiaddin naikkan cabutan judi sampai 3 kali ganda. Dulu zaman PH hanya 8 kali, zaman PN sampai 22 kali.
2. Benda ni dibahaskan dalam Parlimen, yang bangkitkan ialah MP DAP, YB Liew Chin Tong. Dia tanya dalam Dewan kenapa Kerajaan back track keputusan Kerajaan PH terdahulu. Yang turunkan cabutan judi 8 kali setahun. Kenapa ikut balik Kerajaan BN terdahulu? Masa tu kita pun malu. Orang PAS yang dalam Kerajaan pun tak tahu.
3. Nak cover, PAS sampai ajak DAP geng sekali nak kurangkan balik jumlah undi. Eh... sekarang boleh geng pula? Kita pun heran, apa cerita ni, dia yang dalam Kerajaan apa guna? Mana teori “minoriti mengawal majoriti” yang diratib dulu?
https://www.malaymail.com/.../pas-invites-dap.../1936681
4. Untuk pengetahuan, cabutan judi ni diperkenalkan pada tahun 1999 zaman Tun. Tujuan mulanya nak gunakan cukai tersebut bagi beri bantuan kepada mereka yang kena virus Nipah. Dah lebih 2 dekad ia diteruskan pada dua Selasa setiap bulan. Jadinya 22 kali kecuali bulan Ramadhan dan hujung tahun. Hasil cukai judi ni pada mulanya hanya RM1.2 billion pada tahun 1999, tapi dah meningkat punya banyak. Tahun 2018 sampai cecah RM4.5 billion dan selamanya jadi revenue Kerajaan.
https://www.straitstimes.com/.../malaysias-govt-increases...
5. Dengan hasil punya banyak tu, boleh ke Kerajaan kata NO? Yelah tuan puan kena pikir, masa zaman PH, ia turun ke 11 kali tahun 2018, then 8 kali tahun 2019, makanya hasil Kerajaan pun berkurang. Disebabkan itu, dasar jimat cermat perlu dibuat. Masa tu, Pembangkang menganjing, sampaikan “RM30 duit e-wallet” pun jembalang cytro dok spin. Nak buat Rakyat benci, kenapa tak banyak bantuan yang diberi?
6. Tapi kita tanya diri sendiri? Nak bantuan banyak dari Kerajaan, tapi kena juga celup hasil judi? Adakah kita redha dan pasrah saja? Itukah jenis Kerajaan Melayu Islam yang kita ingini? Padahal ketika zaman PH-DAP pun diaorg tolak hasil cukai judi. Mereka tahu macam mana teruknya kesan tahi judi kepada komuniti.
7. Yang pasti, tahun lepas PAS GAGAL dalam isu ni. Dikompang serata alam pun Kerajaan PN buat tak tahu dan teruskan juga. Sebabnya perlukan hasil cukai judi tersebut untuk tampung belanja.
8. Tahun ni kita tengokkan ajer perangai PAS ni, adakah akan terhasil segala kompangan? Ataupun hanya sembang sementara Rakyat ingat. Jangan jadi macam tahun lepas, benda dah slow down, dia buat lupa. Nampak sgt selama ni memang propa nakkan kuasa.
#propaPAS #penunggang
Wallahu a’lam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/09/cukai-judi.html