Cukai Baharu Ph Menjerut Rakyat
                                  Wartawan Watan-Online                                                                                                                                                              
   Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan pelbagai cukai baharu menambah beban kepada rakyat.
    Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata  kerajaan PH turut gagal mengotakan janji untuk memenuhi manifesto  Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), malah melaksanakan perkara yang  sebaliknya.
    “Mereka adalah kerajaan yang gagal… gagal kerana tidak memenuhi  manifesto yang sepatutnya dilaksanakan dalam 100 hari, gagal kerana  manifesto yang tidak dinyatakan dalam 100 hari pun mereka belum  melaksanakannya malah mereka langgarnya.
Contoh ialah tidak melantik YDP  Dewan Rakyat daripada kalangan Ahli Parlimen, dan itu ada dalam  manifesto mereka… tidak melaksana Suruhanjaya Diraja bagi Felda dan juga  1MDB serta Tabung Haji sedangkan itu yang mereka janjikan. Ini adalah  kegagalan dari segi menunaikan manifesto 100 hari dan juga bukan 100  hari.
    “Kos sara hidup tidak turun, cukai-cukai baru yang menyusahkan rakyat  diwujudkan… contoh Service Tax… Sales Tax… itu yang berlainan… SST itu  pecah dua… cukai perkhidmatan dan juga cukai jualan. Levi pelepasan  iaitu mereka yang mahu pergi ke luar negara dan cukai perkhidmatan  digital…
    “Ini yang orang ramai tidak tahu serta tidak ramai yang ulas dan  baru-baru ini mereka luluskan cukai soda. Jadi ada lima cukai baharu  yang akan dilaksanakan. Kita dulu tidak ada lima cukai berkenaan dan  kita hanya ada satu iaitu GST… sekarang sebagai ganti GST itu nampaknya  ada lima cukai,” katanya kepada media di Kuala Lumpur pada Rabu.
    Mengulas lanjut, Ahmad Maslan yang juga ahli Parlimen Pontian turut  mempersoalkan bagaimanakah kos sara hidup mampu diturunkan sekiranya PH  kekal menambah cukai.
    “Justeru pada saya dari segi tajuk kos sara hidup mereka gagallah…  dan ditambah lagi dengan polisi-polisi yang mereka buat banyak yang  u-turn,” katanya.        
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/cukai-baharu-ph-menjerut-rakyat.html