Cuka Epal Surya Bantu Kurangkan Masalah Perut Kembung
Salam dears… Korang biasa tak alami rasa sebu perut..atau rasa perut kembung semacam ja tapi tak dapat nak sendawa atau kentut. Rasa macam angin tu ‘tersekat’ dalam perut atau kat dada, tapi nak sendawa tak boleh? Huwaaa seksa oiii!
Mama biasanya akan rasa gitu kalau lambat makan, makan terlalu banyak atau tersalah makan benda benda yang orang kata sejuk atau berangin.
Mesti rasa tak selesa perut. Rasa kembung semacam jer. Kalau dibiarkan, silap silap boleh sampai sakit kepala dan migrain jadinya huhu.
Aii tak peknen tau, perut je kembung huhuhu
Dan…yang lagi sadisnya, pernah gak masa perut kembung gitu..orang sangka Mama mengandung! Siap ada yang offer bagi tempat duduk dalam tren lagi tau. Alaaa aii tak mengandung lah, aii #PerutJeKembung, huwaaa nangesss *sob*sob*
Cuka Epal Surya Bantu Kurangkan Perut Kembung
Bila alami rasa perut kembung gitu, biasanya Mama akan minum Cuka Epal Surya (Apple Cider Vinegar). InsyaAllah tak lama lepas minum akan burpp burpp atau prott prott prottttt! Haa bagi sound efek sikit baru korang ada feel gitteww hahahaha.
Cuka epal Surya dengan madu asli ni sedap!
Mama rasa, Cuka Epal Surya ni berkesan sebab cuka epal diketahui mempunyai enzim dan probiotik semulajadi yang boleh membantu masalah penghadaman dan membersihkan usus.
Mungkin sebab tu lah bila minum Surya Apple Cider Vinegar ni, jadi mudah nak ‘membuang’ dan melegakan kembung perut kan.
Selain daripada tu, diantara kebaikan Cuka Epal Surya termasuklah:
– Epal kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan baik untuk detoks.
– Madu asli dengan kuasa bioaktif untuk menguatkan sistem imunisasi.
– Cuka dengan bahan ‘acid acetic’ membantu membersihkan usus dan mengatasi masalah penghadaman.
– Membantu menurunkan berat badan.
– Membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah
– Melegakan sakit tekak.
– Menjadikan rambut lebih sihat.
Kelebihan Cuka Epal Surya (Surya Apple Cider Vinegar):
– Mempunyai sijil Halal Jakim dan mendapat kelulusan sijil HACCP.
– Tidak ada bahan pengawet.
– Menggunakan madu asli tanpa sebarang perasa atau gula tambahan.
Di Mana Nak Beli Cuka Epal Surya Ni?
Cuka Epal Surya ada dijual di Watsons, butik Himalaya dan juga boleh beli online di Lazada. Sepanjang bulan Mac 2019 ni ada promosi di Watsons, RM35 saja untuk ‘twin pack’ dua botol.
Kalau nak lagi jimat, beli online di Lazada sebab ada kod diskaun RM5 tau. Penghantaran pun percuma. So memang jimat dan berbaloi baloi lah sangatlah!
Beli di Lazada dan gunakan kod diskaun KBBA10 ni tau, jimat!
Dengan pantas ku grab hehehe. Kemas, elok di bungkus. Mama puas hati
Cara Pengambilan Cuka Epal Surya
Cara nak amalkan senang je…campurkan 30ml Cuka Epal Surya dengan air kosong dan minum lah sekali atau dua kali sehari selepas makan.
Mama biasa campurkan dengan air sejuk, sedap wehhh! Dan Mama minum sebelum tidur atau bila perlu contohnya bila perut rasa tak selesa tu.
Setakat ni serasi, malah ia dapat membantu Mama kurangkan masalah perut kembung, Alhamdulillah. Korang pun cuba lah juga, kot kot sesuai untuk korang gak. Untuk kesihatan diri, tak salah mencuba kan?
Maklumat Lanjut Cuka Epal Surya:
Facebook: Surya Malaysia
Instagram: Surya Malaysia
Beli online di Lazada
153 total views, 153 views today
The post Cuka Epal Surya Bantu Kurangkan Masalah Perut Kembung appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2019/03/cuka-epal-surya-bantu-kurangkan-masalah-perut-kembung.html/