Cuepacs Mohon Kerajaan Beri Bantuan Khas Aidilfitri


Siti Haliza Yusop Orang ramai mengunjungi Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membeli belah sempena persiapan sambutan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. - Foto fail NSTP KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbang pemberian bantuan khas kewangan bersempena Aidilfitri kepada semua penjawat awam dan pesara kerajaan.
Presidennya, Adnan Mat, berkata secara tradisi kerajaan setiap tahun akan memberi sejumlah bantuan khusus untuk penjawat awam dan juga pesara kerajaan bagi membeli barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Beliau berkata, pemberian bantuan kewangan Aidilfitri itu perlu diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam disamping meringankan beban mereka.
"Pemberian ini juga wajar diberi memandangkan kali terakhir penjawat awam menerima bonus adalah pada 2012 dan selepas itu hanya bantuan khas kewangan sahaja diterima.
"CUEPACS sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengenai perkara ini dan terpulang kepada pertimbangan (Perdana Menteri) untuk meluluskan permintaan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Adnan berkata, CUEPACS pada masa sama berharap kerajaan negeri turut memberi bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam yang bertugas di peringkat negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Ketika ini, katanya, hanya kerajaan Johor yang bersetuju memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri itu.
"CUEPACS mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan Johor dan berharap ia diikuti oleh kerajaan Persekutuan dan lain-lain kerajaan negeri," katanya.
Pada masa sama, Adnan berharap semua pihak berlapang dada dan tidak mempertikaikan jika kerajaan bersetuju memberikan bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam.
Kerajaan, katanya, adalah majikan kepada penjawat awam justeru tidak menjadi kesalahan untuk golongan itu meminta bantuan daripada majikan sendiri.
"Daripada aspek lebih luas, pemberian bantuan khas kewangan ini secara tidak langsung turut memberi impak yang positif kepada ekonomi dan rakyat apabila wang tersebut beredar di pasaran.
"Ia pasti dibelanjakan bagi membeli barangan keperluan dan memanfaatkan peniaga kecil, pasar raya besar dan sektor ekonomi yang lain," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/cuepacs-mohon-kerajaan-beri-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Beri Bantuan Khas Rm500 Kepada Penjawat Awam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2021

Kerajaan Beri Bantuan Khas Rm500 Kepada Penjawat Awam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2021

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 627 hits
Kerajaan beri Bantuan Khas RM500 kepada Penjawat Awam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2021Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Bantuan tersebut diberi kepada penjawat awam ...
Rm1 000 Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

Rm1 000 Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 272 hits
Selain daripada penjawat awam persekutuan yang menerima Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri penjawat awam negeri Selangor juga bakal menerima bonus hari raya pada bulan Mei ini Penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bant...
Bayaran Rm500 Bantuan Khas Aidilfitri Sabah

Bayaran Rm500 Bantuan Khas Aidilfitri Sabah

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 596 hits
Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam di Negeri Sabah Pemberian bantuan ini adalah bertujuan untuk menghargai khidmat bakti dan pengorbanan semua penjawat ...
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 416 hits
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji ini merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 1442 Hij...
Bonus Raya Penjawat Awam Rm500 Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri

Bonus Raya Penjawat Awam Rm500 Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 532 hits
BONUS RAYA PENJAWAT AWAM RM500 TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI Kepada bonus raya penjawat awam tahun 2021 sebanyak RM500 akan dibayar pada 6 Mei 2021 SEMAKAN KELAYAKAN BONUS RAYA PENJAWAT AWAM RM500 Bantuan ini khusus untuk penjawat ...
Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Rm500 Dan Pesara Rm250

Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Rm500 Dan Pesara Rm250

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 620 hits
Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250 ini merujuk kepada kenyataan media Pejabat Perdana Menteri terkini pada 22 April 2021 yang bertajuk Bayaran Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfiltri 2021 Berita gemb...
Bayaran Rm500 Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2021

Bayaran Rm500 Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2021

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 862 hits
BAYARAN BANTUAN RM500 AIDILFITRI 2021Kerajaan hari ini bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan Contract of Service Contract for Service Pegawai Sambil...
2 Penggodam Indonesia Curi As 60 Juta Dana Bantuan Covid 19 Kerajaan As

2 Penggodam Indonesia Curi As 60 Juta Dana Bantuan Covid 19 Kerajaan As

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 193 hits
2 penggodam Indonesia curi AS 60 juta dana bantuan Covid 19 kerajaan AS Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Apr
Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan

Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 454 hits
Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan ini merujuk kepada Pembayaran Bantuan Insentif Khas Tahun 2020 bagi Penjawat Awam Persekutuan di Sarawak Pembayaran BIK Tahun 2020 kepada semua Penjawat Awam Persekutuan ini di...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri