Cucur Badak Tak Ada Badak


 Assalamualaikum wbt
DAH dua hari lupa nak singgah 7E beli Roti Gardenia Wholemeal. Semalam pagi, Sk bertahan dari membeli sarapan di kantin. Tahulah kalau dah ke kantin tu, nampak mee la, nasi goreng la, nasi lemak la, paling tak menahan kalau nampak lontong. Pulak tu, sehari sebelumnya, terserempak dengan staf dari ibu pejabat yang bertanyakan tentang penyusutan saiz badan Sk. Sekarang ni, kalau orang tanya, Sk jawab aje yang Sk diet. Diet tu maknanya jaga makan, bukan tak makan langsung tau. Tapi Sk jaga makan weekdays ajelah... tiba Jumaat Sabtu, melantak tak ingat dunia, hahaha. Oh, dengan staf ibu pejabat tu, SK beritahu, SK dah tak makan sarapan di kantin. Karang, baru cakap macam tu, terserempak di kantin pulak tengah ceduk mee, nanti orang kata kita tipu pulak, hahaha. Bertahanlah Sk cuma minum nescafe o sahaja, pukul 12 baru lunch nasi, asam pedas ayam, taugeh, kubis dan sambal belacan.

Pagi ni, sebelum mandi, Sk goreng dulu Cucur Badak Frozen yang beli dengan adik ipar Kak Saria, kawan yang dulu sepejabat tapi dah ditukarkan ke ibu ibu pejabat, kira nenek pejabat la kot, hahaha. Hah, janganlah pelik berapa banyak bahagian ada dalam syarikat Sk bertugas ni. Panjang carta kalau nak dilukis


Selalu dalam jammed makan roti hari ni kita makan Cucur Badak. Tapi tulah pelik, mana badaknya? Hahahaha. Goreng 12 biji, tanya Pak Inche, nak tak bawa bekal Cucur Badak, dia nak. Jadi, bagi dia bawa 6 biji, Sk bawa 6 biji, makan 3 biji, 3 biji lagi bagi Nazalia (Naza). Elok cucurnya tak pecah dan menyerap minyak. Ini pertama kalilah SK beli cucur badak frozen. Untuk Iman, pandai-pandailah dia nak goreng yang lain, lagipun dia mana minat makan kuih ni, dia makan kek aje, hahaha

Orang JB jika teringin nak buat kuih sendiri tapi malas, bolehlah beli yang sejuk beku keluaran Aishah's Frozen Food ni. Asyik beli karipap frozen pun bosan jugak, kita tukarlah selera pada kuih-kuih lain, ya tak


Goreng Pisang pun ada jual tau. Cuma bagi Sk, gorpis ni mudah nak jumpa. Dalam taman Sk pun ada, dekat kawasan kolej pun ada, jadi SK tak minatlah nak beli gorpis frozen. Selain cucur badak, Sk beli Lepat Ubi. Nak beli Lepat Pisang tapi habis pulak katanya. Laris sungguh jualan Aisyah.. Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/08/cucur-badak-tak-ada-badak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Emosi Resepi Cucur Jagung

Emosi Resepi Cucur Jagung

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 372 hits
Ini kali pertama abah tinggalkan rumah selepas mak kembali kepangkuan Yang Maha Penciptanya 6hb Julai 2022 yang lalu Selepas selesai urusan pekebumian mak memang kak ana ajak abah ikut kami balik ke sini tapi abah tak nak tak nak tinggalkan...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia