Cucu Tak Setuju Dr M Jadi Pm Sekali Lagi



Seorang cucu kepada Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak gembira apabila mengetahui datuknya kembali memegang jawatan perdana menteri setelah lebih sedekad bersara
Ineza Roussille, yang juga seorang pembikin filem meluahkan perasaannya dalam satu wawancara bersama akhbar South China Morning Post (SCMP). “Keluarga kami agak sibuk. Kami cuba untuk bercuti bersama-sama setahun sekali
“Tapi saya tak pernah bincang politik dengan datuk saya sebab ada beberapa perkara yang dia buat, saya tak setuju. Lagipun terdapat peraturan tak bertulis bahawa kami tak akan mengkritik sesama sendiri di khalayak
“Saya memang tak pernah sependapat dengannya secara politik, jadi saya rasa itu (Dr Mahathir kembali jadi PM) adalah hala tuju yang salah untuk negara ini,” katanya seperti dipetik akhbar berkenaan
Ineza merupakan anak perempuan Marina Mahathir dan terlibat dalam pengambaran dokumentari kempen Dr Mahathir berjudul ‘M for Malaysia’ menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu
“Jadi bila mak saya tanya, boleh tak saya turut serta untuk pengambaran dokumentari itu, saya sebenarnya agak berat nak terima pelawaan itu
“Salah satu sebabnya, saya tak mahu dilihat rapat dengan jentera politik dan dilihat hilang pandangan objektif saya sendiri
"Sebab lain ialah saya lebih selesa tak dikenali. Saya tahu dengan menyertai kempen itu, saya akan lebih terdedah dan dikenali, lebih daripada yang saya selesa,” katanya
Cerita tentang rakan sekolahSeorang lagi pengarah bersama dokumentari itu ialah Dian Lee, anak taikun perniagaan Lee kim Yew yang juga merupakan rakan rapat Mahathir
Tidak seperti bapanya, Dian juga bersikap kritikal terhadap pentadbiran lama Mahathir
“Saya berbeza pandangan sendiri terhadap Mahathir
“Saya percaya dia bertanggungjawab terhadap keadaan negara kita sekarang ini. Dalam usahanya menjadikan Malaysia sebuah negara maju, dia mengetepikan banyak elemen semak dan imbang yang penting untuk negara kita,” katanya
Ineza, 32, juga mengimbas bagaimana rakan sekolahnya, iaitu anak perempuan Anwar Ibrahim menangis selepas ayahnya dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir pada 1998
Katanya, sekumpulan rakan sekolahnya mententeramkan anak perempuan Anwar, dan dia datang bertanya untuk mengetahui apa yang terjadi
Bagaimanapun, mereka seolah-olah menunding jari kepadanya seperti dia yang harus dipersalahkan
“Saya tak lalui penderitaan seperti yang dilalui oleh anak-anak Anwar. Tapi tahun 1998 adalah masa yang agak kelam-kabut. Mereka di sekolah akan cakap macam-macam yang buruk kepada saya setiap hari,” tambahnya lagi
Filem dokumentariMemandangkan dokumentari itu kebanyakannya dirakam semasa tempoh kempen PRU selama 11 hari, Anwar yang ketika itu masih dalam penjara tidak ditampilkan dalam dokumentari tersebut

Bekas perdana menteri Najib Razak pula enggan ditemu bual
Sementara itu, isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail yang kini merupakan timbalan perdana menteri, menceritakan bagaimana dia bimbang Anwar mati dalam tahanan pada 1998
“Selepas rumah kami diserbu, suami saya dibawa pergi menaiki van. Keesokan paginya, saya diberitahu oleh seorang kawan [...] yang Anwar dah meninggal dunia. Itu buatkan saya betul-betul terganggu
“Khabar angin itu tersebar apabila orang yang pergi ke bilik tahanan Anwar untuk menukar mentol, nampak jasad yang diselubungi kain macam mayat. Itulah harinya, masa yang paling teruk saya rasa dalam hidup saya,” katanya lagi
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula menceritakan bagaimana dia berdepan tentangan hebat daripada partinya apabila Pakatan Harapan (PH) menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteir
Kata Ineza, sebelum terlibat dalam dokumentari itu, dia hanya pernah melihat datuknya yang berusia 93 tahun itu ketika percutian keluarga sahaja
Bagaimanapun, tambahnya, menyaksikan sendiri bagaimana Mahathir bekerja buat pertama kali merupakan pengalaman yang mengkagumkan
Kata Ineza lagi, turut terbit rasa hormat dalam dirinya terhadap neneknya, Dr Siti Hasmah Ali, yang setia mengikut suaminya sepanjang kempen
'Kali ini saya peduli'Pada sisi lain pula, pengalaman itu memberikan pembikin filem itu satu perspektif baru terhadap datuknya dan suasana politik di Malaysia
“Politik menjadi sesuatu yang lebih personal buat saya

“Apabila orang serang dia (Mahathir), saya sakit hati. Jika dia cakap sesuatu yang saya tak setuju, saya sakit hati juga. Kali ini, saya peduli. Ketika dia jadi PM dulu, saya belum cukup dewasa,” katanya lagi

Menurut artikel SCMP, Mahathir memberikan kerjasama yang baik (semasa pengambaran) dengan menerangkan apa yang berlaku setiap hari kepada kru pengambaran
Katanya, ada juga saat-saat yang bersifat lebih peribadi dirakam, contohnya ketika Mahathir memeriksa draf ucapannya ketika baru bangun tidur dan masih memakai baju tidur
Ineza menjelaskan, sebelum PH memenangi PRU-14, kru pengambaran sendiri tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan rakaman tersebut
“Pada masa itu (kemenangan PH), kami pun putuskan untuk sunting rakaman 90 jam itu menjadi sebuah filem. Sebelum itu, kami cuma rakam sahaja,” katanya lagi. Sumber: malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2019/04/cucu-tak-setuju-dr-m-jadi-pm-sekali-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ratusan Kpps Meninggal Ppp Setuju Revisi Uu Pemilu

Ratusan Kpps Meninggal Ppp Setuju Revisi Uu Pemilu

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 220 hits
Ratusan petugas Kelompok Penyelenggara Pemungutan Suara meninggal dalam melaksanakan tugasnya pada Pemilu 2019 Mayoritas mereka meninggal karena kelelahan bekerja dua hari menjaga pelaksanaan pemilu berjalan baik
Hiburan Sharnaaz Ahmad Tidak Setuju Bawa Bts Ke Malaysia

Hiburan Sharnaaz Ahmad Tidak Setuju Bawa Bts Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 287 hits
Baru baru ini peminat K Pop khususnya ARMY BTS teruja dan sangat gembira sekali apabila impian mereka untuk melihat kumpulan ikonik itu menggegarkan pentas Malaysia bakal terlaksana Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berk...
Ketua Komisi Ii Dpr Setuju Ada Revisi Undang Undang Pemilu

Ketua Komisi Ii Dpr Setuju Ada Revisi Undang Undang Pemilu

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 237 hits
Ketua Komisi II DPR Zainudin Amali menilai perlu adanya revisi terhadap Undang Undang Nomor 7 Tahun 2017 tentang Pemilu Revisi perlu dilakukan mengingat banyaknya kekurangan yang terjadi pada Pemilu Serentak 2019 ini
Najib Jawab Kenapa Kerajaan Bn Setuju Tapi Tak Ratifikasi Statut Rom

Najib Jawab Kenapa Kerajaan Bn Setuju Tapi Tak Ratifikasi Statut Rom

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 283 hits
April 27 2019 4 26 PMBekas perdana menteri Najib Razak PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak membidas kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyambung keputusan meratifikasi Statut Rom susulan perset...
Latheefa Bukan Tak Setuju Allah Hanya Tak Setuju Islam Versi Mufti Wilayah Kata Aktivis

Latheefa Bukan Tak Setuju Allah Hanya Tak Setuju Islam Versi Mufti Wilayah Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 452 hits
Aktivis liberal yang sering menjadi perhatian masyarakat Farouk A Peru tampil menjawab kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad AlBakri berhubung isu pemakaian tudung bagi mempertahankan pandangan Peguam LFL Latheefa Koya Men...
Peguam Negara Kata Bn Hipokrit Dulu Setuju Statut Rom

Peguam Negara Kata Bn Hipokrit Dulu Setuju Statut Rom

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 386 hits
Peguam Negara hari ini menyifatkan kritikan terhadap Statut Rom adalah satu perbuatan hipokrit Loading Tommy Thomas berkata kerajaan Barisan Nasional dahulu sudah memutuskan untuk menerima statut berkenaan yang akan merujuk kes tertentu kep...
Pakar Forensik Pro Adib Diugut Untuk Ubah Keterangan Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu Emrs

Pakar Forensik Pro Adib Diugut Untuk Ubah Keterangan Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu Emrs

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 642 hits
Pakar forensik saksi inkues Adib buat laporan polis dakwa diugut saksi lain Dua pakar forensik yang juga saksi pakar bagi prosiding inkues kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim membuat laporan polis berhubung ugutan serta cubaan ...
Ma Ruf Setuju Petugas Kpps Meninggal Diberi Santunan Dan Dapat Penghargaan

Ma Ruf Setuju Petugas Kpps Meninggal Diberi Santunan Dan Dapat Penghargaan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 218 hits
Ma ruf menambahkan kejadian petugas KPPS meninggal akibat kelelahan membuat beberapa hal terkait Pemilu Serentak harus dievaluasi Hal ini untuk menghindari kejadian sama terulang kembali
Saya Langsung Tidak Setuju Perempuan Dipaksa Pakai Tudung Itu Bukan Cara Islam Latheefa Koya

Saya Langsung Tidak Setuju Perempuan Dipaksa Pakai Tudung Itu Bukan Cara Islam Latheefa Koya

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1020 hits
Peguam hak asasi manusia Latheefa Koya Abdullah hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak memaksa wanita bertudung kerana tiada paksaan dalam Islam berkaitan tuntutan berkenaan Saya langsung tidak setuju orang dipaksa pakai tudung Ini bu...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik