Cuci Dan Kemas Rumah Sri Gombak Untuk Penyewa Baru
Inilah aktiviti kami sewaktu cuti Merdeka dan Maal Hijrah aritu, cuci then kemas rumah di Sri Gombak untuk penyewa baru. Penyewa sebelum ni dah menyewa hampir 4 tahun dan nak tamatkan sewaannya.
Banyak lagi banyak diorang tak angkut. Hmm dah lebih dari dari tarikh sepatutnya
geli kan? ini bahagian dapur kat area mesin basuh dan pintu belakang. Hmm kotornya
Alhamdulillah sepanjang menyewa, duit sewa tak pernah miss bayar walau setiap bulan akan lewat beberapa hari
. Itu tugas suami sayalah kerja mengejar bab duit sewa, because itu rumah dia kan. Tugas saya yang mencari penyewa ni dapatlah komisen sikit hahaha.
Dengan deposit sewa 2 + 1 dan RM500 security deposit, kami sediakan perjanjian sewa sebagai dokumen hitam putih. Then bila penyewa kata nak keluar, sudah tentu deposit sewa sebulan dan deposit utiliti kami pegang lagi sebab nak tengok keadaan rumah dulu dan bil utiliti semua.
Kebetulan selepas diorang inform dah taknak menyewa di situ lagi, terus kami mula iklankan rumah Sri Gombak untuk penyewa baru. Announce di facebook saya dan suami, di Mudah.my dan whatsapp group. Free advertising je uols.
Ramai yang berminat nak menyewa nampaknya, hmm feedback yang bagus
. Dan yang pasti waktu tu property agent pun ramai call menderu-deru. Jenuh nak menjawab
.
Kat sini pun kotor dan berminyak. Kat table top pun berpasir, saya suspek diorang ni memang tak cuci langsung bahagian dapur
tq kat my heroes yang sangat membantu. Saya dah surrender. Bab vakum dan mop tu bolehla nak tolong hahah
Disebabkan ramai yang berminat nak menyewa, kami takdelah nak pakai khidmat agen. Sebab agen akan caj dengan kadar sebulan sewa sebagai fee diorang. Then selagi boleh direct dapat penyewa, kami cuba cari sendiri.
Bila ramai yang call nak tengok rumah, kami dah set temujanji sebaik penyewa lama tu keluar. Sebelum orang datang nak tengok rumah, kami dulu pergi cek rumah tu. Ya ampun rumah sangat kotor dan geli ok!! Kalau dapur kotor, lantai berpasir, berselut and segala ber lagi. Korang bayangkan toilet macamana?
kalau cuci ni sure berkilat tapi entahlah takde moral langsung diorang ni ya. sabar jela
Cuci rumah sampai dah kurus kita tau hahaha, sila muntah!!
Kami semua berkampung kat sini satu malam. Hampir nak balik ke rumah shah alam sebab tak selesa. Tapi pujuk anak-anak sabar sikit. sebab lepas kemas2 tu barulah nampak macam rumah dan bolehla bentang toto untuk kami tidur malam tu.
Memang tebal lah daki dan kegelian saya pun menebal nak muntah!!! Masa cerita dan tulis entri ni jari kaki saya dah mula mencengkam, eii geli. Wahh saya surrender cuci toilet, takmo cuci dapur. Pendek kata suamilah jadi bibik masa tu
.
Saya macam dah mengandung pulak. Asal tengok je muntah, tak tengok pun muntah
. Hadoilah penyewa orang lelaki bujang, tapi bukan semualah ya. But nampaknya begitulah hakikatnya. Pengotor, pemalas kemain.
Cubalah korang kemas sikit rumah tu. Bukan mintak banyak, sapu and mop je. Bukan susah pun. Saya depan diorang takdelah nak membebel, paling tak kat blog ni lah membebelnya.
Boleh rosak rumah orang tau tak?? Buatlah rumah tu ibarat rumah sendiri. Lagipun orang Islam kan kene jaga kebersihan. So bila bagitau bulan 8 aritu last sewa, memang terbaik sangatlah diorang nak tamatkan sewaan
.
alhamdulillah dah ceria dan nampak kemas. Saya bagitau bebudak ni nanti kalau ibu abah dah tua, turn korang pula jaga rumah ni ya,
And selepas diwar-warkan di social media, ramai bagi maklum balas nak menyewa. But sebelum diorang nak datang tengok rumah, kami dah bersihkan rumah tu dulu. Inilah yang sepatutnya untuk beri impression terbaik untuk bakal penyewa.
Memang kena banyak bersabar sebab nak dapat penyewa dalam masa terdekat bukannya mudah. Kita pun sebagai tuan rumah bukan boleh main tangkap muat je nak diorang sewa. Ada kriterianya sebab taknak pening kepala kemudian hari. Fuhh settle mengemas!!
(66)
The post Cuci dan kemas rumah Sri Gombak untuk penyewa baru appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2019/09/cuci-dan-kemas-rumah-sri-gombak-untuk-penyewa-baru.html