Cuban Ph Untuk Memecah Belah Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional



Sebaik sahaja tersebar di dalam Facebook DS Najib bahawa pemimpin-pemimpin utama PAS membuat kunjungan silaturahim ke atas beliau sebagai tanda memberi semangat dan sokongan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah terhadap beliau (BACA DI SINI), pemimpin Pakatan Harapan terutamanya DAP ibarat cacing kepanasan.

Pihak Pakatan Harapan menggambarkan ziarah pemimpin PAS ke rumah DS Najib selepas beliau didapati bersalah atas 7 pertuduhan skandal melibatkan dana SRC sebagai  penunggang agama menziarahi pencuri.


Pihak PAS menganggap ziarah PAS itu sebagai perkara biasa yang PAS buat dengan memberikan contoh PAS pernah menziarahi dan memberi sokongan moral kepada Anwar ketika disabitkan bersalah oleh mahkamah dahulu.

Namun ketika itu tidak kedengaran pula puak yang sama melaungkan kata-kata penunggang agama menziarahi peliwat.

Tapi biasalah politikus Pakatan Harapan, mereka buat tidak salah tapi kalau orang lain buat salah!!!

PAS ziarah DS Najib bukan atas dasar menyokong DS Najib buat 'salah' (seperti sabitan mahkamah) bahkan DS Najib masih ada peluang membuat rayuan. 

PAS ziarah atas dasar sokongan moral kepada DS Najib supaya bertenang dan fokus kepada rayuan.

Proses keadilan masih lagi belum berakhir.

Adakah PAS tidak percaya kepada keputusan mahkamah?


Tentu PAS terima keputusan mahkamah, sebab itu mereka pergi beri sokongan moral kepada DS Najib untuk membuat rayuan, bukan upah orang ramai untuk berguling di jalan raya memprotes keputusan mahmakah. 

Habis, apa yang PAS dapat daripada ziarah tersebut, sedangkan PAS tahu Pakatan Harapan pasti akan mainkan isu 'berbaik' dengan pencuri walaupun dah terbukti bersalah?

Sebenarnya Pakatan Harapan tetap mahu memburukkan PAS, sekalipun jika PAS ambil pendirian menjauhi dan menghentam DS Najib atas alasan DS Najib didapati bersalah oleh mahkamah.

Hakikatnya Pakatan Harapan takut dengan ukhwah dan semangat setiakawan dalam Muafakat Nasional yang ditunjukkan oleh PAS.

Bahkan dengan ziarah DS Najib, puluhan ribu penyokong DS Najib akan lebih cenderung untuk friendly dengan PAS.

Andai PAS ambil jalan membantai DS Najib, PAS akan kehilangan sokongan pro-Najib dan tetap kena kitai dengan Pakatan Harapan. 

Pro DS Najib akan kata PAS kawan ketika senang, menjahanam ketika susah. 

Pakatan Harapan pula akan kata, PAS bodoh, kami dah bagi tau dulu tak percaya, DS Najib tu penyamun, demi kuasa PAS tetap mahu berkawan dengan penyamun.

Jadi, yang akan rugi adalah PAS.

Tetapi PAS tidak sebodoh sebegitu. 

DS Najib bukan Perdana Menteri dan tidak ada apa-apa kuasa lagi. 

Kalau tidak ziarah pun tidak dapat apa, ziarah pun tidak dapat apa.

Jika diukur dengan pemikiran buruk Pakatan Harapan tentang isu RM90 juta. 

PAS sedang membeli sokongan pro-Najib secara tidak langsung.

Siapa Pro Najib?


Pro-Najib ialah para netizan, followers FB DS Najib yang sangat ramai dalam alam maya. 

Mereka kebanyakannya adalah pengundi muda. 

Siapa lagi? 

Orang-orang tua yang terhutang budi kepada DS Najib sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. 

Siapa mereka? 

Ramai terlalu ramai.

Sebahagiannya telah berkumpul seolah-olah membentuk kluster Najib pada hari keputusan mahkamah (BACA DI SINI).

Siapa lagi pro-Najib?


Pengundi-pungundi atas pagar yang sebahagian besarnya mengundi Pakatan Harapan ketika PRU 14 dahulu tetapi kini beralih arah kepada Muafakat Nasional kerana marah ke atas pembohongan dan kezaliman Pakatan Harapan sewaktu memerintah dahulu (BACA DI SINI).

Mereka ini memerhati pendirian PAS dari jauh dan dekat.

UMNO Dan PAS Kini Mengamalkan Politik Matang


Dari sudut lain, PAS bukan mahu menafikan kesalahan UMNO dan pemimpin UMNO selama ini. 

Tetapi hari ini adalah peperangan ideologi Kanan vs Kiri. 

Kerangka konservatisma negara sedang cuba dirobek oleh golongan berfikrah Liberal dan kiri. 

Perang ideologi ini bagi PAS lebih utama berbanding perang moral sebagaimana mereka melawan UMNO selama 60 tahun.

Perbalahan UMNO dan PAS dalam masa 60 tahun adalah peperangan moral dalam kerangka kanan dan konservatif. 

PAS maki UMNO, UMNO maki PAS, tetapi masih kedua-duanya mempertahankan konservatisma.

UMNO sering tergugat dengan serangan PAS mengenai moral, skandal, rasuah dan salahguna kuasa, kerana PAS dari sudut itu boleh dikatakan cukup kuat. 

Manakala UMNO menyerang PAS atas dasar PAS tidak cekap memerintah, lebai kolot, lebai kampung, lemah pengurusan, tak profesional dan sebagainya.

Tetapi kedua-duanya masih teguh mempertahankan hak-hak istimewa Melayu, hak-hak Islam, Raja Rajaaja Melayu, dan sebagainya, kerangka konservatism. 

Apabila ada unsur Liberal dan Kiri masuk dan cuba menggugat kerangka konservatisme secara halus dan terang, kedua-dua PAS dan UMNO mula membuka mata.

UMNO sudah ada di dalamnya gelombang untuk melawan skandal, rasuah, salahguna kuasa, melawan 'war-lord' dan sebagainya. 

PAS pula di dalamnya sudah ada golongan profesional, teknokrat, cerdik pandai, cekap dalam pengurusan dan pentadbira. 

Maka kekuatan bersama ini yang menjadi punca peperangan moral antara PAS dan UMNO menjadi kecil.

Kemudian ancaman daripada ideologi Liberal dan Kiri terhadap kerangka bernegara, semakin jelas setelah Pakatan Harapan menang PRU14. 

Pada awalnya hanyalah andaian-andaian. 


Tetapi setelah 22 bulan berlalu, ia terbukti kerangka konservatisme sedang dirobek. 

Bukan hanya PAS dan UMNO menyedarinya, bahkan PPBM juga mula buka mata.

PPBM adalah satu-satunya parti konservatif dalam komponen Pakatan Harapan sebelum ini. 

PPBM membawa konsep perang moral terhadap UMNO/BN dan PAS. 

Tetapi akhirnya PPBM sedar, bukan perang moral yang mereka hadapi, tetapi perang ideologi. 

PPBM tersedar yang mereka diperalat oleh puak Liberal dan Kiri untuk melawan konservatisma.

Sebab itulah, akhirnya PPBM keluar daripada Pakatan Harapan, sejak Pakatan Harapan menang 2018, PPBM menjadi seperti PAS ketika dalam gabunga Pakatan Rakyat terdahulu. 

Isu-isu persepsi, moral dan sebagainya hanyalah picisan, kerana perpecahan sebenar adalah disebabkan ideologi politik Kiri vs Kanan.

Perang moral hanyalah sebagai modal Pakatan Harapan untuk menyerang Muafakat Nasional. 

Walhal isu-isu moral dan skandal juga tetap dilakukan oleh Pakatan Harapan ketika memerintah. 

Golongan konservatif dalam negara kita perlu sedar, jika kerangka konservatif kita runtuh, kita tidak akan dapat kembali apa yang kita kecapi.

Isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya, tetap akan dilakukan oleh golongan Liberal, Kiri dan Pakatan Harapan, walaupun mereka berlagak suci ketika berkempen. 

Kerana apa? 

Kerana isu-isu moral dan skandal adalah penyakit manusia, masalah manusia, bukan masalah parti politik atau ideologi politik. 

Kanan atau kiri, tidak akan dapat lari daripada penyakit manusia ini.

Pihak Kanan atau Kiri pasti ada cara tersendiri untuk mengawal dan mengubati penyakit manusia. 

Hanya perlu kepada ketegasan dan iltizam yang kuat, bukan dengan menukar sistem politik. 

Tukarlah sistem apa pun, tanpa iltizam dan ketegasan, semuanya akan menjadi sia-sia..

Korea Selatan dahulunya ada sistem monarki. 

Tetapi ditumbangkan atas kemahuan kepada sistem demokrasi  yang kononnya sistem demokrasi akan membebaskan Korea Selatan daripada rasuah dan salahguna kuasa. 

Tidak sampai beberapa tahun, sudah ada kes-kes pemimpin didakwa rasuah. 

Keadaanya sama sahaja sebagaimana sistem monarki. 

Bezanya, mereka tidak ada lagi sistem monarki yang lebih stabil politiknya. 

Mereka saban hari terpaksa bergaduh dalam perebutan kuasa, tanpa ada kuasa penimbal.

Jadi, hargailah sistem dan kerangka bernegara yang kita ada. 


Jangan terperdaya sangat dengan isu-isu moral dan persepsi yang dibangkitkan oleh puak Kiri untuk memburukkan imej golongan konservatisme (baca komen Tony Phua terhadap ziarah PAS ke rumah DS Najib).

Matlamat mereka hanyalah untuk berkuasa, kerana dengan kuasa, mereka boleh buat banyak benda. 

Lambat laun, sistem bernegara kita akan robek dan rebah. Sedangkan kesucian, kemurnian, keadilan, pembaharuan yang mereka kempen, tidak ada apa-apa yang berubah sangat pun. 

Kosmetik, demi kuasa.

Akhirnya negara akan kehilangan kuasa pengimbang poltik dan juga moral pemimpim-pemimpin pollitik.

Kuasa pengimbang politik amat penting demi untuk kestabilan rakyat dan negara.

Sejarah negara mencatatkan, bagaimana sistem monarki berjaya menyelesaikan ketidak tentuan politik tanah air dalam pemilihan Perdana Menteri ke 8.

Apa akan jadi kepada rakyat dan negara ketika itu sekiranya negara kita sudah tidak mempunyai sistem monarki yang memayungi negara?

Sesuatu yang sangat ngeri untuk dibayangkan!!!

Apakah itu yang kita mahu!!!




Kredit :

Dr Tanaka Mustafa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/08/cuban-ph-untuk-memecah-belah-umno-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Reaffirms Commitment To Umno Muafakat Nasional Pact After Najib S Conviction

Pas Reaffirms Commitment To Umno Muafakat Nasional Pact After Najib S Conviction

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 355 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has reaffirmed PAS commitment to cooperate with Umno in the Muafakat Nasional pact while continuing to strengthen the Perikatan Nasional government This came after Umno president Ahmad Zahid Hamidi said the pa...
Perkukuh Muafakat Nasional Pertahan Kerajaan Pn Pas Senada Dengan Umno

Perkukuh Muafakat Nasional Pertahan Kerajaan Pn Pas Senada Dengan Umno

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 332 hits
PAS senada dengan Umno untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional dan pada masa sama mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Setiausaha agung parti itu Takiyuddin Hassan berkata PAS bersetuju dengan ...
Johor Muafakat Meets To Strengthen Umno Pas Ties

Johor Muafakat Meets To Strengthen Umno Pas Ties

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 251 hits
There was no discussion regarding the distribution of seats for the 15th general election during the first Johor committee meeting of Muafakat Nasional today said Johor Umno chairman Hasni Mohammad He said the meeting only discussed matters...
Zahid Umno Will Not Join Perikatan But Strengthen Muafakat Nasional

Zahid Umno Will Not Join Perikatan But Strengthen Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 308 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 8211 Picture by Bernama KUCHING Umno has decided today not to join Perikatan Nasional but to strengthen Muafakat Nasional with Pas and Barisan Nasional parties said Umno president Datuk Seri Ahmad Zahi
Kekuatan Umno Terbit Dari Ahli Yang Setia Akar Umbi Mahukan Muafakat Nasional

Kekuatan Umno Terbit Dari Ahli Yang Setia Akar Umbi Mahukan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA TERENGGANU 3 Ogos Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata ramai akan tumpang apabila parti berada dalam kedudukan kuat dan sebaliknya akan ditinggalkan apabila lemah Katanya setelah 22 bulan menj...
Umno To Focus On Strengthening Muafakat Nasional

Umno To Focus On Strengthening Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 218 hits
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi announced today that his party will not join the informal Perikatan Nasional coalition that controls the federal government He said his party will instead focus on developing the Muafakat Nasiona...
After Umno Snubs Perikatan Nasional Pas Says Will Continue To Back Muhyiddin S Pn Govt

After Umno Snubs Perikatan Nasional Pas Says Will Continue To Back Muhyiddin S Pn Govt

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 321 hits
if the coalition is formally registered but said it would instead focus on developing the Muafakat Nasional partnership with PAS and other BN parties But Zahid had also clarified that Umno was not pulling out of PN and had also said Umno s ...
Umno Keluar Pn Muafakat Nasional Jd Abang Besar

Umno Keluar Pn Muafakat Nasional Jd Abang Besar

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 393 hits
1 UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional 2 Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokonga...
Pas Hormati Proses Mahkamah Kekal Iltizam Dalam Muafakat Nasional

Pas Hormati Proses Mahkamah Kekal Iltizam Dalam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 254 hits
PAS mengambil sikap akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini PAS menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip Kedaulatan Undang Undang yang didukung oleh Kerajaan Perikatan Nasio...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching