Cubaan Tebuk Atap Pn Atur Langkah Dubai






Bimbang dengan Kerajaan Perpaduan yang semakin stabil dan diterima oleh rakyat, pembangkang kini menggerakkan satu lagi usaha merampas kuasa secara ‘tebuk atap’.


Terbaru beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kini berada di Dubai terlibat dalam pertemuan tertutup. Ia dipercayai turut dihadiri oleh dua Ahli Parlimen BN dan akan juga bertindak sebagai mewakili kelompok tertentu. 


Kalau suatu ketika dulu, PN pernah mendapat kuasa memerintah melalui Langkah Sheraton atau Sheraton Move, kali ini pula melalui apa yang dipanggil sebagai Langkah Dubai. 


Difahamkan kelompok Ahli Parlimen itu sedang berusaha untuk mengadakan sembah mengadap ke atas Yang diPertuan Agong (YDPA) yang telah berada di Dubai bagi urusan lain. 
Tidak pasti sama ada mereka berpeluang untuk menghadap baginda Tuanku tetapi setakat ini, ia nampak sukar. 


Tempoh YDPA Al-Sultan Abdullah akan berakhir 31 Januari 2024 sebelum diambilalih oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. 


Perkembangan terbaru ini memperlihatkan betapa PN terdesak untuk merebut kuasa dengan mencabuli proses demokrasi. 


Melalui gerakan yang diatur, beberapa pemimpin Pas dan Bersatu cuba mendapatkan sokongan sebahagian Ahli Parlimen BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).


Antara tawaran yang diberikan kepada BN (termasuk MCA dan MIC) ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kabinet kanan kepada beberapa pemimpin serta pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 


Langkah tersebut antara lain bertujuan menarik sokongan orang Melayu dan akar umbi UMNO khususnya, bagi menyokong pembentukan kerajaan baharu nanti. 


Ternyata PN mahu memanipulasi isu pengampunan dan pembebasan Najib bagi kepentingan politik sempit iaitu hanya untuk tujuan mendapatkan kuasa. 


Turut dirangka adalah mewujudkan semula Muafakat Nasional sebagaimana pernah dirintis oleh UMNO dan Pas selepas PRU-14. 


Seorang bekas Perdana Menteri dan bekas menteri kanan daripada UMNO adalah di antara beberapa pemimpin UMNO yang bekerjasama dengan PN bagi menjayakan percaturan terbaru ini. 


Kedua-duanya mengambil pendekatan baling batu sembunyi tangan namun perkara tersebut dapat dihidu lebih awal. 


Beberapa pemimpin UMNO termasuk yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan rombakan Kabinet baru-baru ini, turut diambil kesempatan oleh PN dengan menawarkan kedudukan lebih baik.


Menurut sumber, PN juga sedia menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada PBB dan autonomi yang lebih besar selain 20 peratus royalti hasil minyak kepada Sarawak.


Walaupun pelbagai pihak dan rakyat telah menolak sebarang gerakan untuk menukar kerajaan secara tebuk atap demi kestabilan, PN masih berterusan melakukan usaha tersebut tanpa rasa bersalah dan malu. 


Terdapat desas-desus percaturan terbaru ini mendapat sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang bekas menteri kanan yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa. 


Antara asas kepada gerakan ini kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam pentadbirannya, ditolak oleh majoriti orang Islam dan faktor DAP makin berpengaruh termasuk agresif membuat pelbagai tuntutan untuk kepentingan kaum tertentu.


Sementara itu, sumber yang rapat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Langkah Dubai tidak akan membawa sebarang impak dan UMNO akan terus teguh menyokong Anwar. 


Menurut komen ramai netizen di media sosial pula, gerakan menumbangkan kerajaan seperti Langkah Dubai ini tidak akan berjaya kerana rakyat sudah bosan dengan politiking yang keterlaluan. 


Apa yang diperlukan oleh rakyat ialah kestabilan politik dan keharmonian bagi menjamin kesejahteraan negara termasuk menarik lebih banyak pelaburan asing. 


Berdasarkan semua petunjuk Langkah Dubai percaturan PN tidak akan berhasil malah boleh menjadi senjata makan tuan. 


Rakyat akan lebih simpati kepada kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar yang diketahui umum bekerja keras. Sebaliknya PN dilihat asyik mahu sabotaj negara.


Oleh Zamani Zaman






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/cubaan-tebuk-atap-pn-atur-langkah-dubai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Didakwa Sedang Atur Langkah Dubai Gulingkan Pmx

Pn Didakwa Sedang Atur Langkah Dubai Gulingkan Pmx

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 300 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI nbsp Pembangkang kini dilaporkan sedang mengatur satu lagi usaha merampas kuasa Persekutuan secara tebuk atap melalui Langkah Dubai yang semakin kuat diperkatakan Selepas siri Langkah Sheraton dan Langkah Lon...
Pn Atur Langkah Dubai Untuk Elak Jadi Kluster Mahkamah

Pn Atur Langkah Dubai Untuk Elak Jadi Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 370 hits
SITI NUR ZAWANI Langkah Dubai yang didakwa diatur sebahagian besar pemimpin blok pembangkang bagi menggulingkan kerajaan dipercayai dilakukan bagi mengelak dari menjadi kluster mahkamah Pengarah Komunikasi Umno Datuk Lokman Noor Adam berkat...
Drama Langkah Dubai Politik Murahan Kerajaan

Drama Langkah Dubai Politik Murahan Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 297 hits
Duk heboh pasal langkah dubai kononnya nak menjatuhkan kerajaan nak menukar PMX seolah malaysia ni sudah diambang pemerintahan teruk dan perlu ditukar Kononnya Maka cerita langkah dubai dimulai Nampak PN ni dari golongan tycoon politik siki...
Langkah Dubai Yang Diabai

Langkah Dubai Yang Diabai

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 381 hits
Hishamuddin AunAda yang kata tak pernah dengar mengenai Langkah Dubai ada anggapnya cuma ilusi dan tidak kurang pula andaikan ia sengaja direka untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar yang patut ditangani kerajaan Dalam pada...
Sekali Ismail Sabri Buka Mulut Beri Respon Isu Langkah Dubai

Sekali Ismail Sabri Buka Mulut Beri Respon Isu Langkah Dubai

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 259 hits
Bekas Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob dengan tegas menafikan keterlibatannya atau pengetahuannya mengenai usaha untuk menjatuhkan kerajaan Atau 8216 Langkah Dubai 8217 yang kononnya dirancang oleh pemimpin parti pembangkang dan beber...
Langkah Dubai True Or Not

Langkah Dubai True Or Not

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 441 hits
Arau MP Datuk Seri Shahidan Kassim said a police report will be filed over claims of the so called Langkah Dubai which was aimed at toppling the unity government led by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim Denying the existence of such a...
Kami Tahu Ada Pertemuan Langkah Dubai Kata Zahid

Kami Tahu Ada Pertemuan Langkah Dubai Kata Zahid

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 206 hits
Bagaimanapun timbalan perdana menteri enggan mendedahkan individu terlibat Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata beliau tahu mengenai Langkah Dubai sebelum individu terbabit mendarat di bandar raya itu Laporan dari segi perisikan me...
Langkah Dubai J Kom Tak Cermat Kata Penganalisis

Langkah Dubai J Kom Tak Cermat Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 269 hits
PETALING JAYA Jabatan kerajaan perlu berhenti sebar dakwaan kononnya terdapat usaha untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana ia mengundang persepsi negatif terhadap kerajaan kata penganalisis Penga...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Smart Dust The Invisible Future Of Monitoring And Data Collection


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Mandul Bukan Pilihan

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon