Cubaan Memadam Cahaya Allah


Alhamdulillah, sekali lagi dalam ruangan ini dapat dikemukakan berkaitan dengan cubaan memadam cahaya Allah oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya cubaan mereka berlangsung sejak Allah mengutuskan rasul-Nya sehingga dunia dikiamatkan. Perlawanan antara kebenaran dan kebatilan pasti berlangsung dengan hebatnya.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai". (al-Taubah: 32)

Syeikh al-Maraghi berkata: Orang Yahudi dan Nasrani berhasrat memadam cahaya Allah SWT yang dibawa oleh seluruh utusan-Nya yang dilimpahkan kepada manusia melalui Nabi Musa as, Nabi Isa as dan para rasul yang lainnya. Kemudian ia disempurnakan oleh Nabi Muhammad SAW, penutup para nabi.

Mereka memadam cahaya itu dengan mencemuh Islam, menghalang manusia dengan cara yang batil, seperti melontar fitnah terhadap Uzair dan bidaah yang dibuat oleh para pemimpin mereka, seperti membuat syariat, sehingga tauhid menjadi syirik dan marbub (sesuatu yang dimiliki) menjadi rabb (yang memiliki).

Demikianlah, ahli kitab memusuhi Islam sejak perutusan Nabi Muhammad SAW. Mereka sengaja ingin melenyapkan Islam dengan perang di suatu pihak dan merosakkan akidah di pihak yang lain. Kedua-dua usaha ini dimaksudkan untuk memadam cahaya Islam.

Allah SWT berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya dengan mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup nabi, yang diutuskan kepada seluruh makhluk dengan menjadikan baginya mukjizat yang paling besar, iaitu al-Quran bersifat ilmiah dan terpelihara hingga ke akhir zaman.

Di dalam al-Quran, Allah SWT menerangkan segala yang mereka perlukan yang berupa akidah yang dikuatkan oleh keterangan dan membatalkan penyembahan manusia terhadap manusia, lebih-lebih lagi terhadap patung dan berhala.

Allah SWT juga menerangkan ibadah yang dapat menyuci dan membersihkan jiwa daripada segala kotoran. Menjadikan pemberian orang kaya kepada orang miskin sebagai hak Ilahi dan membatalkan pahala pemberian itu kerana menyebut perkataan yang menyakitkan.

Dalam ayat ini juga, digariskan adab yang menyatakan keutamaan dalam jiwa dan tashri' yang memadukan kasih-sayang, keadilan dan persamaan antara seluruh manusia.

Para ahli tafsir dan ahli sejarah mengatakan: Qarun datang dengan peti yang sangat besar. Lalu dia berkata kepada seorang perempuan penzina: Apabila manusia telah berkumpul dan Nabi Musa as berdiri memberikan ceramah, berdirilah kamu dan menangislah, robek-robeklah pakaianmu, kusut masaikanlah rambutmu dan bersumpahlah bahawa Nabi Musa as telah berzina denganmu.

Cahaya Allah

Manusia pun berkumpul dan Nabi Musa as mulai menyampaikan ceramahnya tentang tauhid dan keimanan. Dan Qarun hendak membenamkan dakwah Nabi Musa as ke dalam bumi hingga manusia tiada yang percaya dengannya lagi dan membenarkannya.

Ini kerana cahaya itu adalah cahaya Allah, ajaran itu adalah ajaran Allah, risalah itu adalah risalah Allah dan Rasul adalah Rasul Allah. Ketika Nabi Musa sedang berpidato, tiba-tiba terdengarlah suara tangisan seorang perempuan sambil mencakar-cakar mukanya.

Maka bermulalah sebuah konspirasi yang sangat jahat dan jijik, iaitu pembohongan yang dibuat oleh mereka yang dengki terhadap Islam, para ulama dan terhadap para daienya.

Nabi Musa as berhenti dan terdiam, lalu Baginda menoleh ke arah perempuan itu, Baginda pun merasa gugup untuk berbicara dan menangis. Nabi Musa as yang diutus oleh Allah dengan risalah-Nya, mungkinkah melakukan perbuatan yang keji itu? Nabi Musa as pun berhenti menangis, tetapi Baginda tetap tabah dan mengetahui bahawa ini semua adalah ujian.

Baginda pun mengangkat tongkatnya dan berdiri di hadapan perempuan tersebut dan bertanya: "Aku ingin bertanya kepadamu dengan nama Zat Allah yang memecah-belahkan laut untukku. Apakah benar aku melakukan perbuatan tersebut (zina)? Perempuan itu menjawab: Tidak. Kemudian perempuan itu menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa, maka Allah membersihkannya daripada tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah. (al-Ahzab: 69)

Maka Nabi Musa as semakin bertambah kekuatan diri dan berkeyakinan terhadap ajaran Allah kerana kejujuran Baginda itu. Sejak awal lagi Baginda telah mengetahui siapa yang berdusta.

Mereka mahu memadamkan cahaya Allah SWT yang telah digariskan untuk membimbing para hamba-Nya dengan mentauhidkan Allah SWT pada sifat rububiyyah dan uluhiyyah. Kemudian mereka berpaling daripada tauhid kepada syirik dan paganisme. Semoga Allah kurniakan kita sifat-sifat yang soleh.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/10/cubaan-memadam-cahaya-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ya Allah Lain Masa Anak D4ra Dengan Dah Ber4nak Pinak Ni Penampilan Baharu Almy Nadia Buat Ramai Terkejut

Ya Allah Lain Masa Anak D4ra Dengan Dah Ber4nak Pinak Ni Penampilan Baharu Almy Nadia Buat Ramai Terkejut

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 336 hits
Pelakon Datin Almy Nadia atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah 36 sudah lama juga tidak muncul di kaca televisyen Dalam perkembangan terbaru Almy kembali menjadi bualan ramai gara gara melihat perubahan fizikalnya...
10 Cara Meraih Cinta Allah Swt

10 Cara Meraih Cinta Allah Swt

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 187 hits
Alangkah indahnya apabila seorang hamba dicintai oleh tuannya Dijaga dilindungi serta dicukupkan segala keperluannya bukan Dan apabila ujian mendatang kita akan dapat lalui dengan penuh rasa syukur sabar kerana kita sudah mengetahui akan ja...
Semoga Allah Balas Kebaikan Awak Noorkhiriah Kagum Suami Sukarela Kutip Sampah Di Stadium Lepas Tengok Bola

Semoga Allah Balas Kebaikan Awak Noorkhiriah Kagum Suami Sukarela Kutip Sampah Di Stadium Lepas Tengok Bola

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 161 hits
Pelakon Noorkhiriah berasa kagum melihat suaminya Azfaizul Ahtan membersihkan sampah di tempat duduk dalam Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur selepas menonton perlawanan Piala AFF Malaysia melawan Singapura malam tadi Menerusi rakama...
Isteri Saham Akhirat Suami Bahagiakanlah Dia Allah Akan Lancarkan Rezeki

Isteri Saham Akhirat Suami Bahagiakanlah Dia Allah Akan Lancarkan Rezeki

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 168 hits
Bahagiakanlah isteri Allah akan lancarkan rezeki bagimu Mudahkanlah isteri Allah akan mudahkan urusanmu Didiklah isteri Allah akan jamin syurga untukmu Setialah dengan isteri tenteram hidup mu Berapa ramai orang membebankan isteri Berapa ra...
Move On Kembali Bertaubat Kepada Allah Bekas Isteri Ganggu Kekasih Zarina Anjoulie Beri Amaran

Move On Kembali Bertaubat Kepada Allah Bekas Isteri Ganggu Kekasih Zarina Anjoulie Beri Amaran

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 229 hits
Sejak kebelakangan ini selebriti Zarina Anjoulie sering kali berkongsikan momen momen sweet bersama teman lelaki baru Datuk Seri Khazrul Elzey di platform media sosialnya Bahkan turut memberitahu mereka bakal mendirikan rumah tangga bersama...
Kenapa Allah Suruh Kita Baca Al Quran

Kenapa Allah Suruh Kita Baca Al Quran

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 180 hits
Oleh Jebat1 ALLAH perintahkan kita membaca 2 Surah Al Alaq merupakan wahyu pertama yang ALLAH turunkan kepada Rasulullah Sallahualaihi Wasalam melalui perantara Jibrail Sedangkan Nabi tidak tahu membaca Namun tetap diperintahkan membaca 3 W...
Shuk Sahar Dan Sera Tunai Umrah Bersama Bersyukur Jadi Tetamu Allah

Shuk Sahar Dan Sera Tunai Umrah Bersama Bersyukur Jadi Tetamu Allah

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 153 hits
Kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau biasa dipanggil Sera suatu ketika dulu pernah menjadi topik utama media Namun selepas beberapa waktu tenang seketika Shuk dan Sera telah berkongsi ...
Ramai Terpegun Lihat Kecomelan Anak Fasha Sandha Masya Allah Mata Dia

Ramai Terpegun Lihat Kecomelan Anak Fasha Sandha Masya Allah Mata Dia

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 140 hits
Tindakan pelakon Fasha Sandha memuat naik sebuah video anak perempuannya Aisha Amaira mencuri tumpuan ramai pengikut di laman Instagram Menerusi rakaman tersebut pelakon berusia 38 tahun itu merakam momen Aisha yang dilihat sedang menikmati...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital