Cubaan Ketua Pembangkang Bermain Silap Mata




Mohd Hasni Izuwan







1- Kenyataan Hamzah bahawa operasi pengosongan Kampung Sungai Baru “sebenarnya boleh ditangguhkan” jelas kelihatan seperti satu permainan politik. Kenapa baru sekarang kenyataan sebegini dibuat, sedangkan penderitaan penduduk bermula sejak pewartaan pengambilan tanah pada tahun 2021?


2- Fakta tidak boleh dipadam, pengambilan tanah Kampung Sungai Baru telah diwarta tahun 2021 ketika Malaysia berada di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN). Perdana Menteri ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.


3- Tahun 2021 bukan tahun biasa. Negara ketika itu masih dalam PKP penuh akibat pandemik COVID-19. Rakyat hilang kerja, ekonomi terjejas, pergerakan terbatas. Dalam keadaan rakyat lemas mencari nafkah, kerajaan PN memilih untuk meneruskan pewartaan pengambilan tanah.


4- Kalau benar operasi pengosongan boleh ditangguhkan hari ini, kenapa kerajaan PN tidak memilih untuk menangguhkan pewartaan pada ketika rakyat berjuang untuk hidup dalam pandemik? Tidakkah itu waktu paling tepat untuk menunjukkan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat?


5- Tindakan pewartaan itu bukan sahaja menekan penduduk, malah pampasan yang ditawarkan didakwa jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa. Ia menimbulkan rasa terhina kepada penduduk, seolah-olah mereka dipaksa menyerahkan tanah warisan dalam keadaan serba terdesak.


6- Kini, setelah rakyat bangkit bersuara, muncul pula kenyataan manis daripada pimpinan PN kononnya operasi boleh ditangguh. Jelas sekali ini percubaan menunggang isu dan meletakkan beban di bahu Kerajaan Perpaduan, sedangkan akar masalah berpunca daripada keputusan yang dibuat pada zaman PN.


7- Pemimpin PN tidak boleh lepas tangan. Tanggungjawab politik dan moral tetap berada pada bahu mereka kerana pewartaan rasmi adalah tindakan kerajaan yang mereka pimpin. Cubaan menunding jari kepada kerajaan sekarang hanyalah taktik lama untuk mengaburi mata rakyat.


8- Penangguhan hari ini tidak menghapuskan dosa politik semalam. Jika PN benar-benar prihatin, mereka sepatutnya menghentikan atau sekurang-kurangnya menangguhkan pewartaan pada tahun 2021, bukannya menekan rakyat ketika pandemik sedang memuncak.


9- Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini berdepan beban untuk mencari penyelesaian adil, bukan kerana mereka memulakan masalah, tetapi kerana mereka mewarisi beban legasi keputusan silam. Apa yang rakyat perlu tuntut ialah kebertanggungjawaban PN terhadap apa yang mereka lakukan.


10- Kesimpulannya, kenyataan Hamzah tidak lebih daripada retorik politik untuk menyembunyikan kegagalan Kerajaan PN. Tetapi fakta sejarah tidak boleh dipadam, PN lah yang mewartakan pengambilan tanah Kampung Sungai Baru ketika pandemik, PN lah yang gagal menangguhkan demi rakyat, dan PN lah yang mesti menjawab segala penderitaan yang dialami penduduk hari ini.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/cubaan-ketua-pembangkang-bermain-silap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Asyik Hisap Jari 5 Petanda Ibu Ayah Tak Boleh Pandang Sebelah Mata

Bayi Asyik Hisap Jari 5 Petanda Ibu Ayah Tak Boleh Pandang Sebelah Mata

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 954 hits
Bayi yang sering menghisap jari atau tangan bukanlah satu perkara yang pelik atau luar biasa Malah ia adalah sebahagian daripada proses perkembangan semula jadi bayi Walau bagaimanapun sebagai ibu bapa sudah tentu anda risau sekiranya tabia...
Serang Dan Cungkil Mata Ibu Suspek Direman

Serang Dan Cungkil Mata Ibu Suspek Direman

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 798 hits
Nur Izzati MohamadBUTTERWORTH Seorang lelaki yang disyaki menyerang dan mencungkil mata ibunya di flat Mak Mandin di sini semalam direman empat hari bagi membantu siasatan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal membenarkan suspek lelaki 47 s...
Menantu Putih Mata Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

Menantu Putih Mata Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 712 hits
Menantu putih mata Camry bapa mentua dilarikan dari pusat cuci kereta Sebuah kereta jenis Camry ACV40 bewarna putih dilarikan Foto ihsan Muhammad Sharuddin Mat Masrol JOHOR BAHRU Seorang penghantar barang mendakwa kereta milik bapa mentuany...
Atok Selalu Terpaling Hensem Di Mata Cucu

Atok Selalu Terpaling Hensem Di Mata Cucu

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 465 hits
Thank you to our daughter and son in law for the lovely hamper We really appreciate the thoughtful surprise Anak ai nbsp ni rajin juga ngendap blog Mama then bila terbaca posting posting lama terus mengadu pada suaminya Look Mama roasted me...
Toyota Alphard Disita Jpj Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

Toyota Alphard Disita Jpj Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 556 hits
KUALA LUMPUR Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota Alphard miliknya disita Jabatan Pengangkutan Jalan ketika Ops Luxury Car pada 30 Ogos lalu Sita Kereta Depan Anak Kecil Menerusi hantaran di akaun TikTok db...
Senarai Mata Pelajaran Sekolah Rendah Kurikulum Persekolahan 2027

Senarai Mata Pelajaran Sekolah Rendah Kurikulum Persekolahan 2027

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 918 hits
Berikut adalah senarai mata pelajaran sekolah rendah Kurikulum Persekolahan 2027 yang telah dikongsikan di Facebook Bahagian Pembangunan Kurikulum pada 30 Ogos 2025 Mata Pelajaran TerasTahun 1 hingga 6 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa C...
Kereta Tiba Tiba Menggelongsor Dua Beradik Jadi Mangsa Dalam Sekelip Mata

Kereta Tiba Tiba Menggelongsor Dua Beradik Jadi Mangsa Dalam Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1970 hits
Suasana tenang di tepi sungai bertukar menjadi detik duka buat sebuah keluarga kecil Hasrat mereka untuk berehat dan memancing di Teluk Kemang berakhir dengan kehilangan dua cahaya mata tersayang Dua kanak kanak berusia enam dan lapan tahun...
Air Mata Syukur Ibu Bapa Anak Orang Asli Pertama Bergelar Hafiz 30 Juzuk

Air Mata Syukur Ibu Bapa Anak Orang Asli Pertama Bergelar Hafiz 30 Juzuk

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2406 hits
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak yang soleh menjadi penyejuk mata dan penawar hati Namun siapa sangka seorang remaja dari pedalaman Kelantan ini bukan sahaja berjaya membanggakan keluarganya malah mencatat sejarah sebagai anak Orang A...
Air Mata Seorang Ibu Jasad Syamsul Haris Masih Baik Bedah Siasat Kedua Jadi Harapan

Air Mata Seorang Ibu Jasad Syamsul Haris Masih Baik Bedah Siasat Kedua Jadi Harapan

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1858 hits
Air mata seorang ibu tumpah lagi apabila mengenang anaknya yang pergi dalam keadaan penuh tanda tanya Begitulah yang dirasai Ummu Haiman Bee Daulatgun 45 ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai S...
Wabak Di Indonesia Dan Nepal Boleh Merebak Ke Malaysia

Doa Perjalanan Pulang Dalam Hujan

Anwar Should Donate Rm1 Mil Of His Rm11 Mil Personal Wealth To Gaza

Inquest Zara Qairina Landed On Her Feet Says Pathologist

Johari Ghani Tegas Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Untuk Melayu Sahaja

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Kg Sg Baru Redevelopment Must Be For Malays Only Johari

Pengusiran Dan Perobohan Rumah Kampung Sungai Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rendang Daging Menggunakan Pes Rendang Azie Kitchen

Antivirus Vs Internet Security Suite Which Do You Really Need

Isi All Indonesia Dahulu Sebelum Ke Indonesia Applikasi Wajib Untuk Penumpang

Launching A Startup With No Money

Bergedil Kentang

Sampai Masanya Pas Akan Jadi Perdana Menteri Ketua Dewan Ulamak