Cubaan Hidupkan Ideologi Komunis


Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin Jika naratif berjaya diangkat, jerit-perih askar terus dilupa
PEMIMPIN dan rakyat Malaysia yang prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa pastinya akan dapat menghidu cubaan untuk menghidupkan ideologi komunis dan membawa naratif baru yang boleh mengubah sejarah negara.
Berdasarkan pelbagai siri peristiwa yang berlaku tahun lalu yang seolah-olah mahu mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan, dan bukannya pengganas. Sekiranya naratif itu berjaya diangkat, ini bermakna jasa askar-askar dan pasukan keselamatan yang berperang siang dan malam akan dilupakan.
Komunis bukan sahaja terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Malaysia dan anggota keselamatan, bahkan juga terlibat dalam pembunuhan Ketua Polis Negara yang ke-3, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada tahun 1974.
Berikut adalah sebahagian daripada rentetan peristiwa :
1- Ada pihak yang berniat jahat dengan menaikkan bendera Malaysia yang salah iaitu bendera 5 bintang di majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 (anjuran MABA – November 2019)
2- Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri dikecam netizen apabila bertindak menukar warna bendera Malaysia kepada jalur hitam berhubung isu pengenalan tulisan khat (Ogos 2019).
3- Majikan yang menggantung bendera terbalik bersempena dengan ambutan Hari Kebangsaan dikecam orang ramai dan diminta tunjuk sebab kejadian yang berlaku (Ogos 2019)
4- Yew Yin, hartawan yang menghina ATM dan PDRM mempunyai agenda yang tersembunyi (Ogos 2019).
5- Ada pemimpin kanan DAP (NKM) yang mendakwa bahawa datuknya adalah wira negara sedangkan mereka terlibat dengan kegiatan MPAJA dan perjuangan komunis (Ogos 2019).
6- Abu mayat ketua pengganas komunis, Chin Peng telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 September 2019 dan disambut oleh 150 individu di Ipoh Perak sebelum ditaburkan ke laut berhampiran Lumut Perak dan di hutan Banjawan Titiwangsa (November 2019).
7- Pendukung ideologi komunis cuba untuk mencipta naratif baharu termasuklah dengan kenyataan yang mengguris hati rakyat Malaysia atas cubaan menulis semula sejarah negara bagi mengangkat Chin Peng sebagai wira dan pejuang kemerdekaan sebenar di negara ini.
8- Seramai 300 orang individu yang terdiri daripada bekas ahli Parti Komunis Malaya telah berkumpul menghadiri satu perhimpunan di Kolej Universiti New Era, Kajang yang turut dihadiri oleh ADUN DAP Ronnie Liu (Dis 2019).
9- Beberapa pimpinan PH berpendirian bahawa isu kepulangan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia tidak seharusnya dijadikan isu besar kerana kerajaan Malaysia sudah pun berdamai dengan PKM menerusi Perjanjian Damai Hatyai pada 1989 (Dis 2019).
10- Kor Risik Diraja (KKD) memantau sebarang isu yang menjadi ancaman kepada keselamatan negara termasuk cubaan untuk menghidupkan semula ideologi komunis (Disember 2019).
11- Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia percaya bahawa masih ada individu dan kelompok tertentu yang cuba menyebarkan ideologi komunis dalam kalangan masyarakat. Mereka mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap individu dan kumpulan yang terbabit dengan penyebaran ideologi komunis.
Saya berpandangan bahawa pihak kerajaan dan pihak berwajib perlu mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang cuba menghidupkan kembali PKM ataupun ideologi komunis.
Mari bersama kita insafi perit-jerih bekas anggota keselamatan yang bertungkus-lumus melawan komunis dan ahli keluarga mereka yang menjadi mangsa kezaliman komunis di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Andai komunis diberikan pengiktirafan, maka sia-sialah perjuangan pihak keselamatan yang merupakan wira sanggup berkorban nyawa dan mengalami kecacatan kekal semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta.
*Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin- Naib Presiden ISMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/cubaan-hidupkan-ideologi-komunis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebencian Ideologi Komunis Terhadap Islam

Kebencian Ideologi Komunis Terhadap Islam

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 371 hits
Darwinisme yang turut menjadi asas kepada komunisme telah dijelaskan oleh pengasasnya yang pertama Karl Marx dan Friedrich Engels kedua duanya merupakan ateis melihat penghapusan ke percayaan beragama merupakan sesuatu yang amat penting kep...
Desak Kerajaan Selangor Dedahkan Hasil Siasatan Himpunan Bekas Komunis

Desak Kerajaan Selangor Dedahkan Hasil Siasatan Himpunan Bekas Komunis

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 373 hits
Haji Rashidi Haris Masih belum ada lagi sebarang tangkapan setakat iniPADA 15 Februari 2020 bersamaan 21 Jamadilahir 1441 Gabungan Persatuan Persatuan Silat Pertahan Perlembagaan dan Pertubuhan pertubuhan Pembela Islam telah selamat menyera...
Pejabat Partai Komunis China Rela Dipecat Sebagai Permintaan Maaf Gagal Atasi Corona

Pejabat Partai Komunis China Rela Dipecat Sebagai Permintaan Maaf Gagal Atasi Corona

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 162 hits
Kota Wuhan kini tengah berjuang keras untuk mengatasi kurangnya rumah sakit dan peningkatan jumlah pasien akibat wabah virus corona
Ahli Usul Digelar Referendum Jika Mpr Ingin Hidupkan Kembali Gbhn

Ahli Usul Digelar Referendum Jika Mpr Ingin Hidupkan Kembali Gbhn

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 174 hits
Rencana amandemen UUD 1945 terbatas guna menghidupkan kembali Garis Besar Haluan Negara belum diputuskan oleh MPR
Menko Polhukam Mahfud Bantah Wacana Hidupkan Kembali Penataran P4

Menko Polhukam Mahfud Bantah Wacana Hidupkan Kembali Penataran P4

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 125 hits
Menko Polhukam Mahfud Md sempat mewacanakan penataran Pedoman Penghayatan dan Pengamalan Pancasila akan dihidupkan lagi dengan format yang baru Namun baru beberapa hari disampaikan pernyataan itu dibantah langsung oleh Mahfud Dia mengeluark...
Apmm Selangor Patahkan Cubaan Seludup Kulit Ular Biawak

Apmm Selangor Patahkan Cubaan Seludup Kulit Ular Biawak

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 448 hits
PELABUHAN KLANG 16 FEB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berjaya mematahkan cubaan menyeludup kulit ular dan biawak di 0 3 batu nautika utara daripada Sungai Chondong Besar dekat sini semalam Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Selangor ...
Sd Sokong Mahathir Cubaan Berterusan Ganggu Ph

Sd Sokong Mahathir Cubaan Berterusan Ganggu Ph

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 262 hits
Dakwaan wujudnya akuan bersumpah yang ditandatangani beberapa ahli Parlimen termasuk dari Parti Keadilan Rakyat yang kononnya bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal dianggap sekadar khabar angi...
Nik Nazmi Selar Cubaan Tubuh Kerajaan Baru

Nik Nazmi Selar Cubaan Tubuh Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 216 hits
Ahli parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengkritik apa apa percubaan bagi mengkhianati Pakatan Harapan melalui penubuhan kerajaan pintu belakang Tegasnya tindakan seperti itu secara jelas satu bentuk pengkhianatan kepada undi rakyat d...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi