Cuba Webe Di Salak Tinggi
Cuba kad sim webe di Salak Tinggi
Tadi Mommy minta Tedi cuba satu kad sim yang pelik pada tablet ASUS Zenpad 7.0 milik Master.Kad sim tu adalah kad sim webe, satu produk telekomunikasi baru hasil penjenamaan semulaP1 adalah perkhidmatan telekomunikasi mobil yang dahulu menggemparkan Malaysia dengan iklan “dah potong ke belum?”.Iklan double meaning tu selain bermaksud dah bersunatkah belum sebenarnya ditujukan kepada produk TM Berhad yang menawarkan internet berwayar iaitu Streamyx.Kononnya dengan gunakan P1, rakyat Malaysia tak perlu dah internet berwayar. Malangnya perkhidmatan mereka mula merosot walaupun pada awalnya bagus, dan akhirnya P1 tidak mampu bersaing dalam dunia perkhidmatan telekomunikasi mobil.Ironinya P1 dibeli pula oleh TM Berhad yang ternyata produk internet berwayarnya tidak “dipotong” oleh rakyat Malaysia sama ada dengan gembira atau terpaksa.Dipendekkan cerita TM Berhad tukarlah nama P1 itu kepada webe, mungkin mahu nama P1 yang dah busuk itu terkubur terus dan takkan muncul semula dalam fikiran rakyat Malaysia.Mungkin langkah pewujudan webe ini bukan sahaja mahu menyaingi perkhidmatan telekomunikasi mobil yang lain, tetapi untuk menawarkan produk TM Berhad, ke kawasan-kawasan yang sebelum ini selalu kecurian kabel. Itu pada pandangan Tedi yang kekampungan ini. Iyalah kan, asyik kena curi kabel, lepas tu pasang balik, kena curi balik… sampai bila TM Berhad nak tanggung kerugian sebegitu?Melalui carian di internet didapati bahawa pakej yang bakal ditawarkan adalah 20GB data, 1000 panggilan percuma, dan 1000 SMS percuma.webe akan gunakan liputan mereka sendiri terutamanya di Lembah Kelang, dan akan menumpang liputan Celcom apabila di luar kawasan liputan jaringan mereka.Kebelakangan ini interpretZZ turut dihujani iklan daripada webe.Setting APN webe
Kad sim yang Mommy minta Tedi test tu sebenarnya adalah milik kawan Mommy yang memperolehinya melalui jemputan khas dari webe.Malangnya beliau kata beliau tak dapat gunakan data mobil apabila pasang kad sim webe tersebut ke telefon pintar beliau.Tadi pada permulaan Tedi pasang kad sim tersebut, perkara yang sama berlaku.Namun kemudian webe hantar mesej pesanan ringkas (SMS) yang ajar Tedi untuk tambah APN bernama webe. Dan tada… data mobil boleh digunakan.Okaylah tadi sebab dapat 4G, rasanya gunakan liputan Celcom sebab tiada nama jaringan webeTerima kasih kepada kawan Mommy yang sudi pinjamkan webe untuk diuji. Keputusannya, boleh gunakan webe di Bandar Baru Salak Tinggi. 20160430
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2016/04/cuba-webe-di-salak-tinggi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29