Cuba Pilh Satu Situasi Yang Kamu Akan Selesaikan Terlebih Dahulu
Tahukah kamu cara kita membuat keputusan juga sebenarnya boleh mempengaruhi sifat dan personaliti diri?
Menurut psikologi, cuba pilh satu situasi yang kamu akan selesaikan terlebih dahulu daripada empat situasi yang ada dalam rajah berikut.
Apakah kamu akan menenangkan bayi yang sedang teriak, menghalau binatang yang sedang merosakkan sofa, menjawab panggilan yang tak habis-habis berdering atau mematikan cerek yang sedang bingit berbunyi terlebih dahulu?
Rajah empat situasi panik, yang mana kamu selesaikan dahulu? Foto -Pinterest
Wanista akan rungkaikan sifat diri kamu menurut pilihan pertama kamu okay?!
#SITUASI 1: Matikan Cerek Dahulu!
Kalau kamu pilih untuk matikan cerek dahulu sebelum menenangkan situasi-situasi yang lain, itu bermakna kamu adalah orang yang sangat ghairah dalam melakukan sesuatu namun adakalanya lekas naik baran. Kamu lekas membuat keputusan tanpa berfikir panjang dan tiada apa pun bisa menghalang kamu mengapai apa yang dikehendaki hati.
Dalam keadaan lain, kamu dikatakan cepat bosan untuk melakukan sesuatu mengikut rutin (contohnya seperti kerja mengikut waktu), tak suka kejutan tetapi sangat peka dengan keselamatan. Apa yang penting dalam kehidupan kamu adalah, sesuatu perkara harus ada perancangan dan kamu akan melakukan kerja mengikut perancangan tersebut.
#SITUASI 2: Jawab Panggilan Telefon Dahulu!
Pilih untuk jawab panggilan berdering dahulu? Itu maksudnya kamu sangat fokus dan pentingkan perhubungan dengan orang. kamu juga berupaya lakukan banyak pekerjaan dalam satu-satu masa tau. CEKAP!
Senang berbual, peramah, tidak malu dan adakalanya begitu seronok menjadi perhatian orang. Kamu juga akan dicari kawan-kawan jika mereka ingin luahkan sesuatu baik tentang perkara buruk mahupun sebaliknya. Kamu juga mungkin merupakan seorang penyimpan rahsia terbaik. Hmm, mungkin juga hobi kamu adalah “Membawang”. LOL.
#SITUASI 3: Tenangkan Bayi Meragam Dahulu!
Biasanya kalau kamu seorang wanita, kamu akan pilih untuk menenangkan bayi dahulu daripada menyelesaikan situasi-situasi yang lain. Ini kerana… kamu berupaya menjadi penenang yang terbaik dalam segala permasalahan. Kamu sanggup mengorbankan kepentingan dan kesusahan diri demi orang lain, berhati mulia malah sangat menghargai perhubungan sesama manusia.
Kamu ibarat Cinderella dan Snow White yang sentiasa mahu membantu dalam kesusahan orang lain namun, sangat sering takut untuk ditinggalkan (keseorangan). Kamu sentiasa ingin berteman (tak boleh hidup bersendirian). Bagi kamu, perkara paling penting adalah keluarga dan orang yang rapat dengan kamu.
#SITUASI 4: Halau Anjing Rosakkan Sofa Dahulu!
Apabila terlibat dalam empat situasi panik di atas itu tadi dan perkara pertama yang kamu akan lakukan adalah untuk mengalihkan anjing daripada terus merosakkan sofa kesayangan kamu, ini tandanya kamu memang tak tahan dengan keadaan bersepah! Apa yang penting bagi kamu adalah menjadi tertib dalam semua perkara.
Kamu tak akan tenang selagi semuanya tidak menjadi seperti apa yang kamu mahukan. Kamu sangat teliti dalam perkara-perkara tertentu bahkan, seorang yang sangat rapi dan agak cerewet. Kamu juga akan berjaga-jaga sebelum bertindak.
Setelah ketahui semua ini… Sejauh mana kebenaran sifat kamu apabila ia dikaitkan dengan situasi-situasi yang menjadi keutamaanmu terlebih dahulu?
Sekadar perkongsian, selamat beramal!
Sumber: wanista
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/cuba-pilh-satu-situasi.html