Crush Is Crushing You
Hey
So I post this question on my IG story:
What is your sweetest memory
"Crush kacau""Berada dalam satu gambar dengan crush""Nampak crush lintas jalan""Crush senyum""Crush tegur"
Aku juga pernah berada dalam fasa baru akil baligh, baru discover perasaan sayang dan ingin disayangi. Tapi takdelah aku taksub sangat dengan crush sampai boleh masukkan beliau dalam kategori 'sweetest memory' (kenangan paling manis sekali dalam hidup)
Itu belum yang tanya aku dalam siri question yang lain:
"Marah bila orang lain bercakap dengan crush""Putus kawan sebab crush""Menagis sebab crush"
This is not healthy for the mind, body and soul. I have crush, tapi bila balik rumah aku dah tak terfikir pun pasal dia and definitely not gonna shed a single tear for someone who barely acknowledge your existence. So why
Dapat aku simpulkan seperti berikut:
KASIH SAYANG KEKELUARGAAN YANG KURANG
I'm growing up in a loving household. Sebab tu agakanya bila balik rumah je aku langsung tak fikir hal-hal crush. Makpak zaman sekarang mostly sibuk bekerja, masa dan kasih sayang untuk anak pun berkurang. Maka tak hairanlah anak-anak mula mendambakan kasih orang luar
TREND
Target nak kawin umur 19-20 tahun so kenalah mula praktis perasaan berkasih-kasihan seawal umur 10 tahun ye dok? Walaupun crush hanya 'hidup' dalam kepala hotak je
PENGARUH RAKAN SEBAYA/MEDIA MASSA
Weh aku dah rasa macam tulis esei Bahasa Melayu form 5 dulu. Kawan ada crush, dia pun rasa nak ada crush, sailang crush kawan, pastu gaduh putus kawan. Lepastu tengok/follow pulak media sosial yang memaparkan kebahagiaan pasangan-pasangan muda yang halal dan pasangan yang haram, lagi lah melonjak perasan ingin memiliki dan dimiliki itu
Aku tak cakap ada crush tu salah. Tapi kalau terlalu memuja crush sampai angau, treat crush macam suami walaupun crush tu pun tak sedar atau tak peduli akan kewujudan kau, maka itu salah
Salah sebab ia menghalang diri untuk discover benda-benda baru. Asyik fikir crush je kau ingat ada masa nak berhobi? (Tengok cerita cinta sambil berangan hero dan heroin itu adalah kau dan crush bukan satu hobi ye) Putus kawan disebabkan crush then dipulaukan kat sekolah, best ke? Boleh buat self esteem merudum teruk, sedangkan waktu remaja lah waktu yang sesuai untuk bina keyakinan diri
Enjoy life while you still can. Dunia ini luas. Bukan setakat kau dan crush je
Xoxo,Z
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://zyraroxx.blogspot.com/2019/07/crush-is-crushing-you.html