Crochet Journey July Work In Progress
Salam...
Bulan july ni agak celaru sikit
Tapi saya berjaya kembalikannya kepada normal semalam. Huhuu.
Nak update sikit pasal work in progress untuk bulan July
Sebenarnya memang celaru sangat sampai tak tahu nak start buat apa, nak siapkan keje apa dll
Maka, saya tulis post ni untuk susun balik kerja yang terbengkalai (dan yang belom mula) dengan hasrat dapat kembali landasan yang betul
Bulan July ni ada 3 projek yang saya kene buat, iaitu:
1. 10 helai mafla projek amal syria
Baru siap 1. Huhuuu
Kisahnya projek selimut dianjakkan ke akhir July. Saya pun cepat-cepat buat sehelai selimut dengan harapan dapat la hantar 1 helai kali ni
Tiba-tiba team leader bagi berita tergempar iaitu negara tu tak terima pakaian terpakai akibat pandemik yang melanda dunia. Maka NGO minta kami buatkan mafla 1000 helai dan beanie 1000 helai untuk bagi kat pelarian tu memandangkan musim sejuk dah dekat, mereka pula tak dapat terima pakaian
Saya pilih untuk buat 10 helai mafla.
Target bulan ni nak siapkan 7 helai
Tarikh akhirnya ialah pada 25 Ogos. Minta-minta la sempat
2. Cadar Granny Square Berbunga
Tetibe rasa nak hadiahkan sesuatu kat mak mertua. Nak bagi alas meja ke, pelapik pinggan ke, cadar ke
Akhirnya pilih alas cadar
Tak pernah buat cadar dan memang projek ni besar sangat-sangat
Ntah bila nak siap
Saya guna benang milk cotton. Warna ni pun amik yang mana ada je. Lawa juga kombinasi kaler tu kan
Nak buat queen size
Kalau diikutkan kene buat 80 keping granny square. Pastu border dia pun tebal sangat.
Ni baru siap 3 keping
Target nak buat 10 keping bulan ni
3. Alas meja
Ni first time tau guna benang halus
Takde la halus sangat rapi halus la bagi saya
Benang Minlon Poly kaler baby pink
Sebelum ni ada try buat, guna jarum saiz 1mm (rata-rata crocheteer otai kata mereka guna saiz 1mm), tapi ya Allah susah betul
Saya pun merajuk dan simpan benang tu jauh-jauh
Harini amik balik benang tu dan try kait dengan jarum saiz 2mm
Eh, sedap pulak mengaitnya
Betul la, lain orang lain keselesaan saiz jarum
Alas meja ni baru siap 10 rows
Ada lagi 20 rows
Yang ni takde target
Kait bila rasa nak kait je
Itu la 3 work in progress projects untuk bulan July.
Sebenarnya saya plan nak crochet sehelai selimut bayi setiap bulan
Tapi projek amal tu nak urgent pula
So, kita skipped la bulan ni
Semoga saya kekal produktif
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://asma-felt-box.blogspot.com/2020/07/crochet-journey-july-work-in-progress.html