Crazepop Bingka Kl Beautiful Souvenir From Malaysia


Beautiful souvenir from Malaysia | Membeli barangan cenderahati ketika melancong bagaikan sudah menjadi acara wajib, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Ia sebagai kenangan kita telah sampai ke satu satu tempat tu. Bagi sesetangah orang pula ia satu pencapaian kerana berjaya menabung untuk melihat dunia.

Sebagai contoh lazimnya apabila ke Terengganu kita akan membeli kain batik dan barangan tembaga, pergi Langkawi beli pinggan mangkuk sampai senget bot, pergi Australia beli patung beruang koala comel, pergi selatan Thai je lain, dia pi jumpa Tok Kadi 😂😂 
Sajalah buat kenangan... bukan senang nak ke tempat orang walaupun dalam Malaysia je. Teringat masa anak ketiga mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur enam tahun lepas, dia belikan aku cenderahati KLCC! 
"Kita beli untuk mama", terharu mak. Agaknya dia nampak mak dia tak jemu jemu ambil gambar KLCC. Bangunan yang amazing kan..? 

Cenderahati indah dan unik dari MalaysiaDalam trip #KL4All kami dibawa melawat sekitar Kuala Lumpur, untuk diperlihatkan kepelbagaian produk yang berkemungkinan masih asing di kalangan warga KL sendiri. Jika kita yang sentiasa berada di pusat bandar itu sendiri pun tidak tahu kewujudan sesuatu produk yang sudah terkenal bagaimana mungkin kita mahu menghebahkannya kepada orang lain

Jika Thailand terkenal dengan gajah sebagai subjek, Vietnam dengan trademark wanita bertopi memakai ao dai, Malaysia pula sinonim dengan Petronas twin tower (KLCC). Namun kita juga perlukan barangan cenderahati lain untuk mempelbagaikan pilihan. Ada orang tak minat barangan hiasan, katanya buat mengumpul habuk je. Yang pasti sesiapa pun yang datang Malaysia pasti akan terpikat dengan pelbagai ragam rasa makanan air tangan masyarakat majmuk di negara ini

Jadi kami ke Crazepop dan Bingka KL


1) Bingka KL
Masa baca itinerary yang dihantar Gaya Travel mata aku tertumpu pada nama Bingka. Apadia nih...?

Rupanya Bingka KL ni adalah pereka barangan cenderahati bertemakan Malaysia yang dicetak secara silkscreen pada fabrik dan dijahit menjadi barangan yang praktikal penggunaannya. Mereka menggunakan kain belacu dalam membentuk tea towel, dompet syiling, sarung bantal, pouch, tote bag, shopping bag dan lain-lain. Lirik Negaraku atas table setting placemat pun ada... sayanglah pula nak gunakan weh

 

Seriously, when you see Bingka's products, memang you akan dapat merasai dan menjiwai gambar yang dicetak itu made in Malaysia, sama seperti bila anda melihat kartun Lat. Ada gambar makanan tradisional, kotak mancis, tin sardin cap Ayam, rumah kampung and so on

Bingka juga berkoloborasi dengan syarikat besar seperti Fox news, BBC dan MAS dalam penghasilan hadiah korporat. Malah sempena Hari Malaysia Bingka bekerjasama dengan Uniqlo di Farenheit  88 Bukit Bintang dalam mencetak t-shirt/beg tote dengan pelanggan diberi peluang untuk memilih motif, warna dan tulisan. Cool huh? Aku dah tengok sample, lawa... truly Malaysian dan t-shirt tu faham faham sendirilah kan kualiti material yang Uniqlo gunakan. Selesa sangat dengan suhu Malaysia yang awesomely hot ni.
Mereka juga menerima tempahan daripada individu tetapi ada jumlah minima. Bolehlah nak buat hadiah farewell ke... kahwin ke... 
Kenapa pilih nama Bingka? Saja jer... senang diingat, kata mereka.


Ada sebarang pertanyaan?
Facebook : Bingka KL
Instagram : Bingka.kl
Emel: [email protected]

2) Crazepop by Nur (cake pop)Instagram: @Crazepop


Hasil kerja amatur yang WOW.

Kek LGBT, kecelaruan jantina 😂 - ini bukan Kak Nur yang buat 
Kek pop ialah kek yang dihancurkan dan dicampur aising atau coklat lalu dibentuk menjadi bebola atau bentuk lain. Ia kemudiannya disalut coklat, aising, dihias menarik dan dicucuk pada lidi seperti lollipop.
Bisnes Crazepop ini telah dimulakan oleh Kak Nur setelah beliau memilih untuk bekerja sendiri, meninggalkan kerjayanya sebagai seorang pereka (designer). Beliau tidak mahu terlibat dalam pembuatan kek jadi kek poplah yang paling sesuai kerana tidak perlu mengadun dan membakar kek. Tak perlu tahu membuat kek pun.
Proses membuat kek pop ni tidaklah susah. Kita ramas kek mentega/coklat sampai hancur, campur binder (chocalate ganache), bentukkan. Kalau nak guna mixer pun boleh tapi guna besi uli roti tu. Binder tu bertujuan untuk melekatkan kek supaya boleh dibentuk. Kemudian celupkan di dalam chocolate compound, hiaskan mengikut kreativiti atau permintaan pelanggan. Siap! Secara kasarnya begitulah tak payah bakar pun

Menurut Kak Nur jika menerima tempahan yang banyak beliau akan membakar kek untuk mendapatkan rasa yang konsisten. Design pun banyak. Kalau kita nak tempat mengikut design kita sendiri, Kak Nur akan tengok dulu boleh ke idok... kalau susah benau sekian harganya, kalau pejam mata je boleh buat lain pula harganya. Kreativiti tu ada harganya dan sesungguhnya tangan Kak Nur sangat berseni. Tengok je lah contoh kek pop di instagram Crazepop

Kak Nur juga ada menganjurkan Kelas Membuat Crazepop. Boleh je kalau uols nak panggil beliau mengajar time lelaki pergi solat Jumaat. Nak bentukkan tak susah sangat. Kalau bulat kepal-kepalkan je kemudian timbang untuk mendapatkan saiz dan berat yang sama. Yang berbentuk ais krim ke... kon ke... kena pakai acuan silikon. Crazepop banyak mengambil masa di bahagian menghias tu. Kreativiti, seni menghias, tangan yang stabil dan kesabaran sangat diperlukan dalam proses terakhir ini. Food art ni memang ai ngak ngerti oih. Pesan Kak Nur, janganlah ikut dia sebab dia memang dari bidang desinging. Ko tu tangan keras buat je bentuk apa pun... tak payah stress

Kak Nur banyak bagi tips yang sebahagiannya menjawab beberapa persoalan yang bermain diminda aku ni. Contohnya:
1) kenapa guna compound instead of cooking chocolate? (nak tahu sebab aku suka derhaka resipi 😃)...sebab chocolate compound boleh dipanaskan banyak kali. Panaskan sekejap je dalam microwave

2) kenapa kena gunakan candy colouring
...sebab food colouring yang biasa ada air, nanti chocolate compound pecah. 
3) kenapa coating sekali je
...buat berlapis-lapis manis oih, potong kaki

Ini contoh soalan dari golongan amatur. Bagus belajar dengan bertalaqqi ni

Crazepop Kak Nur ni kurang manis, sedap. Ia juga boleh dipos ke negara berdekatan dengan jaminan rasa dan bentuknya akan kekal (sebab tu aku masukkan Crazpop ni sebagai cenderahati dari Malaysia)

Instagram : https://www.instagram.com/crazepop/For order and class enquiry : whatsapp +6019- 334 8010 or https://api.whatsapp.com/send?phone=60193348010


***Setiap kali aku melalui jalan Seremban-Kuala Pilah yang hampir setiap minggu sesak dengan kenderaan tu, aku selalu terfikir selain itik salai dan buah-buahan tidakkah si peniaga mahu menjual cenderahati sebagai kenangan? Alang kepalang pergerakan pun selowww bila lalu kat itik salai tu kan...
Aku selalu tertanya, adakah:
- tiada pereka cenderahati yang melambangkan Negeri Sembilan? Istana lama Seri Menanti tu pun dah self-sell- tiada permintaan?- tiada yang berminat mengusaha/menjualnya?
Kalau ada yang awal-awal dah buat assumption tiada yang akan membeli aku rasa itu silap. Jalan tersebut dilalui oleh kenderaan yang mahu ke Pahng dan Terengganu juga. Itu sebab jam tak hengat. Selain daripada itu, ada je rombongan yang melalui jalan tersebut untuk melawat Istana Seri Menanti ataupun ke Ladang Alam Warisan. Membuat shopping stop rasanya tiada masalah. Dahulu pun sewaktu ada ladang buah naga di Ulu Bendul banyak je bas persiaran berhenti.

© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/11/crazepop-bingka-kl-beautiful-souvenir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Urgent Lessons From Indonesia For Malaysia

Urgent Lessons From Indonesia For Malaysia

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 338 hits
According to news reports Indonesia is taking stringent measures to curb radicalism in this majority Muslim nation For us here in Malaysia where race and religion are being played to the gallery each passing day we should learn a thing or t...
Malaysia Comes From Behind To Edge Thailand In World Cup Qualifier

Malaysia Comes From Behind To Edge Thailand In World Cup Qualifier

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 353 hits
Malaysia struck an important 2022 World Cup 2023 Asian Cup qualifying win by edging Thailand 2 1 in a thrilling Group G match at the National Stadium in Bukit Jalil tonight Mohamadou Sumareh fired home the winning goal in the 56th minute to...
Apa Yang Ada Di Muzium Polis Diraja Malaysia

Apa Yang Ada Di Muzium Polis Diraja Malaysia

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 1310 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMalaysia sememangnya kaya dengan nilai sejarah yang disimpan di muzium untuk ditonton oleh khalayak ramai Adakah anda tahu bahawa negara kita mempunyai muzium khas untuk pihak Polis Diraja Malaysia Kalau b...
Dikecam Netizen Model Pakai Selempang Tertera Republic Of Malaysia Penganjur Tampil Mohon Maaf

Dikecam Netizen Model Pakai Selempang Tertera Republic Of Malaysia Penganjur Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 535 hits
Satu pertandingan ratu cantik yang diadakan di Myammar tular di media sosial mengenai kesalahan penggunaan nama Republic of Malaysia oleh seorang model yang didakwa sebagai wakil untuk Malaysia Bagaimanapun penganjur organisasi Miss Crystal...
Zaqhwan Zaidi Ketuai Cabaran Malaysia Dalam Acara Suzuka 8 Hours Di Sepang

Zaqhwan Zaidi Ketuai Cabaran Malaysia Dalam Acara Suzuka 8 Hours Di Sepang

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 331 hits
Pelumba Malaysia Zaqhwan Zaidi akan menyertai pasukan Honda Asia Dream Racing dengan Showa sepuluh pasukan terbaik di Suzuka 8 Hours di Sepang 8 Hours di Litar Antarabangsa Sepang dari 13 hingga 15 Disember Perlumbaan Sepang 8 Hours merupak...
Arab Saudi Sedia Taja 300 Pelajaran Malaysia Dalam Bidang Sains Dan Teknologi

Arab Saudi Sedia Taja 300 Pelajaran Malaysia Dalam Bidang Sains Dan Teknologi

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 302 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pertandingan Mekatronik Malaysia 2019 Cabaran Pengatucaraan Sistem Terbenam

Pertandingan Mekatronik Malaysia 2019 Cabaran Pengatucaraan Sistem Terbenam

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 492 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 4 Non 2019 seramai 6 orang murid dari Tahun 5 telah menyertai Pertandingan Mekatronik Malaysia 2019 Cabaran Pengatucaraan Sistem Terbenam di Dewan Sri Tunjung JPN Kelantan Daripada 6 orang peserta tersebut 4 orang...
Mahathir Mohamad Sebut Anwar Ibrahim Akan Jadi Pm Malaysia Selanjutnya

Mahathir Mohamad Sebut Anwar Ibrahim Akan Jadi Pm Malaysia Selanjutnya

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 280 hits
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad kembali menegaskan Anwar Ibrahim akan menjadi penerusnya sebagai perdana menteri bukan Menteri Hubungan Perekonomian Mohamed Azmin Ali
Martabatkan Bahasa Malaysia Penggunaan Meluas Jamin Perkembangannya

Martabatkan Bahasa Malaysia Penggunaan Meluas Jamin Perkembangannya

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 228 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage