Covid19 Usm Tutup Selama 3 Minggu



Universiti Sains Malaysia (USM) akan menutup sementara semua kampusnya selama tiga minggu bermula esok sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

Naib canselornya, Profesor Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, penutupan itu akan dibuat secara berperingkat bermula esok sehingga 5 April nanti.

Menurutnya, semua staf Pusat Pengajian dan Pusat Akademik/Penyelidikan di semua kampus diwajibkan bekerja dari rumah mulai esok hingga 22 Mac ini bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

"USM juga memutuskan untuk mengadakan anjakan cuti pertengahan semester (yang asalnya 6 hingga 12 April) lebih awal kepada 30 Mac hingga 5 April. Selain itu, laluan pintu masuk dihadkan di semua kampus USM yang mana, pelawat perlu menjalani pemeriksaan keselamatan/penyaringan kesihatan di 'checkpoint' yang berdekatan pintu.

"Semua premis menjual makanan di kampus dikehendaki menyediakan makanan secara bungkusan sahaja yang boleh dibawa pulang oleh pelanggan mulai esok hingga 22 Mac ini. Semua pelanggan dilarang makan atau berada di premis tersebut sepanjang tempoh ini," katanya dalam kenyataan tadi.

Tambahnya, solat Jumaat berjemaah untuk minggu ini tidak akan dilaksanakan di Masjid AlMalik Khalid, USM.




"Semua jemaah diminta melaksanakan ibadah solat Zohor di kediaman masing-masing. Bagi solat fardu pula, buat masa ini, jemaah perlu membawa sejadah dan telekung masing-masing. Jemaah dari luar kawasan USM tidak digalakkan hadir ke masjid untuk menunaikan solat fardhu sepanjang tempoh ini.

"Masyarakat sekitar tidak dibenarkan mengunjungi premis khidmat awam seperti bank, pejabat pos dan lain-lain di dalam kampus. Perkhidmatan semua perpustakaan akan dibuka sehingga 2 petang esok dan akan ditutup sehingga diberitahu kelak," katanya.

Faisal Rafiq berkata, Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, Galeri CEMACS dan Arkelogi juga akan ditutup kepada pengunjung bermula hari ini hingga 30 April ini.

"USM juga akan memulakan proses dekontaminasi kendiri untuk kesemua kampus secara berperingkat demi memastikan kebersihan dan keselamatan warga kampus. Semua warga kampus diharap bersabar dalam keadaan getir ini dan bersatu hati dalam mengharungi penularan wabak ini.

"Semua inisiatif ini dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga dan kawalan persekitaran selama tiga minggu supaya wabak Covid-19 tidak merebak dan sebagai langkah tanggungjawab sosial, pengawalan penularan dan pengasingan sosial yang diamalkan oleh pihak universiti," katanya.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/03/covid19-usm-tutup-selama-3-minggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konon Nak Berjimat Pelajar Hanya Makan Mi Segera Selama 3 Minggu Masuk Hospital

Konon Nak Berjimat Pelajar Hanya Makan Mi Segera Selama 3 Minggu Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 359 hits
Siapa yang tidak gemarkan mi segera boleh dikatakan makanan ini menjadi kegemaran ramai terutama para pelajar Walaupun ramai sudah mengetahui kandungan mi segera tidak baik untuk kesihatan namun ramai yang masih menikmatinya Di China gara g...
Semua Ipt Amp Sekolah Ditutup Antara Perintah Kawalan Pergerakan Selama 2 Minggu

Semua Ipt Amp Sekolah Ditutup Antara Perintah Kawalan Pergerakan Selama 2 Minggu

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 314 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara Menerusi Perutusan khas Covid 19 di Putrajaya perintah kawalan itu dibua...
Pemprov Dki Tutup Ancol Ragunan Monas Museum Selama 2 Pekan

Pemprov Dki Tutup Ancol Ragunan Monas Museum Selama 2 Pekan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 165 hits
Menurut dia penutupan ini bertujuan untuk meminimalkan kegiatan warga di ruang terbuka yang penuh dengan orang untuk mencegah penyebaran virus Corona
Gubernur Ridwan Kamil Minta Perkantoran Di Bekasi Tutup Selama Sepekan

Gubernur Ridwan Kamil Minta Perkantoran Di Bekasi Tutup Selama Sepekan

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 119 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil meminta aktivitas perkantoran di Kota Bekasi diliburkan selama sepekan mulai Senin Pasalnya Kota Bekasi disebut menjadi zona merah penyebaran virus corona atau Covid 19
Warner Bros Gantung Produksi The Batman Selama 2 Minggu

Warner Bros Gantung Produksi The Batman Selama 2 Minggu

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 353 hits
Studio Warner Bros dilaporkan telah menggantung produksi filem The Batman sekurang kurangnya selama dua minggu Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai penggantungan produksi atau mengapa studio memilih untuk menunggu sehingga hujung m...
Pg Mall Sebagai Hero Sebenar Uzu Ketika Movement Control Order Selama Dua Minggu Ni

Pg Mall Sebagai Hero Sebenar Uzu Ketika Movement Control Order Selama Dua Minggu Ni

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 505 hits
PG Mall Sebagai Hero Sebenar Uzu Ketika Movement Control Order Selama Dua Minggu Ni Salam Hi semua Buat apa tu Hehehehe sihat tak guys Heheh so hari ni ialah hari ketiga kita semua self quarantine kat rumah Ada yang balik kampung tak ni Huh...
Diskaun Bil Elektrik Tnb Selama 6 Bulan

Diskaun Bil Elektrik Tnb Selama 6 Bulan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 433 hits
Kesan daripada arahan duduk di rumah berkuat kuasa mulai 18 Mac 31 Mac 2020 ialah penggunaan elektrik yang akan meningkat secara mendadak Maklum sajalah bila semua dah duduk di rumah mesti akan guna lebih banyak elektrik untuk TV phone PC l...
Anas Minta Desa Gotong Royong Bantu Warga Terdampak Ekonomi Selama Social Distancing

Anas Minta Desa Gotong Royong Bantu Warga Terdampak Ekonomi Selama Social Distancing

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 188 hits
Bupati Banyuwangi Abdullah Azwar Anas mengatakan kelompok warga yang perlu mendapatkan dukungan selama menjalani sosial distancing seperti pengemudi becak PKL skala mikro serta pekerja lain yang mengandalkan penghasilan harian
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

China Latih Kanak Kanak Tentang Ai Seawal Usia 6 Tahun Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Di Masa Akan Datang

3ce Etude Amp Banyak Lagi Jenama Kosmetik Terkenal Dah Masuk Watsons Jom Pergi Sekarang

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia