Covid19 Potensi Bom Jangka Dalam Penjarakan Sosial


Oleh: DR KAMARUDIN MUSA

Negara sudahpun telah melepasi fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac hingga 31 Mac dan fasa kedua bermula 1 April hingga 14 April sedang dalam menuju kepda pengakhirannya. Fasa ketiga PKP akan bermula pada 15 April 2020 hingga 28 April 2020.

Persoalannya apakah apabila tamatnya fasa ketiga nanti, maka tiada lagi fasa keempat? Negara akan kembali kepada keadaan asal dengan aktiviti normal? Sukar untuk diberikan jawapan, memandangkan Covid-19, merupakan isu global, merentasi sempadan negara.

Mungkin juga Covid-19 ini adalah antara kesan globalisasi yang mengubah fenomena hubungan dunia dalam segala aspek yang tentunya memberikan kesan yang kuat terhadap ekonomi dan kehidupan sosial manusia.

Sebagai pandemik global, Covid-19 telah menyebabkan lebih daripada 1,780,312 orang telah dijangkiti Covid-19 melibatkan lebih daripada 108,827 kematian, manakala jangkitan aktif seramai 1,267,456 sehingga 12 April 2020 diseluruh dunia.

Keadaan ini menunjukkan isu wabak Covid-19, melibatkan hampir semua destinasi tumpuan manusia, melampaui corak kehidupan.


Keadaan ini tentunya menimbulkan sedikit kesukaran untuk proses pengawalan, memandangkan Covid-19 bukan merupakan isu yang bersifat lokaliti, sebaliknya merentasi sempadan benua. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa negara mula bertindak untuk menutup pintu sempadan masing-masing serta membataskan kemasukan orang luar (warga asing).

China, India, Singapura, Taiwan, Vietnam, New Zealand dan Australia umpamanya telah menyekat kemasukan penduduk luar daripada memasuki negara masing-masing. Bermakna negara-negara dunia akan mengambil tindakan drastik untuk menyekat kemasukan rakyat asing, sebagai sebahagian daripada tindakan pencegahan. Bermakna Covid-19 ini secara tidak langsung menjadi punca kepada proses pengasingan antara negara yang bertentangan sekali dengan agenda globalisasi.

Berdasarkan hakikat ini, susunan tata hubungan antara negara mungkin akan terbentuk dalam wajah baru, dunia bukan lagi kampung yang mesra sempadan, sebaliknya tertakluk kepada sekatan serta halangan fizikal, sekurang-kurangnya untuk 5 tahun akan datang. Prinsip globalisasi, kelonggaran prosedur dan peraturan lintasan negara akan menjadi semakin ketat serta penuh keterbatasan.

Menghentikan aliran keluar masuk pergerakan manusia antara negara, menjadikan perpindahan serta pergerakan hubungan manusia terbatas, perjalanan udara semakin mengecil, sekurang-kurangnya untuk beberapa tempoh waktu ini. Apa yang jelas Covid-19, menjadikan hubungan global manusia sudah terpinggir secara fizikal, meskipun masih beroperasi melalui alam maya namun Covid-19 telah menjadi pencetus kepada pengasingan hubungan fizikal antara individu. “Stay at home” telah menjadi fenomena sejagat, manakala “work from home” mula menjadi realiti meski pun sebagai pilihan terakhir.

Ledakan teknologi maklumat mungkin menjadi alternatif kepada konteks hubungan fizikal, namun sudah tentu tidak akan memberikan nilai signifikan kepada definisi perhubungan antara manusia serta untuk membina nilai sentimental dalam konteks perhubungan emosi antara individu, apa lagi dalam mempertaruhkan nilai empati secara lebih signifikan, penjarakan sosial itu sendiri sudah menunjukkan unsur terasing serta penghindaran dalam hubungan.

“Stay at home” itu sendiri sudah menjadi petunjuk kepada kerenggangan sosial, itulah salah satu serangan Covind-19 dalam realiti hubungan sosial, bagaimanapun dalam aspek lain Covid-19 membawa kepada kepedulian keluarga, hanya kerana semua anggota berkumpul dan berinteraksi dalam ruang rumah, tiada lagi kesibukan mengejar urusan di luar rumah.

Kunci kata yang dicetuskan oleh Covid-19 adalah penjarakan sosial, sebagai tindakan pencegahan untuk mengelak daripada berlakunya penyebaran penyakit secara drastik dan tidak terkawal. Mungkin konsep penjarakan sosial boleh dijadikan mekanisme yang konkrit sebagai “detterent” bagi menghalang berlakunya interaksi sosial.

Sehingga kini praktis utama negara-negara yang terlibat dengan Covid-19, adalah menguatkuasakan undang-undang darurat atau melaksanakan Perintah Sekatan Pergerakan (PKP). Mengambil contoh China yang telah bertindak melaksanakan penguncian “lockdown” Wuhan, secara drastik dapat membendung kes-kes baru Covid-19 daripada merebak.

Pendekatan membina jarak sosial, dikatakan antara kaedah berkesan dalam mengekang virus Covid-19 daripada terus menjangkiti manusia, tindakan memutuskan rangkaian atau rantaian penyebaran, secara tidak langsung merupakan salah satu aspek teknikal dalam proses pencegahan. Dalam konteks Malaysia, rakyat umumnya sedang dalam fasa kedua dan menganjak kepada fasa ketiga dalam menjalani PKP, namun sehingga kini masih lagi belum memperlihatkan potensi sebenar dalam usaha untuk membendung penularan Covid-19.

Kes-kes penularan baru masih berlaku, 3 April 2020 (217 kes), 4 April 2020 (150 kes), 5 April 2020 (179 kes), 6 April 2020 (131 kes), 7 April 2020 (170 kes), 8 April 2020 (156 kes) dan sehingga 9 April 2020 (109 kes). Secara keseluruhan jumlah kumulatif sebanyak 4,228 kes, kes yang pulih keseluruhan secara kumulatif 1,608.

Ternyata kewujudan kes-kes baru tidak konsisten daripada segi jumlah yang kelihatan menurun dan menaik, bilang kes tertinggi direkodkan pada 3 April 2020, menurun pada 6 April 2020, namun secara keseluruhan kes-kes harian dicatatkan tidak memperlihatkan gambaran menghala kepada sifar kes. Meskipun keluk sedikit melandai, namun tidak menjamin akan penularan wabak Covid-19 akan terputus.

Keadaan ini menggambarkan pandemik Covind-19, akan terus menjadi bom jangka yang akan menghantui kesejahteraan hidup rakyat, sekali gus mengganggu akan gerak kerja ekonomi. Hakikatnya untuk melandaikan keluk, maka perlu diturunkan angka di garisan menegak, bermakna merendahkan kes berdasarkan hari di garisan mendatar. Namun berdasarkan kedudukam semasa, garisan menegak tidak memperlihat penurunan yang sekata, sebaliknya dalam realisasi gelombang turun-naik, ini tentunya memberi risiko terhadap peningkatan kes Covid-19, khususnya sekiranya PKP ditamatkan pada 28 April 2020 nanti.

Situasi kes kelihatannya masih tidak stabil dan memperlihatkan ruang yang agak besar untuk menjadi gelombang tsunami, sekiranya proses pembendungan tidak dipandang secara serius oleh semua pihak. Situasi yang wujud, memperlihatkan penamatan PKP akan memecahkan empangan pembendungan, sudah tentunya kes Covid-19 akan terus bergentayangan. Realitinya Covid-19 adalah isu yang merentasi sempadan ini hakikat yang perlu diberikan penekanan.

Formula untuk menghentikan jangkitan adalah jarak sosial, penjarakan sosial dan jaga jarak.Kaedahnya adalah melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), meminimumkan interaksi sosial dan mewujudkan pemisahan sosial atau dalam situasi ekstrem menuntut pelaksanaan penguncian (lockdown). Sekiranya PKP ditamatkan pada 28 April 2020, persoalannya apakah jaminan bahawa penjarakan sosial ini dapat dilaksanakan dan terus menjadi amalan dalam kalangan Masyarakat?

Perkara ini menjadi isu yang amat kritikal, memandangkan kes-kes baru Covid-19 masih berterusan wujud dan tidak pula menampakkan angka yang menurun secara drastik selang antara minggu, umpamanya di antara 3 April 2020 hingga 9 April 2020, purata jangkitan baru adalah sebanyak 158.8 kes, masih berada pada paras yang agak tinggi, iaitu paras yang berada dalam lingkungan sukar untuk diurus.

Penyumbang terbesar adalah kes jangkitan yang berlaku pada 3 April 2020 (217 kes). Meski pun berlaku penurunan kes, namun tidak membawa kepada penurunan yang bersifat signifikan mengarah kepada pelandaian keluk. Berdasarkan konsep “Zero Defects” atau Kecacatan Sifar Phillips Crosby, sesuatu kecacatan perlu diminimumkan kepada tahap yang paling rendah bersepadanan dengan keupayaan untuk mengurus, berdasarkan kekuatan fasiliti dan sumber manusia.


Asas kepada prinsip pencegahan adalah berlandaskan kepada keupayaan untuk melaksanakan tindakan pengekangan, menentukan kecacatan tidak kembali kepada senario asal atau berkembang kembali kepada jumlah yang lebih besar sehingga menghilangkan keupayaan untuk mengawal serta mengurus. Berdasarkan purata kes penularan jangkitan baru untuk selama 7 hari tersebut, maka potensi jangkitan tersebut untuk berterusan menular merupakan sesuatu yang sukar untuk dinafikan.

Maka adalah lebih praktikal pihak berkuasa meletakkan sasaran piawai kes yang boleh dijadikan ukuran kemampuan pengendalian, bukan sahaja dalam aspek rawatan, sebaliknya juga dalam pengendalian ujian potensi penularan kes. Bermakna, mewujudkan satu standard ukuran yang boleh dijadikan perbandingan prestasi bagi menentukan piawai mutlak jumlah minimum kes, bagi mendefiniskan nilai kejayaan dalam konteks pengawalan dan pengekangan jangkitan Covid-19, maka dengan itu negara boleh dibebaskan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kegaagalan dalam meletakkan piawai ukuran pengandalian serta pengurusan kes, akan menyebabkan negara akan terus berdepan dengan kesulitan untuk mengendali penularan Covid-19, keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan ketidakstabilan sosial, ekonomi serta tekanan psikologi rakyat.

Realitinya, usaha untuk melandaikan keluk akan menimbulkan kesukaran, memandangkan bukan sahaja bergantung kepada aspek pengesanan kes, sebaliknya bergantung juga kepada aspek kes yang berada di luar kawalan. Di sinilah sebenarnya menuntut pihak kerajaan menentukan peta strategi yang jelas dan kompetatif serta beorientasikan pelaksananaan dalam konteks mengimplementasi reka bentuk perubahan budaya sosial. Apa yang jelas, berdasarkam penemuan faktor utama perebakan wabak Covid-19 adalah melalui perhubungan sosial yang terjalin daripada perhimpunan dan aktiviti berkumpulan, sebagaimana kes penularan di Malaysia terbentuk hasil daripada perhimpunan jemaah tabligh, gereja dan majlis kenduri perkahkahwinan yang membuka ruang ke arah konteks sosial secara langsung.

* Dr. Kamarudin Musa adalah pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

source

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/04/covid19-potensi-bom-jangka-dalam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid 19 Bagai Bom Jangka Indonesia Buat Silap Besar Membenarkan Penduduknya Mudik Pulang Ke Kampung

Kes Covid 19 Bagai Bom Jangka Indonesia Buat Silap Besar Membenarkan Penduduknya Mudik Pulang Ke Kampung

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 444 hits
Indonesia benarkan mudik sempena Aidilfitri atas faktor ekonomi Indonesia Ialah Bom Jangka Covid 19 Asean Semasa negara negara ASEAN bertungkus lumus mengesan dan mengekang penularan Covid 19 pada Januari dan Februari 2020 Indonesia pula di...
Facebook Instagram Padam Video Presiden Brazil Langgar Penjarakan Sosial

Facebook Instagram Padam Video Presiden Brazil Langgar Penjarakan Sosial

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 187 hits
FACEBOOK dan Instagram semalam memadamkan video Presiden Brazil Jair Bolsonaro dengan alasan ia adalah maklumat salah tentang Covid 19 sehari selepas Twitter berbuat perkara sama Kami membuang kandungan dalam Facebook dan Instagram yang mel...
Amalan Penjarakan Sosial Perlu Diteruskan Sehingga 2022

Amalan Penjarakan Sosial Perlu Diteruskan Sehingga 2022

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 261 hits
BERITA HARIAN Saintis di Harvard mengunjurkan bagi mengatasi pandemik COVID 19 pengulangan kepada amalan penjarakan sosial secara konsisten perlu dilakukan sehingga tahun 2022 Foto Agensi WASHINGTON Saintis di Harvard mengunjurkan bagi meng...
Daihatsu Bicara Potensi Naikkan Harga Jual Bila Kurs Rupiah Terus Melemah

Daihatsu Bicara Potensi Naikkan Harga Jual Bila Kurs Rupiah Terus Melemah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 177 hits
Pabrikan otomotif terbesar di Indonesia PT Astra Daihatsu Motor masih mengamati nilai tukar rupiah terhadap dolar amerika serikat yang terus melemah sejak pandemi Covid 19 Per hari ini kurs rupiah melemah sekitar 1 persen ke level Rp 16 125...
Eur Sgd Menghampir Rintangan Pertama Potensi Penurunan Yang Dijangka

Eur Sgd Menghampir Rintangan Pertama Potensi Penurunan Yang Dijangka

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 186 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan 1 56136Sebab masuk Pertindihan rintangan mendatar 50 penarikan semula FibonacciAmbil Keuntungan 1 55405Alasan Mengambil Keuntungan Pertindihan sokongan mendatarStop Loss 1 56583Sebab Stop Loss Pertindihan rinta...
Eur Usd Potensi Falling Wedge

Eur Usd Potensi Falling Wedge

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 209 hits
EUR USD telah menurun sedikit kerana USDX telah melantun semula selepas penurunan besar besaran Pasangan ini didagangkan pada 1 0945 dan berjuang untuk meningkat lagi kerana Indeks Dolar telah menemui rintangan sementara Harga telah bergera...
Usd Cad Menguji Pengesahan Menaik Potensi Lantunan

Usd Cad Menguji Pengesahan Menaik Potensi Lantunan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 213 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan 1 4071Sebab masuk 38 2 Anjakan Fibonacci pertindihan sokongan mendatarAmbil Keuntungan 1 4254Sebab untuk Ambil Keuntungan lanjutan Fibonacci 100 anjakan Fibonacci 76 6 Stop Loss 1 3945Alasan untuk Stop loss 100...
Tempat Melancong Ketika Covid19

Tempat Melancong Ketika Covid19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 322 hits
Sedar tak sedar dah nak masuk minggu ke 3 kita melalui tempoh perintah kawalan pergerakan Walaupun berada dalam ancaman pandemik dont panik lets piknik Berikut adalah tempat tempat pelancongan yang menjadi pilihan aku sempena cuti cuti Mala...
17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak Covid19

17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak Covid19

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 317 hits
17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19 Tadi masa scroll Facebook Fadzi ada ternampak status daripada business coach tentang satu artikel yang ada di website Forbes iaitu 17 Ways You Can Make Money Online Right Now Dalam artike...
485 Metagalaxy Office Space In Shanghai A Design Hub For Innovation And Creativity

Kebanyakan Pemimpin Umno Memang Tak Boleh Dijadikan Contoh Tauladan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang Nafi Keluarkan Lesen Pelelong Kepada Pihak Ketiga

Proton Emas 7 2024 Harga Varian Spesifikasi Tempahan

The Hand That Is Not To Be Businesswoman Falls Victim To Sham Marriage New Straits Times 14 12 2024

Lelaki Gagal Bakar Pejabat Kerana Asyik Tergelincir

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Elite Edge Takaful Etiqa

Website Terbaik Untuk Buat Semakan Dan Permohonan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Destinasi Percutian Akhir Tahun 2024

Cari Ikan Di Pasar Bisik Kuala Muda

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Suspek Mengaku Bunuh Perlu Wang Tengok Harimau Malaya Di Kemboja

Saya Ingat Normal Dah Tiada Ke Isteri Yang Macam Ini