Kes Covid 19 Bagai Bom Jangka Indonesia Buat Silap Besar Membenarkan Penduduknya Mudik Pulang Ke Kampung


Indonesia benarkan 'mudik' sempena Aidilfitri atas faktor ekonomi Indonesia Ialah Bom Jangka Covid-19 Asean

Semasa negara-negara ASEAN bertungkus-lumus mengesan dan mengekang penularan Covid-19 pada Januari dan Februari 2020, Indonesia pula dilihat masih bersikap acuh tak acuh dan tidak merasa risau dengan wabak ini di sebalik kemarahan China dan Jepun selepas rakyat mereka yang pulang dari negara itu didapati positif Covid-19. Kini dengan 2,092 kes positif dan 191 kes kematian, ramai pakar menjangkakan bom jangka Covid-19 bukan saja bakal meletus di Amerika Syarikat dan India tetapi juga di Indonesia. Tambah memilukan, daripada 191 kes, 12 kes kematian membabitkan 12 petugas kesihatan termasuk dua doktor berumur awal 30-an.

"Indonesia is a time bomb, kita perlu jaga sempadan, jika tidak ia bakal bentuk kluster baru jangkitan" - @drmusanordin#DudukRumah dan pastikan kita #KekalTenang untuk #HapusCOVID19 pic.twitter.com/gt1Vx7cNRL— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) April 5, 2020

Bagi Novita Purwanti, seorang jururawat sebuah hospital di Bandung, fakta tersebut amat diketahui dia dan rakan-rakannya. Mereka mengumpul duit untuk membeli baju hujan dan dua gogal perubatan untuk dikongsi.


Baju hujan yang digunakan akan disembur dengan cecair pembasmi kuman agar boleh digunakan semula sementara menanti ketibaan PPE yang dihantar oleh Kementerian Kesihatan Indonesia. Novita turut mengakui tidak mempunyai kemampuan membeli topeng N95 kerana terlalu mahal dan sukar didapati.


Tetapi angka kematian ini turut mengundang tanda tanya skala sebenar penularan Covid-19 di Indonesia. Pusat Model Matematik untuk Penyakit Berjangkit yang berpangkalan di London melaporkan 2% daripada populasi Indonesia dijangkiti wabak berkenaan yang dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah sebenar kes jangkitan ialah 89,000 kes. Tetapi disebabkan Jakarta tidak mempunyai keupayaan untuk menguji ramai orang untuk ujian Covid-19, kita tidak akan tahu berapa sebenarnya kes Covid-19 di Indonesia.


Dan perkara ini sudah menimbulkan amarah tidak bertepi rakyat terhadap Jakarta. Ini kerana Jumlah kematian akibat virus itu menjadi polemik apabila Gabernor Jakarta Anies Baswedan, dalam satu sidang video bersama Naib Presiden Indonesia Ma’ruf Amin pada 2 April lepas, menyatakan “berpuluh-puluh kematian, melebihi 40 kematian setiap hari”, berlaku di Jakarta sepanjang Mac lepas.

Berdasarkan perangkaan kem4tian yang dikeluarkan Gabenor Jakarta, sebanyak 283 kem4tian berlaku dari tempoh 6 Mac hingga 29 Mac. Dan semua jenazah itu dikebumikan mengikut prosedur pengkebumian pesakit COVID-19 melibatkan jenazah yang disyaki atau yang meninggal sebelum disahkan positif virus itu.

Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil turut mempertikaikan laporan kematian dan jumlah kes positif yang diumumkan pemerintah pusat ketika ini, yang didakwanya kes berkenaan sebenarnya jauh lebih tinggi. Provinsi Jakarta dan Jawa Barat, kini mencatatkan jumlah kematian tertinggi yang diumumkan pemerintah pusat, dengan jumlah kes sebanyak 90 dan 28 kes.

Saiz dan keluasan Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan meletakkan Jakarta dalam kedudukan mencabar untuk menangani Covid-19. Indonesia terdiri daripada 17,000 pulau dan dalam situasi normal sekalipun, status penjagaan kesihatannya tidak seberapa terutama di kawasan terpencil.


Jumlah saringan di Indonesia berjumlah 9,712, tapi kes jangkitan dah cecah 2,092 orang dengan 191 orang mati. Untuk rekod, negara kita dah buat saringan dalam 49,570 orang, dan dengan jumlah terkumpul dalam 3,483 orang dan 57 kematian. Cuba bayangkan kalau 50 ribu saringan dibuat macam kita, berapa sebenarnya jumlah jangkitan di Indonesia? Berdasarkan sebuah laporan oleh State Intelligence Agency (BIN), mereka jangkakan pada Julai ini, kes di Indonesia akan mencanak lebih 106, 000 orang.

Dari segi bilangan katil hospital pula, Jakarta hanya mempunyai 1.2 katil per seribu penduduk. Jumlah ini amat sedikit berbanding Malaysia (1.9 per seribu), Singapura (2.4 per seribu), China (4.2 per seribu) dan Korea Selatan (11.5 per seribu).

Manakala dari segi bilangan doktor per seribu populasi, Indonesia hanya mempunyai 0.4 per seribu. Ini meletakkan Jakarta jauh ketinggalan di belakang Malaysia (1.5 per seribu), China (1.8 per seribu), Singapura (2.3 per seribu) dan Korea Selatan (2.4 per seribu).


Tambah memburukkan keadaan, Indonesia seolah-olah cuba mewujudkan senario ‘aku tolak realiti dan gantikan realiti aku sendiri’ berkenaan Covid-19. Apa saja kebimbangan berkenaan wabak itu dilihat dipandang sepi dan kehidupan berjalan seperti biasa.

Malah menurut Menteri Kesihatan Indonesia Terawan Agus Putranto pada ketika itu, tiada kes di Indonesia disebabkan warganya banyak berdoa. Manakala pegawai-pegawainya pula berpandangan ia disebabkan oleh iklim sub-tropika negara itu.

Sekali bila sudah terkena, barulah nak mengubah pendirian tetapi nasi sudah jadi bubur. Presiden Joko Widodo atau Jokowi akhirnya mengaku pada bulan lepas kerajaan menapis semua maklumat penyebaran Covid-19 bertujuan untuk mengelak situasi panik dalam masyarakat.

Ketika ini, Jakarta melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan beberapa wilayahnya sudah melaksanakan perintah berkurung. Indonesia turut menggesa rakyatnya melakukan penjarakan sosial tetapi bercakap lebih mudah dari melaksanakannya.


Ini kerana ramai penduduk tinggal bersesak-sesak dan berdekatan antara satu sama lain di kawasan kejiranan dan kampung yang padat. Nak harap mereka kerja di rumah? Jangan harap kerana pengangkutan awam masih penuh dengan mereka yang tidak boleh bekerja dari rumah.

Bagi wilayah-wilayah terpencil seperti Papua, mereka tahu situasi unit kesihatan mereka sangat lemah. Jadi solusi terbaik mereka ialah menutup pintu sempadan mereka.


Silwanus Sumule, ketua pasukan petugas khas Covid-19 Papua mengakui wilayah itu tidak bersedia mendepani Covid-19. Ketika ini, 70% katil hospital sudah diisi dan jika berlaku situasi penularan wabak, amat sukar bagi mereka merawat pesakit Covid-19.

Daripada 202 unit pengasingan yang disediakan di Papua, hanya dua unit sahaja yang memenuhi standard WHO. Dan kini, kebanyakan pakar berpandangan pakar-pakar kesihatan yang berkhidmat di barisan hadapan perlu diberi lebih banyak perlindungan dalam mendepani Covid-19.

Zubairi Djoerban, ketua pasukan petugas khas Covid-19 dari Persatuan Doktor Indonesia berkata, “Jika kita tidak melindungi mereka, ramai akan m4ti!” Di hospital awam dan swasta Jakarta, bukan satu rahsia ramai mengeluh tiada akses kepada PPE dan terpaksa mengubahsuai baju hujan sebagai PPE sementara.


Tambah Zubairi, “Wujud kemungkinan besar Indonesia akan berhadapan prospek 9.5% pesakit Covid-19 ialah para doktor dan jururawat seperti di Itali. Tetapi jika kadar persediaan yang dibuat lebih buruk dari Itali, kadar tersebut boleh bertambah.”

Salah seorang daripada mereka ialah Allahyarhamah Ninuk, seorang jururawat berusia 37 tahun yang meninggal dunia pada 12 Mac lepas selepas disyaki dijangkiti Covid-19. Menurut suaminya Arul, Allahyarhamah Ninuk tidak memakai PPE semasa bekerja di sebuah hospital di Jakarta Pusat.

Tetapi dia masih ingat kata-kata arwah isterinya itu, “Saya hidup untuk menjaga orang yang saya sayang dan mati dalam keadaan melakukannya.”

Ketika ini, Covid-19 hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja. Tetapi menjelang Ramadan dan Aidilfitri, ramai yang akan balik kampung ke wilayah-wilayah di luar Jawa untuk bersua dengan sanak-saudara.

Jika Jakarta enggan menghalang perjalanan ini berlaku, maka bersedialah menerima gelombang Covid-19 jauh lebih buruk seperti yang berlaku ke atas Itali. Tetapi itulah yang dilakukan oleh Menteri Hal Ehwal Maritim Pelaburan Indonesia merangkap pemangku Menteri Pengangkutan, Luhut Binsar Pahatjaitan pada 3 April lepas.


Keputusan membenarkan warga Indonesia terutama Jakarta pulang ke kampung sempena Aidilfitri atas alasan ekonomi dan faktor iklim tropika yang dilihat boleh membunuh kuman Covid-19.

Bagi yang membaca berita ini, ia mengingatkan kepada beberapa artikel The Patriots bagaimana Covid-19 boleh tersebar ke seluruh negara gara-gara penduduknya enggan patuh duduk diam di rumah dan mahu lari dari situasi wabak.

Apa yang dibuat oleh Jakarta sebenarnya mengulangi kesilapan yang dibuat Itali semasa mereka melaksanakan PKP di empat wilayah utama Itali semasa gelombang awal Covid-19. Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai berpandangan b0m jangka Covid-19 seterusnya ialah Indonesia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2020/04/kes-covid-19-bagai-bom-jangka-indonesia_6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir 6 Tahun Tak Pulang Kampung Intip Momen Mudik Gisela Cindy Ke Indonesia

Hampir 6 Tahun Tak Pulang Kampung Intip Momen Mudik Gisela Cindy Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 216 hits
Gisela Cindy adik dari Gracia Indri ini lama tidak pulang kampung Setelah menempuh studi di Kanada Gisela Cindy meneruskan untuk bekerja di Kanada Setelah hampir 6 tahun berlalu akhirnya Gisela Cindy pulang kampung
24 Doktor Maut Indonesia Catat Peningkatan Harian Tertinggi Kes Covid 19

24 Doktor Maut Indonesia Catat Peningkatan Harian Tertinggi Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 240 hits
JAKARTA Indonesia mencatatkan peningkatan harian tertinggi kes COVID 19 hari ini manakala persatuan perubatan memaklumkan setakat ini 24 doktor maut akibat coronavirus itu Republik itu mencatat 218 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 2...
Satu Kampung Di Indonesia Dikunci Lelaki Pulang Umrah Disahkan Positif Covid 19

Satu Kampung Di Indonesia Dikunci Lelaki Pulang Umrah Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 265 hits
Sebuah perkampungan di Indonesia mencatatkan kes pertama COVID 19 Mangsa dipercayai baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Umrah dan disambut secara besar besaran oleh penduduk di situ pada bulan Februari yang lalu Menurut portal Tribunn...
Kematian Covid 19 Di Indonesia Kini Berjumlah Lebih 300 Kes

Kematian Covid 19 Di Indonesia Kini Berjumlah Lebih 300 Kes

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 299 hits
JAKARTA 10 April Sebanyak 26 lagi kematian akibat virus COVID 19 dilaporkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam sejak pukul 12 tengah hari semalam menjadikan jumlahnya kini meningkat kepada 306 kes Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVI...
Indonesia Catat 327 Kes Kematian Covid 19 Paling Tinggi Di Asia Tenggara

Indonesia Catat 327 Kes Kematian Covid 19 Paling Tinggi Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 380 hits
Indonesia terus mencatatkan pertambahan jumlah kematian akibat wabak Covid 19 apabila kes keseluruhan meningkat kepada 327 Ini menjadikan Indonesia negara di benua Asia Tenggara yang merekodkan kematian tertinggi setakat ini Menerusi kemask...
Covid 19 Kes Terkini Covid 19 4 April 2020

Covid 19 Kes Terkini Covid 19 4 April 2020

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 293 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID 19 dan telah discaj daripada wad adalah ...
1 456 Wni Jemaah Tablig Di Luar Negeri Berstatus Odp Jika Pulang Ke Indonesia

1 456 Wni Jemaah Tablig Di Luar Negeri Berstatus Odp Jika Pulang Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 190 hits
Sedangkan yang bergejala kita tetapkan PDP dan kita tempatkan sebagai karantina sesuai arahan Pak Presiden
Lucunya Orang Indonesia Habis Lockdown Kampung Malah Kumpul Kumpul Sepanjang Hari Hadeeeh

Lucunya Orang Indonesia Habis Lockdown Kampung Malah Kumpul Kumpul Sepanjang Hari Hadeeeh

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 438 hits
Kalau udah melakukan lockdown mandiri ya jangan malah terus pada ngumpul dong Sama aja
Pelajar Ipt Tak Patut Balik Kampung Waktu Covid 19

Pelajar Ipt Tak Patut Balik Kampung Waktu Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 302 hits
Oleh Jebat Gesaan si penipu Syed Saddiq menggesa kerajaan membenarkan mahasiswa untuk pulang ke kampung halaman tatkala COVID 19 melanda negara telah mencetuskan perbincangan hangat diantara kumpulan rakyat dengan mahasiswa Ada yang menyoko...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game