Covid19 Hari Ke 5 Perintah Kawalan Pergerakan Dijangka Lebih Baik


Jika hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan tahap pematuhan perintah tersebut tersangatlah rendah, namun memasuki hari kelima hari ini orang ramai dijangka lebih memahami tuntutan mengehadkan pergerakan masing-masing.

Apa tidaknya, bermula 12.01 tengah malam tadi, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan bagi membantu pihak polis memantau pematuhan perintah tersebut bagi memastikan rakyat berada di rumah masing-masing dan tidak ‘merayap’ tanpa urusan penting demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.





Bagi pihak kerajaan, tujuan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ini tidak lain untuk  menghentikan atau memutuskan sama sekali rangkaian jangkitan Covid-19 dari berpanjangan atau menjadi semakin serius untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada virus maut ini.

Kalau inilah tujuannya, sepatutnya tidak ada lagi alasan untuk meremehkan atau tidak mempedulikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini.


Kerajaan hanya punya satu permintaan untuk dipenuhi rakyat iaitu, “duduk di rumah”.


Bagaimanapun semalam, keadaan ibu kota Kuala Lumpur dan juga di bandar-bandar lain dilihat lebih lengang berbanding hari-hari sebelumnya, menandakan rakyat mungkin mula mengambil serius arahan itu, dan diharapkan pematuhan tersebut terus bertambah baik pada hari ini dan hari-hari seterusnya.



Semalam, Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa sepanjang tempoh perintah tersebut berjalan, hanya seorang sahaja wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.

Makanya, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail terhadap rakyat Perlis agar mematuhi perintah kawalan itu tanpa sebarang alasan serta mengambil sikap bertanggungjawab dan  ‘Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ dan semestinya pesanan ini diambil berat oleh semua rakyat di negara ini.

Pihak berkuasa di beberapa negeri pula telah mula mengetatkan penguatkuasaan, dengan hanya memberi kebenaran beroperasi kepada peruncit dan premis perniagaan tertentu, antaranya kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam, yang boleh beroperasi sehingga waktu-waktu tertentu mengikut negeri masing-masing.


Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi negeri terawal menguatkuasakan arahan, dengan membenarkan operasi premis masing-masing bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam atau 7 pagi hingga 6 petang sahaja, yang menyaksikan rata-rata peniaga dan pengusaha akur dan menutup premis tepat pada masa yang ditetapkan.

Arahan yang sama juga diikuti negeri-negeri lain untuk dikuatkuasakan hari ini, seperti di Selangor, Melaka dan Pulau Pinang.

Ada juga pihak mengambil inisiatif mengurangkan impak perintah itu terhadap golongan tertentu dalam masyarakat seperti ditunjukkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menyediakan bantuan makanan percuma dua kali sehari kepada semua pelajar yang masih berada di kolej kediaman di kampus dan rumah sewa sehingga 31 Mac ini.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) pula memperuntukkan agihan khas RM15 juta sebagai bantuan segera memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan bagi membantu golongan penjaja, peniaga kecil dan pekerja berpendapatan rendah yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan perintah tersebut.

Semua ini tidak lain sebagai dukungan dan sokongan terhadap langkah Kerajaan Pusat untuk menjayakan tujuan murni Perintah Kawalan Pergerakan ini - bebaskan rakyat Malaysia daripada wabak Covid-19. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/03/covid19-hari-ke-5-perintah-kawalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peningkatan Mendadak Covid 19 Pm Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Selama 14 Hari Seluruh Negara

Peningkatan Mendadak Covid 19 Pm Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Selama 14 Hari Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 642 hits
Pelbagai spekulasi yang berlegar sejak akhir akhir ini berkenaan wabak koronaviru atau dikenali sebagai Covid 19 Malam in Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan untukmelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa ...
Pm Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari

Pm Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 438 hits
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengaw...
Hari Kelima Perintah Kawalan Pergerakan Masih Ramai Degil Keras Kepala Berjoging Di Luar

Hari Kelima Perintah Kawalan Pergerakan Masih Ramai Degil Keras Kepala Berjoging Di Luar

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 606 hits
Telah masuk hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan dan kini Angkatan Tentera Malaysia juga telah bekerjasama dengan pihak polis untuk memantau pergerakan rakyat Malaysia Tetapi dalam pada itu sebenarnya masih ramai lagi segelintir masyarak...
Wabak Covid19 Perintah Kawalan Pergerakan

Wabak Covid19 Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 414 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSedia maklum wabak covid19 semakin menular sejak akhir ning kes pun saban hari semakin meningkat ya Allah lindungan kami semua dari wabak ganas ni Perintah kawalan pergerakan Pm dah umum semalam perintah kawal...
Covid19 Elektrik Tidak Dipotong Jika Lewat Bayar Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dr Shamsul Anuar Nasarah

Covid19 Elektrik Tidak Dipotong Jika Lewat Bayar Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dr Shamsul Anuar Nasarah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 331 hits
Tidak ada pemotongan bekalan bagi pengguna pengguna yang lewat membayar bil elektrik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa iaitu pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Na...
Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari Bermula Rabu

Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari Bermula Rabu

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 388 hits
Semua rumah ibadat premis perniagaan taska sekolah perlu ditutupKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh n...
Sijil Kompetensi Agtes Dilanjutkan 90 Hari Lepas Perintah Kawalan Pergerakan

Sijil Kompetensi Agtes Dilanjutkan 90 Hari Lepas Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 1007 hits
Terbaru Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah mengeluarkan notis awam dan ditujukan khas kepada orang yang kompeten yang berdaftar dengan JKKP Mana mana AGTES yang tarikh sah laku sijil kompetensinya tamat semasa PKP dianggap di...
Perintah Kawalan Pergerakan Antara Negeri Berkuatkuasa Bermula Hari Rabu 18 3 2020 Ditangguhkan Buat Sementara Waktu

Perintah Kawalan Pergerakan Antara Negeri Berkuatkuasa Bermula Hari Rabu 18 3 2020 Ditangguhkan Buat Sementara Waktu

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 457 hits
PEMBERITAHUAN Borang Kebenaran Rentas Negeri Kepada yang berkeperluan untuk melakukan perjalanan rentas negeri contoh KL KEL SAR KED dan seumpamanya dikehendaki mengisi borang yang tersedia di Balai Polis berdekatan sebelum memulakan perjal...
Menu Makan Tengah Hari Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Menu Makan Tengah Hari Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 990 hits
Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bagi semua negeri di Malaysia bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 Selama 14 hari ini rakyat Malaysia disarankan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenu...
From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Homesoy Launches Stop That Dot Together To Continue Driving Breast Cancer Awareness

New Contractor To Be Appointed For Delayed Pulau Mabul Base By Oct 16 Home Ministry

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 163 All Red Pantyhose Edition

Lirik Lagu Mengemis Kasih Yabang The Zikr

Indra 3 Sisi

Perbezaan Marjerin Dan Mentega Rahsia Rasa Dan Tekstur Sebenar Dalam Masakan

Terdapat Potensi Penurunan Pembetulan Dalam Usdx Hari Ini Khamis 09 Oktober 2025

Doa Buat Seluruh Umat Muhammad