Covid19 Grab Wujudkan Dua Tabung Khas Bantu Pemandu Penghantarnya



Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab mewujudkan dua tabung khas yang dinamakan ‘Partner Protection Fund’ dan ‘Partner Relief Fund’ bagi menyokong rakan petugas pemandu dan penghantarnya.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh dalam kenyataan hari ini, berkata ‘Partner Protection Fund’ yang menawarkan bantuan sokongan sehingga RM1,000 tiap seorang pemandu atau rakan penghantar, adalah tabung perlindungan bagi membantu petugas yang disahkan positif jangkitan coronavirus (COVID-19), atau yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin.

“Sementara itu, Grab ‘Partner Relief Fund’ sehingga RM300 tiap seorang pemandu atau rakan penghantar, akan membekalkan rakan petugas kami ini dengan baucar bagi membantu perbelanjaan isi rumah harian mereka.


“Baucar ini boleh digunakan untuk kebanyakan perkhidmatan Grab, sama ada bagi ‘reload’ perkhidmatan telefon bimbit atau membeli barang dapur penting dengan diskaun 50 peratus bagi keluarga mereka sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Grab turut membekalkan petugas dengan penutup hidung dan mulut menerusi GrabBenefits dan telah bekerjasama dengan mereka untuk menjadikan dua amalan sebagai mandatori, yakni sanitasi tangan di kedai, dan pembungkusan rapi bagi mengelak kontaminasi dan tumpahan.

Goh berkata, Grab mengambil langkah-langkah yang imperatif untuk menjaga rakan penghantar mereka ini semasa mereka terus berkhidmat kepada pelanggan, terutama dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, menurutnya, Grab bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk menyebar akses segera buat komuniti Grab kepada maklumat yang paling tepat dan pantas sebarang berita mengenai COVID-19.

Selain itu, Grab turut membuat penghantaran “tanpa kontak” bagi meminimumkan risiko kontak fizikal bagi orang ramai dan rakan petugas kami, di mana semua perkhidmatan makanan, pasar raya atau pasar (Food, Mart atau Pasar) yang ditawarkannya, kini adalah ‘tanpa tunai’.

Grab turut memperkenalkan Perlindungan COVID-19 yang boleh diperoleh oleh pelanggan Grab semasa mereka memilih Ride Cover hanya dengan bayaran 35 sen setiap perjalanan.

“Sila rujuk tanda insurans pada aplikasi Grab untuk maklumat lebih lanjut (mengenai Perlindungan COVID-19),” katanya. – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/03/covid19-grab-wujudkan-dua-tabung-khas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wujudkan Talian Khas Bantu Tangani Tekanan Emosi Kewangan

Wujudkan Talian Khas Bantu Tangani Tekanan Emosi Kewangan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 280 hits
SHAH ALAM 2 APRIL Kerajaan Negeri akan membuka satu talian baharu bagi membantu masyarakat yang mengalami tekanan emosi terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kata EXCO kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata jumlah panggilan Ta...
Kutipan Tabung Covid 19 Sebanyak Rm 8 Juta Setakat Ini Akan Diguna Bantu Rakyat Terjejas Dengan Pkp

Kutipan Tabung Covid 19 Sebanyak Rm 8 Juta Setakat Ini Akan Diguna Bantu Rakyat Terjejas Dengan Pkp

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 425 hits
MENTERI Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kutipan tabung sumbangan COVID 19 yang diperolehi setakat ini adalah sebanyak RM8 129 juta 70 peratus akan digunakan di peringkat awal iaitu sebanyak RM5 68 juta untuk membantu rakyat...
Jakim Tubuhkan Pasukan Khas Bantu Uruskan Jenazah Beragama Islam

Jakim Tubuhkan Pasukan Khas Bantu Uruskan Jenazah Beragama Islam

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 333 hits
Sepertimana yang kita semua tahu semakin hari semakin meningkat jumlah kematian yang membabitkan pesakit covid 19 di Malaysia Maka Jabatan Kemajuan Islam akan menubuhkan pasukan khas pengurusan jenazah untuk membantu menguruskan mayat yang ...
Cikgootube Inisiatif Guru Bantu Murid Demi Covid19

Cikgootube Inisiatif Guru Bantu Murid Demi Covid19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 393 hits
Semalam bermesyuarat di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan bagi membincangkan perancangan inisiatif besar guru kepada guru iaitu Besar tak besar inisiatif nih sampaikan Pengarah BSTP Tn Haji dan 2 Timbalan nya pun turut serta dalam me...
Covid19 Tentera Bantu Polis Pantau Orang Ramai Bermula Ahad Ds Ismail Sabri

Covid19 Tentera Bantu Polis Pantau Orang Ramai Bermula Ahad Ds Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 481 hits
Khidmat tentera akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan rakyat berada di rumah masing masing dalam usaha membendung penularan kes COVID 19 Menteri Kanan Datuk Seri Is...
Tak Cukup Duit Beli Dadah Dua Beradik Curi Tabung Masjid

Tak Cukup Duit Beli Dadah Dua Beradik Curi Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 502 hits
Dua beradik masing masing berumur 15 dan 24 tahun ditahan polis kerana mencuri tabung Masjid Al Falah Kampung Padang Kandang pada 10 Mac lalu Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata kedua dua berjaya ditahan di ...
Perdana Menteri Menteri Timbalan Menteri Potong Gaji Dua Bulan Untuk Tabung Covid 19

Perdana Menteri Menteri Timbalan Menteri Potong Gaji Dua Bulan Untuk Tabung Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 373 hits
Perdana menteri menteri dan timbalan menteri akan menyumbangkan dua bulan gaji mereka kepada Tabung Covid 19 Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet semalam menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya Langkah ini membuktikan k...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku