Covid 19 Urus Manusia Terkurung




Oleh AB JALIL BACKER
PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 (PKP3) selama 14 hari lagi pasti mengundang keresahan pelbagai pihak terutamanya kumpulan yang bekerja sendiri, perusahaan kecil dan bergaji harian.
Jika pembaca masih ingat, ruang ini minggu lalu membincangkan kemungkinan PKP3 ini berikutan jumlah pesakit positif Covid-19 masih tidak menurun daripada angka 100 orang sehari.
PKP disambung kerana kita masih gagal memutuskan rantaian penyebaran Covid-19 yang bermula dari sebelum PKP lagi, bukannya kerana kegagalan pematuhannya.
Kebanyakan jangkitan Covid-19 yang dikesan sehingga semalam masih membabitkan kluster Sri Petaling, Kluster Itali dan mereka yang pulang dari luar negara.
Sehingga kini kita masih ada ribuan kes yang menunggu keputusan setiap hari, namun kita juga berjaya menyaring lebih 70,000 orang dan hanya 4,000 lebih yang positif. Kadar kematian kita juga adalah rendah berbanding jumlah yang dipulihkan.
Malaysia dan hampir kesemua negara di dunia berhadapan masalah kekurangan makmal dan antigen untuk ujian Covid-19 kerana terlalu ramai yang perlu disaring dalam masa singkat.
Malaysia atau mana-mana negara pun tidak mempunyai puluhan ribu peralatan respirator dan ventilator untuk membantu pesakit Covid-19 secara serentak.
Justeru, kita perlu memperlahankan penyebaran wabak agar tidak wujud keadaan pesakit dibiarkan tanpa rawatan seperti yang berlaku di Itali.
Selepas ‘dikurung’ 28 hari, walaupun cukup makan, minum dan kemudahan, mental sebahagian rakyat tidak lagi bersedia untuk berterusan berada dalam budaya terkurung.
Ini menyebabkan mereka berasa tertekan, kecewa dan mula mencari salah semua pihak. Selain faktor lama dihadkan pergerakan, ada beberapa perkara yang menyebabkan sebahagian rakyat mula bersikap negatif.
Pertama, kita tiada sasaran jelas yang boleh difahami rakyat biasa. Kita mengulang-ulang cerita graf dan istilah flatting the curve. Apa makna meratakan lingkungan jangkitan itu kepada rakyat biasa?
Pelbagai andaian termasuklah kononnya kerajaan akan menunggu sehingga sifar kes Covid-19 sebelum PKP dimansuhkan. Ini tentulah tidak tepat dan tidak boleh dijadikan landasan keputusan kerajaan.
Mental rakyat
Justeru, kerajaan perlu memberi harapan yang jelas dan mudah difahami. Misalnya, meletak sasaran yang dianggap sesuai untuk menamatkan PKP ini berdasarkan penurunan kes positif kepada angka 40-50 kes sehari dan pemutusan rantaian Covid-19 kluster besar sebagai KPI.
Ini sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan mental rakyat yang berada dalam ketidakpastian.
Kedua, tindakan kerajaan mula mengawal maklumat yang sebelum ini boleh diakses oleh rakyat.
Sejak beberapa hari lalu portal statistik Covid-19 Kementerian Kesihatan menggugurkan ruangan jumlah yang disaring dan jumlah yang menunggu keputusan ujian. Ini hanya mengundang perasaan curiga yang mahu disembunyikan kerajaan.
Ketiga, tindakan kerajaan memberi kelonggaran kepada industri tertentu seperti kedai gunting rambut, kedai selenggara kereta dan kedai barangan elektronik dalam PKP3 menimbulkan keresahan akan wujud gelombang baharu.
Mereka yang masih terkongkong dengan PKP3 melihat ini satu keputusan yang memberi kebebasan kepada ramai orang untuk keluar rumah atas alasan tersebut dan akan menaikkan semula graf penyebaran Covid-19.
Pada hemat saya kerajaan sepatutnya mengekalkan PKP3 seperti PKP2 sebelum menamatkannya terus pada 28 April nanti dan membenarkan semua perniagaan beroperasi seperti biasa.
Dalam masa sama, rakyat terutama orang Islam harus menerima hakikat budaya Ramadan kita pada tahun ini perlu berubah demi kemaslahatan rakyat seluruhnya. Berdoalah kita segera bebas Covid-19.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/12/covid-19-urus-manusia-terkurung/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=covid-19-urus-manusia-terkurung

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haiwan Kesayangan Seperti Kucing Anjing Bukan Penyebar Covid 19 Kepada Manusia Jab Veterinar

Haiwan Kesayangan Seperti Kucing Anjing Bukan Penyebar Covid 19 Kepada Manusia Jab Veterinar

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 444 hits
HAIWAN kesayangan yang dibela seperti anjing dan kucing tidak boleh menjadi agen penyebar virus Corona kepada manusia Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam satu kenyataan berkata buat masa ini pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ...
Covid 19 Uji Manusia Bersabar Selepas Diberi Kesenangan Kata Hadi

Covid 19 Uji Manusia Bersabar Selepas Diberi Kesenangan Kata Hadi

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 289 hits
April 7 2020 11 21 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak terutama umat Islam supaya lebih bersabar menghadapi ujian susulan krisis Covid 19 Beliau berkata ujian ini perlu dihada...
Perintah Jenderal Andika Perkasa Prajurit Tni Bantu Urus Pemakaman Jenazah Covid 19

Perintah Jenderal Andika Perkasa Prajurit Tni Bantu Urus Pemakaman Jenazah Covid 19

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 155 hits
Jenderal TNI Andika Perkasa yang telah berkoordinasi dengan jajaran petinggi TNI menurunkan prajuritnya untuk membantu penanganan kasus Covid 19 di Indonesia salah satunya ikut mengurus pemakaman jenazah korban Covid 19
Covid 19 Kit Ujian Habis Gaza Rayu Bantuan Antarabangsa

Covid 19 Kit Ujian Habis Gaza Rayu Bantuan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 277 hits
GAZA 15 Syaaban 1441H Khamis Pihak berkuasa kesihatan Semenanjung Gaza bimbang wabak COVID 19 di kawasan terkepung akan terus merebak selepas wilayah itu kehabisan kit ujian coronavirus Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf al Qidra b...
Covid 19 Virus Pada Permukaan Mayat

Covid 19 Virus Pada Permukaan Mayat

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 274 hits
PUTRAJAYA Penemuan bedah siasat terhadap mayat pesakit Covid 19 mendapati terdapat virus pada permukaan badan mayat melalui analisa Real time Polymerase Chain Reaction yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan
Covid 19 Tak Puas Hati Pkpd Pekerja Asing Protes Campak Bungkusan Air Kencing

Covid 19 Tak Puas Hati Pkpd Pekerja Asing Protes Campak Bungkusan Air Kencing

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 405 hits
KUALA LUMPUR Warga asing yang terlibat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di tiga lokasi kediaman di sini didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan bukan sekadar sampah tetapi termasuk b...
Sesi Persekolahan Mungkin Ditangguh Sehingga Wabak Covid 19 Pulih Muhyiddin

Sesi Persekolahan Mungkin Ditangguh Sehingga Wabak Covid 19 Pulih Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 236 hits
Semua sesi persekolahan kemungkinan akan ditangguhkan sehingga kerajaan benar benar yakin keadaan penularan wabak COVID 19 di negara ini telah kembali pulih Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ramai ibu bapa sendiri yang mahuka...
Perangi Covid 19 Kita Dapat Kawal Wabak Covid 19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang Pm

Perangi Covid 19 Kita Dapat Kawal Wabak Covid 19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 305 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak rakyat Malaysia agar bersama sama terus memerangi penularan COVID 19kerana wabak itu masih belum berakhir sepenuhnya Perdana Menteri berkata sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini penulara...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut