Covid 19 Ubat Antivirus Baharu Akan Diperkenalkan Kp Kesihatan


PUTRAJAYA, 2 APRIL: Ubat antivirus baharu, Remdesivir, akan diperkenalkan untuk merawat pesakit Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima beberapa permohonan untuk membawa masuk ubat itu.
“Baru ada permohonan untuk membawa masuk ubat Remdesivir dan kita telah meluluskan satu dua permohonan. Insya-Allah kita akan perkenalkan ubat baharu ini untuk merawat pesakit-pesakit Covid-19,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19, di sini, hari ini.
Pada 28 Mac lepas, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain boleh digunakan dalam rawatan Covid-19.
Ditanya sama ada bilangan ujian Covid-19 yang telah dilaksanakan mencukupi setakat ini, beliau menjelaskan KKM memenuhi tanda aras Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Beliau berkata WHO telah mengeluarkan satu laporan menyatakan sasaran kes positif daripada ujian dilakukan sepatutnya 10 peratus, dan Malaysia telah menunjukkan lebih tujuh peratus dalam kes positif berdasarkan ujian dilakukan.
“Kalau kita lihat ujian kita, sebanyak 43,462 sampel yang telah diambil dan kes yang positif ialah 3,116, bermakna kadar positif kes kita ialah 7.2 peratus, lebih kurang 10 peratus,” katanya.
Sebelum ini, pakar perubatan mendakwa Malaysia masih ketinggalan dalam ujian untuk Covid-19 walaupun terdapat peningkatan kes positif dua minggu lepas.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar kematian Covid-19 di Malaysia yang berada pada 1.6 peratus dianggap masih rendah jika dibandingkan kadar kematian global iaitu sekitar 4.5 peratus.
Dalam pada itu, beliau turut berkata isu kekurangan bekalan peralatan perlindungan diri (PPE) sudah diselesaikan namun KKM ketika ini menghadapi masalah untuk menghantar bekalan itu kepada pihak hospital dan klinik yang menggunakannya dalam merawat Covid-19.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya sedang menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin.
“Kami (KKM) berharap dalam minggu ini isu pengagihan akan dapat diselesaikan, kita mempunyai masing-masing lebih 50,000 penutup hidung dan mulut serta PPE yang disumbangkan dan juga setengah juta penutup hidung dan mulut dari China contohnya.
“Banyak sumbangan yang kita terima dan isu ketika ini adalah kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu logistik untuk menghantar peralatan itu ke Sabah dan Sarawak contohnya,” katanya
Beliau mengulas soalan mengenai sama ada KKM menghadapi masalah pengagihan PPE kepada pihak hospital mahupun klinik kerana terdapat beberapa aduan daripada petugas barisan hadapan tidak memperoleh kelengkapan perubatan itu lagi.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/04/covid-19-ubat-antivirus-baharu-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 357 hits
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wad isolasi dan wad unit rawatan rapi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang merawat pesakit positif COVID 19 adalah tempat yang paling selamat Menurutnya daripada 181 kes...
150 Kes Baharu Positif Covid 19 Hari Ini 4 Kematian Dicatatkan

150 Kes Baharu Positif Covid 19 Hari Ini 4 Kematian Dicatatkan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 412 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi menyatakan bahawa sebanyak 150 lagi kes positif Covid 19 dilaporkan hari ini 4Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan ke...
Kad Kesihatan Dipercayai Cegah Covid 19

Kad Kesihatan Dipercayai Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 396 hits
Assalamualaikum Ada tak antara korang yang pernah dengar kad kesihatan boleh cegah COVID 19 Aku pon agak terkejut sebenarnya tapi percayalah benda ni ada dijual di salah satu farmasi terkenal di Malaysia Kad yang diletakkan sejenis bahan ki...
Pesakit Termuda Maut Akibat Covid 19 Di Malaysia Lambat Dapatkan Rawatan Ada Penyakit Tiroid Kp Kesihatan

Pesakit Termuda Maut Akibat Covid 19 Di Malaysia Lambat Dapatkan Rawatan Ada Penyakit Tiroid Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 360 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah mengesahkan pesakit termuda yang meninggal dunia akibat COVID 19 di Malaysia mempunyai sejarah penyakit lain dan lewat mendapatkan rawatan Hari ini kita ada pesakit termuda 23 tahun yang...
Saintis Temui Mutasi Baharu Virus Covid 19 Yang Mampu Bertahan 49 Hari

Saintis Temui Mutasi Baharu Virus Covid 19 Yang Mampu Bertahan 49 Hari

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 330 hits
Sekumpulan penyelidik dari China mendakwa telah menemui sejenis mutasi baharu Covid 19 selepas seorang pesakit mengalami jangkitan selama 49 hari Lelaki berusia pertengahan tahun itu yang perlu disuntik dengan darah mangsa koronavirus yang ...
Perkhidmatan Kesihatan Kita Kepada Pesakit Covid 19 Terbaik Di Dunia Kp Kesihatan

Perkhidmatan Kesihatan Kita Kepada Pesakit Covid 19 Terbaik Di Dunia Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 293 hits
Kementerian Kesihatan mendakwa kadar kematian di negara kita akibat COVID 19 adalah yang terendah Kadar kematian di negara kita adalah antara yang terendah 1 58 peratus Ini menunjukkan perkhidmatan kesihatan kita kepada pesakit COVID 19 ada...
416 Kes Covid 19 Adalah Dalam Kalangan Bukan Warganegara Malaysia Kp Kesihatan

416 Kes Covid 19 Adalah Dalam Kalangan Bukan Warganegara Malaysia Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 282 hits
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 416 kes COVID 1 adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia juga bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi Untuk Pelarian Petubuhan Bang...
Petugas Kesihatan Positif Covid 19 Di Hospital Swasta Noor Hisham Beritahu Pengkritik

Petugas Kesihatan Positif Covid 19 Di Hospital Swasta Noor Hisham Beritahu Pengkritik

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 296 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia berkata jangkitan Covid 19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospit...
Selamat Hari Kesihatan Sedunia Terima Kasih Semua Petugas Terlibat Tangani Covid 19

Selamat Hari Kesihatan Sedunia Terima Kasih Semua Petugas Terlibat Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 331 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan kepimpinan parti dan ahli ahli UMNO mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Sedunia yang diraikan hari ini Saya dan barisan kepimpinan UMNO Malaysia mengucapkan Selamat Hari Kesihata...
Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

Virgoun Orang Yang Sama Chord

Rezeki Yang Tidak Disangkakan

Quick Eating Well Healthy Banana Bread Recipe

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Siapa Calon Pm Pembangkang

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betul Ke Insulin Boleh Rosakkan Buah Pinggang

Printing Kotak Packaging Kek Pastry Custom Tarik Perhatian Pelanggan Dengan Design Eksklusif

Navigating Legal And Regulatory Challenges

Kelas Berenang Dewasa

Composite Vs Traditional Decks A Homeowner S Guide In Germantown Tn

Saham Asia Naik Harga Minyak Jatuh Jelang Rundingan Trump Zelenskyy