Covid 19 Tujuh Kes Baharu Libatkan Empat Import Tiga Penularan Dalam Negara


 
KUALA LUMPUR -- Kes positif COVID-19 hari ini kembali ke angka satu dengan mencatatkan tujuh kes baharu, dengan empat kes import manakala tiga lagi penularan dalam negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif adalah 9,219 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 192 kes.
Beliau berkata kesemua tujuh kes baharu itu melibatkan tiga kes tempatan di Kedah iaitu dua daripada Kluster Sala dan satu kes Kluster Tawar.

“Empat kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara pula melibatkan dua warganegara  tempatan dan dua bukan warganegara yang masing-masing tiga kes dari Bangladesh dan satu kes dari United Kingdom,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham berkata terdapat 26 kes yang telah pulih daripada wabak itu pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 8,902 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Katanya, sehingga kini terdapat lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.
Menurut Dr Noor Hisham tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal 125 kes.
Memperincikan mengenai Kluster Tawar, beliau berkata dengan penambahan kes baharu itu menjadikan mereka yang dikesan positif COVID-19 bagi kluster itu adalah sebanyak 47 kes.
“Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 1,490 orang telah disaring dalam kluster ini iaitu 1,195 individu disaring di Kedah dengan 40 kes dikesan positif, 858 kes negatif dan 297 individu masih menunggu keputusan.
Di Pulau Pinang, seramai 286 disaring iaitu tujuh kes dikesan positif, 216 individu negatif dan 63 individu masih menunggu keputusan manakala di Perak pula sembilan individu disaring yang kesemuanya negatif,” katanya.
Sementara itu, bagi Kluster Sala pula, dua lagi individu dilaporkan positif, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak lapan kes.
Katanya, seramai 635 orang telah disaring dalam kluster itu membabitkan 629 individu disaring di Kedah, lapan kes dikesan positif, 479 individu negatif dan 142 individu masih menunggu keputusan, sementara di Pulau Pinang pula enam individu disaring dengan empat individu negatif dan dua individu masih menunggu keputusan.
Mengulas lanjut mengenai punca jangkitan Kluster Tawar dan Kluster Sala, Dr Noor Hisham berkata hasil siasatan ke atas kes-kes positif mendapati bahawa penularan jangkitan dalam kluster berkenaan telah disumbang oleh beberapa faktor umum.
"Penularan jangkitan dalam Kluster Tawar didapati disumbang oleh perhimpunan dalam kalangan ahli keluarga yang tidak sepenuhnya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
“Misalnya, kapasiti tetamu perhimpunan tidak mengikut saiz ruang dan penjarakan fizikal yang selamat antara satu sama lain. Ini membantu penularan yang meluas dalam kluster ini, meskipun kes indeks dan punca sebenar jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.
Bagi Kluster Sala pula, katanya, kes indeks mempunyai sejarah menziarahi pesakit di sebuah hospital bersama beberapa ahli keluarga beliau.
“Walaupun tiada kes positif COVID-19 yang dikesan daripada saringan di hospital tersebut, namun begitu kesemua ahli keluarga yang telah pergi bersama kes indeks untuk menziarahi pesakit tersebut telah dikesan positif,” katanya.
Beliau berkata jangkitan wabak itu seterusnya telah merebak kepada kontak-kontak rapat kes indeks dan ahli keluarga.
“Dikhuatiri amalan melawat hospital mungkin menyumbang kepada penularan jangkitan memandangkan di hospital terdapat banyak pesakit dan mengundang risiko jangkitan,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata kemungkinan besar penularan jangkitan dalam kedua-dua kluster dapat dibendung sekiranya amalan 3S dapat dilaksanakan oleh semua pihak, iaitu elakkan tempat yang sesak, sempit dan elakkan sembang dengan jarak yang dekat.
“Sekiranya mempunyai keperluan mendesak untuk menziarahi pesakit di hospital, pastikan langkah berjaga-jaga diamalkan pada setiap masa seperti pastikan pemakaian alat pelitup muka sepanjang tempoh menziarahi dan pastikan penjarakan fizikal yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter dari pesakit atau individu yang bergejala selain amalan kebersihan kendiri seperti membasuh tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/covid-19-tujuh-kes-baharu-libatkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tujuh Kes Baharu Covid 19 Hari Ini Lima Penularan Tempatan

Tujuh Kes Baharu Covid 19 Hari Ini Lima Penularan Tempatan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 290 hits
SHAH ALAM 24 OGOS Tujuh kes baharu Covid 19 dilaporkan hari ini membabitkan lima penularan tempatan dan dua kes import kata ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keselur...
Covid 19 Kes Baharu Kembali Rekod Satu Angka Menjadi Tujuh Kes

Covid 19 Kes Baharu Kembali Rekod Satu Angka Menjadi Tujuh Kes

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 297 hits
Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Kes jangkitan baharu penularan Covid 19 di dalam negara kembali merekodkan satu angka iaitu tujuh kes setakat 12 tengahari pada hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia m...
Dua Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Empat Hari Berturut Kurang Lima Kes

Dua Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Empat Hari Berturut Kurang Lima Kes

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 263 hits
SHAH ALAM 7 OGOS Bilangan kes aktif di Selangor kekal kurang lima kes dalam tempoh empat hari berturut turut Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor berkata dua kes baharu membabitkan kes import hari ini menjadikan empat kes aktif dire...
Stfc Tiada Penularan Tempatan Minggu Ini Hanya Empat Kes Import

Stfc Tiada Penularan Tempatan Minggu Ini Hanya Empat Kes Import

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 258 hits
SHAH ALAM 9 OGOS Tiada kes penularan tempatan Covid 19 dilaporkan di Selangor sepanjang minggu ini sejak Isnin lalu Bilik Gerakan Covid 19 memaklumkan hanya empat kes import membabitkan dua dari Jepun dan satu kes masing masing jangkitan Tu...
Thailand Lapor 17 Kes Baru Covid 19 Semuanya Rakyat Tempatan Yang Pulang Dari Luar Negara

Thailand Lapor 17 Kes Baru Covid 19 Semuanya Rakyat Tempatan Yang Pulang Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 219 hits
BANGKOK Thailand merekodkan 17 kes baru COVID 19 termasuk 15 rakyatnya yang baru pulang dari India menjadikan jumlah keseluruhan menjangkaui 3 376 kes Sementara itu jumlah kematian kekal 58 apabila tiada kematian akibat COVID 19 dilaporkan ...
Lagi 313 Pesakit Dibenar Pulang Kanak Kanak Lelaki 1 Tahun Dari India Antara 4 Kes Import Covid 19 Di Singapura

Lagi 313 Pesakit Dibenar Pulang Kanak Kanak Lelaki 1 Tahun Dari India Antara 4 Kes Import Covid 19 Di Singapura

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 201 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Singapura melaporkan 83 kes baru COVID 19 setakat tengah hari Jumaat termasuk empat kes import menurut Kementerian Kesihatan Ini menjadikan jumlah kes terkumpul di
Covid 19 Satu Kluster Baharu Di Kedah Di Kesan Jumlah Positif 10 Kes

Covid 19 Satu Kluster Baharu Di Kedah Di Kesan Jumlah Positif 10 Kes

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 366 hits
COVID 19 Satu kluster baharu di Kedah dikesan jumlah positif 10 KesPUTRAJAYA Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu berkaitan wabak COVID 19 iaitu Kluster Tawar di Kedah kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Ab...
Covid 19 Sebanyak 26 Kes Baharu Hari Ini Kes Aktif Catat Lebih 200

Covid 19 Sebanyak 26 Kes Baharu Hari Ini Kes Aktif Catat Lebih 200

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Kes positif COVID 19 kian meningkat apabila 26 kes baharu dilaporkan hari ini membabitkan 23 kes penularan tempatan dan selebihnya kes import Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah ...
Kes Baharu Covid 19 Kedah Meningkat

Kes Baharu Covid 19 Kedah Meningkat

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 368 hits
Assalamualaikum dan selamat malam semua pada hari ini ada penambahan kes yang baharu di Kedah Darul Aman daripada Kluster Tawar dan Kluster Muda Ini membuat kes yang aktif di kedah adalah 59 kes Sebelum ini Kluster Sivagangga meresahkan pen...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman

Malaysia Middle Or Middling Power

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech