Covid 19 Tanggungjawab Bersama


PANDANG CADANG

PANDEMIK Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan turut singgah di negara kita sungguh membimbangkan. Apa yang boleh dinama dan disifatkan wabak ini? Bala? Ujian? Ataupun sebagai kifarah terhadap manusia?

Ia nyata dan jelas ia bukan datang dan mengganas di sebuah negara sahaja, tetapi di seluruh dunia. Dari Asia, Eropah dan Afrika.



Maka ia hendaklah dilihat wabak sedunia ini adalah bala 2020 yang harus ditangani semua pihak. Ia adalah masalah sejagat yang lebih dahsyat daripada kematian akibat perang dunia pertama dan kedua. Kerana kematian angkara perang dunia berlaku di sesetengah negara dan benua sahaja, sebaliknya Covid-19 bergerak dan mengganas di seluruh antero dunia.


Daripada rekod dan catatan sehingga hari ini (21 Mac), sebanyak 279,124 kasus direkod dengan jumlah kematian 11,584, manakala sebanyak 92,906 yang dapat disembuhkan. Malaysia berkedudukan nombor 16 dari 186 negara yang diserang Covid-19 dengan China mencatat negara paling banyak 81,008 kasus diikuti Italy 47,021, Spain 21,571, Iran 20,610, USA 19,774, France 12,612, South Korea 8,799, Switzerland 5,615.

UK 3,983., Netherland 2,994, Belgium 2,815, Austria 2,695, Norway 1,995, Sweden 1,639 dan
Denmark 1,255. Harus difahami Malaysia adalah negara keempat tertinggi di Asia. Suatu kedudukan yang cukup bahaya.

Kedudukan itu kita tidak boleh berasa selesa atau selamat. Sebaliknya perlu menerima negara kita dalam ancaman serius. Kita tidak boleh bersikap acuh tak acuh dengan keadaan.

Kini apa yang perlu difikirkan Covid-19 sedang ganas menyerang kita. Belum ada tanda-tanda pengurangan dengan peningkatan kasus baru setiap hari. Wuhan (China) yang dicatat negeri mula-mula merebak sudah agak reda walaupun ia diistyharkan bebas seratus peratus. Sehari dua ini tidak ada kasus baru di Wuhan?

Kembali kepada negara kita, ia sungguh membimbangkan. Hari demi hari jumlah mereka dijangkiti wabak ini meningkat dan jumlah mereka dirawat kerana Covid-19 di hospital juga meningkat. Demikian juga yang maut gara-garanya.  Sehingga hari (21 Mac), sudah empat maut diserang Covid-19. Mudah-mudahan angka ini tidak akan bertambah lagi.

Jumlah kesemua kasus 1,183 sedang dirawat. Daripada jumlah 37 dalam ICU sementara 23 memerlukan bantuan pernafasan. Untuk hari ini sahaja sebanyak 153 kes baru dan jumlah kematian bertambah daripada empat semalam kepada enam hari ini.

Saking bahaya, 18 Mac lalu kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dibuat mengikut Akta Percegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang bertujuan menghadkan pergerakan orang ramai bagi menyekat penularan Covid-19, sehingga 31 Mac.

Tidak cukup dengan menggunakan PDRM untuk menguatkuasakan perintah itu mulai esok (Ahad), Tentera pula akan digunakan untuk mengawal dan menjamin perintah larangan itu dipatuhi sepenuhnya.

Dalam saat-saat kritikal begini apa yang kita perlu lakukan ialah menumpukan seluruh perhatian untuk kesejahteraan negara. Sehubungan itu saya kira dan menyeru kita hentikan berpolitiking secara seratus peratus. Kita perlu mengencatkan perbalahan, pertelingkahan, tuduh menuduh dan ejek mengejek di antara satu sama lain dan perbanyak doa dan munajat.

Kelemahan dan kekurangan pihak kerajaan tidak perlu diejek dan dipersenda-sendakan, tetapi kita perlu membantu sedaya upaya. Pihak kerajaan pula tidak perlu berasa malu untuk menerima apa-apa pandangan atau bentuk kerjasama dihulurkan oleh oposisi khasnya bekas-bekas menteri kerajaan PH dan juga mana-mana bekas pegawai kerajaan yang mempunyai kepakaran sudah bersara.

Misalnya cadangan Lim kit Siang agar PH mengembalikan bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad bagi mengetuai khidmat demi negara melawan Covid adalah cadangan baik. Cadangan ini sesuatu yang sangat bagus, rasional dan bersemangat patriotisme. Muhyiddin Yassin sebagai PM tidak perlu segan dan hina untuk menerimanya.

Lim Kit Siang yakin kalau ditawarkan Dr Dzulkifly, majlis presiden PH akan bersetuju menyerahnya.

"Jika terdapat permintaan daripada kerajaan untuk bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, kembali bagi menjalankan satu khidmat demi negara memimpin peperangan melawan Covid-19 ini, saya pasti Majlis Presiden PH akan mempertimbangkan permintaan ini sebaik mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini dipetik.
Bukan itu sahaja, kerajaan Muhyiddin patut lebih gentlemen lagi dalam menyambut huluran tangan kemanusiaan dan simpati kenegaraan daripada oposisi demi negara. Mungkin para bekas pemimpin PH atau ahli parlimen PH boleh dipanggil bersama utuk duduk dalam apa-apa jawatan kuasa teknikal bagi membendung wabak berkenaan, yang menjadi pasukan khidmat di barisan hadapan. 
Saat ini mana-mana pihak tidak perlu memikirkan kepentingan dan laba poltik dengan apa yang dilakukan. Apa yang patut dipanggung di atas kepala ialah keselamatan rakyat dan negara. Itu patut dinombor wahidkan.

Pergeseran dalam politik dalam mana-mana parti juga perlu dihentikan. Semua pihak kena tumpu kepada Covid-19. Terima dan anggaplah Covid-19 untuk merapat dan menginsafkan kita semua.

Hadith riwayat Bukhari ini perlu dihayati dengan penuh keinsafan dan ketanggungjawaban manusia;

"Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.

"Sesiapa yang melapangkan kesusashan seorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat.

"Sesiapa menutupi aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat".

[wm.kl.6:10 pm 21/03/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/03/covid-19-tanggungjawab-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Berasal Dari Melaka Mangsa Ke 15 Mati Akibat Covid 19

Lelaki Berasal Dari Melaka Mangsa Ke 15 Mati Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 205 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat satu kematian baharu dilaporkan ke CPRC Kebangsaan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid 19 di Malaysia sebanyak 15 kes Kes kematian ke 15 ini merupakan kes ke 1519 lelaki wargane...
Terkini Kkm Covid 19

Terkini Kkm Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 188 hits
Dukacita dimaklumkan terdapat dilaporkan ke CPRC Kebangsaan menjadikan Kes kematian ke 15 ini merupakan kes ke 1519 lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat ...
Gubernur Ntb Umumkan Satu Warga Pulau Lombok Positif Covid 19

Gubernur Ntb Umumkan Satu Warga Pulau Lombok Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 200 hits
Yang bersangkutan sudah dirawat di RSUD NTB sejak 17 Maret 2020 dan pemerintah sudah mengkondisikan dengan sangat baik terangnya
Luhut Sebut Amerika Minta Bantuan Indonesia Produksi Klorokuin Atasi Covid 19

Luhut Sebut Amerika Minta Bantuan Indonesia Produksi Klorokuin Atasi Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 153 hits
Luhut pun berencana untuk menawarkan peluang bisnis klorokuin yang diproduksi PT Kimia Farma Tbk itu
Wabah Covid 19 Kemenag Perpanjang Masa Pelunasan Biaya Haji

Wabah Covid 19 Kemenag Perpanjang Masa Pelunasan Biaya Haji

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 122 hits
Menurut Nizar pihaknya telah menerbitkan surat edaran untuk para Kepala Kanwil Kemenag Provinsi dan BPS Bipih terkait Pelaksanaan Pelunasan Biaya Perjalanan Ibadah Haji Reguler Tahun 1441H 2020M Dalam Upaya Pencegahan Penyebaran Corona Viru...
Pengguna Whatsapp Boleh Mesej Who Untuk Dapatkan Info Tentang Covid 19

Pengguna Whatsapp Boleh Mesej Who Untuk Dapatkan Info Tentang Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 182 hits
Setelah melancarkan hub maklumat coronavirus minggu lepas iaitu WhatsApp Coronavirus Informatian Hub WhatsApp baru baru telah mengambil inisiatif berganding dengan Perutubuhan Kesihatan Dunia baru baru ini dengan melancarkan alat chatbot WH...
Jatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia

Jatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 317 hits
Dukacita dimaklumkan salah seorang anggota polis yang terlibat Op Covid 19 telah meninggal dunia Hal ini disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar sebentar tadi Menurut laman rasmi Polis Kota Setar Allahyarham Koperal Mohd Masri Maguni d...
Penjawat Awam Pahang Potong Gaji Untuk Tabung Covid 19

Penjawat Awam Pahang Potong Gaji Untuk Tabung Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 395 hits
KUANTAN 24 Mac Penjawat awam di negeri ini bersedia memotong gaji mereka untuk disumbangkan kepada Tabung COVID 19 Pahang selama dua bulan mulai April kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak Beliau berkata tindakan i...
Covid 19 106 Kes Baru Jumlah Kini 1 624 Dengan 15 Kematian

Covid 19 106 Kes Baru Jumlah Kini 1 624 Dengan 15 Kematian

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 629 hits
MALAYSIAKINIMalaysia hari ini mencatatkan 106 lagi kes baru Covid 19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1 624 kes kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah Peningkatan itu adalah yang terendah dalam temp...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities