Covid 19 Senarai Bantuan Zakat Setiap Negeri


COVID-19:SENARAI BANTUAN ZAKAT SETIAP NEGERI
SENARAI ENARAI BANTUAN ZAKAT SETIAP NEGERI
BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT SELANGOR – Lembaga Zakat Selangor
Lembaga Zakat Selangor
Permohonan boleh dibuat bermula pada hari ini 25 Mac 2020 dan akan ditutup pada 6 April 2020.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
Beragama Islam Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja. SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan. Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan. Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon. BACA SEBELUM  MEMBUAT PERMOHONAN
1.Pemohon dikehendaki membaca terma dan syarat panduan yang telah digariskan.
2.Pastikan dokumen di muat naik dengan lengkap bagi memudahkan urusan permohonan.
Sebarang persoalan mengenai permohonan ini, sila hubungi : Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 (10.00am-3.00pm) Webchat www.zakatselangor.com.my (10.00am-3.00pm) iii. Login ke ezo.zakatselangor.com.my (klik pada pertanyaan)
Sila ke link berikut untuk memohon disini
COVID-19:SENARAI BANTUAN ZAKAT SETIAP NEGERI

BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT PERAK – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
Bantuan Kotak Makanan sejumlah RM240,000 yang akan disalurkan melalui Bilik Gerakan COVID-19 di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh negeri ini dan Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup sejumlah RM5.8 juta yang akan disasarkan kepada ketua isi rumah berpendapatan RM2,000 dan ke bawah yang terjejas sumber pendapatan atas sebab diberhentikan kerja, diberi cuti tanpa gaji, terhenti operasi atau sebab lain yang munasabah.  
Bantuan Khas Modal Pusingan sejumlah RM2 juta akan disasarkan kepada peniaga, penjaja dan usahawan yang pernah menerima bantuan modal perniagaan daripada MAIPk yang terjejas perniagaan mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  
Membiayai Bantuan Terputus Bekalan Makanan sebanyak RM100,000 yang akan disasarkan kepada penuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam dan swasta di seluruh negeri yang masih tinggal di tempat pengajian mereka sepanjang tempoh PKP.  
Bantuan Pengurusan dan Kebajikan Pelajar Luar Negara sejumlah RM100,000 yang disasarkan kepada penuntut negeri ini yang sedang berada di luar negara seperti di Mesir, Jordan, Indonesia dan lain-lain negara untuk tujuan pengurusan dan kebajikan.  
Sumbangan Khas Petugas Barisan Hadapan COVID-19 sebanyak RM500,000 yang akan disalurkan melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi lain untuk keperluan kebajikan petugas ketika bertugas di barisan hadapan.  
Sumbangan Khas Peralatan Kesihatan dan Perubatan RM1 juta disediakan untuk disalurkan kepada hospital di negeri ini bagi menampung keperluan peralatan rawatan dan perubatan menangani COVID-19 berdasarkan cadangan atau permintaan dari JKN negeri.  
Sumbangan Khas Peralatan Pencegahan COVID-19 sebanyak RM1.5 juta yang berbentuk pembelian peralatan pencegahan penularan seperti topeng muka dan hidung, sarung tangan dan hand sanitizer untuk disalurkan kepada masjid, surau dan masyarakat awam di ini,” katanya.  
Pelan Kontingensi sebanyak RM710,000 berdasarkan keperluan yang mendesak bagi menampung apa-apa keperluan luar jangka pada masa akan datang. COVID-19:SENARAI BANTUAN ZAKAT SETIAP NEGERI
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT JOHOR – MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
 
Semua permohonan hendaklah disalurkan melalui Ketua Kampung dan Penghulu di kawasan masing-masing dan diselaraskan di Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
Sila memberi kerjasama dengan memberikan maklumat berikut:
Salinan kad pengenalan ketua keluarga / individu terlibat. Alamat terkini. Penerima barang keperluan asas akan disalurkan melalui Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah seberapa segera yang mungkin.
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengumumkan sumbangan bantuan ini menerusi kenyataan media seperti berikut :
BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT PAHANG – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Bantuan berjumlah RM250,000.00 kepada kerajaan negeri bagi membantu pihak-pihak tertentu yang memerlukan bantuan untuk mendepani isu wabak ini.  
Tambahan sebanyak RM200.00 kepada 3,030 orang penerima bantuan be zakat – (akan terus dimasukkan ke dalam akaun).  
Tambahan sebanyak RM200.00 kepada 9,664 orang penerima bantuan tahunan zakat – (akan terus dimasukkan ke dalam akaun).  
Sumbangan 20 set alat bantuan pernafasan (mesin tabung oksigen) kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Hospital Kuala Lipis.  
Bantuan Khas kepada keluarga pesakit COVID-19 berjumlah RM1,000.00 di Negeri Pahang.  
Sumbangan peralatan screening kepada ketiga-tiga hospital yang dinyatakan tadi.  
BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN  – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
 
MAIWP telah meluluskan bantuan tambahan zakat khas kepada 24,196 orang asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sebanyak RM500 setiap asnaf pada awal April.  
MAIWP sebelum itu telah mempercepatkan penyaluran Bantuan Zakat Kewangan Bulanan bagi bulan Mac pada 19 hari bulan kepada bilangan penerima yang sama.  
Bagi menampung keperluan peralatan kesihatan dan perubatan di hospital ekoran Covid-19, MAIWP telah meluluskan peruntukan berjumlah RM3.27 juta yang akan disalurkan kepada 7 buah hospital di Wilayah Persekutuan.  
Bantuan yang diberikan berbentuk peralatan pernafasan seperti BIPAP Machine (ICU) bernilai RM80,000 setiap satu, ventilator ICU bernilai RM150,000/unit, home ventilator bernilai RM90,000/unit dan peralatan-peralatan lain yang bernilai antara RM5,000 hingga RM20,000 setiap satu.  
 
BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT PERLIS – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
Penyaluran peruntukan sebanyak RM765,000 di bawah ‘Program Bantuan Khas Kecemasan Masjid MAIPs’ yang akan diagihkan kepada 102 kariah Masjid di seluruh Perlis. Mereka yang mempunyai keperluan berkenaan boleh menghubungi amil kariah masing-masing di seluruh Perlis bermula 30 Mac 2020, walaupun sebelum ini tidak disenaraikan daripada kalangan penerima sumbangan MAIPs. Sumbangan sebanyak RM321,200 untuk 1,606 penerima ‘Bantuan Sara hidup Berkala MAIPs’ di bawah inisiatif ‘Bantuan Khas Rangsangan Asnaf MAIPs’ ekoran penularan wabak COVID-19. BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT PULAU PINANG – Zakat Pulau Pinang (ZPP)
Bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.Bantuan ini untuk peniaga dan bukannya kepada peniaga sampingan sahaja. Pemohon perlu mengisi borang Skim Bantuan Khas Peniaga Kecil Asnaf ZPP, yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.zakatpenang.com bermula 20 Mac hingga 24 Mac ini. Setiap pemohon juga perlu mendapatkan pengesahan daripada kariah masjid di tempat mereka bermastautin, sebelum menghantar borang itu ke ZPP. Syarat untuk mendapatkan bantuan khas itu adalah pendapatan bulanan peniaga tidak melebihi RM2,000, pemohon tiada wang simpanan melebihi RM5,000, pemohon harus bermastautin dan menjalankan perniagaan di Pulau Pinang serta hanya ketua keluarga yang layak memohon bagi setiap isi rumah. ZPP turut mengumumkan sumbangan bantuan khas bernilai RM306,500 kepada 764 masjid dan surau seluruh negeri itu, masing-masing menerima RM400 bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman bagi mencegah penularan COVID-19. BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT KELANTAN – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan RM1 juta yang bakal memanfaatkan 10,000 keluarga asnaf dari seluruh negeri yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19.
Sumbangan RM100 berbentuk makanan asas kepada 50 keluarga asnaf terkesan di 45 Dewan Undangan Negeri (DUN).  
MAIK juga menyalurkan sumbangan khas berjumlah RM600,000 kepada 602 masjid di setiap mukim untuk diagih kepada golongan asnaf atau kariah masjid yang terkesan dan dikenal pasti oleh iman di setiap masjid.  
50 tenaga kerja sambilan di MAIK yang sebelum ini menerima gaji harian termasuk tukang cuci, pemandu dan kerani dibayar gaji penuh bagi meringankan beban mereka yang tidak bergaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  
MAIK juga sudah mengagihkan bantuan Mac kepada 9,015 penerima golongan asnaf.  
Bagi 200 penerima bantuan bulanan secara tunai, kami akan serahkan kepada imam masjid bandar dan jajahan untuk agihan. Bagi yang terputus bekalan sepanjang PKP. MAIK membuka talian prihatin 09-7443660 yang beroperasi setiap Ahad hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari atau boleh membuat aduan melalui Portal Rasmi MAIK www.e-maik.my.  
BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT TERANGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
Bantuan kewangan bulanan kepada 2,356 penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM834,800 dan bantuan sara hidup kepada 1,678 penerima membabitkan jumlah sebanyak RM2.6 juta dibayar lebih awal. MAIDAM turut menubuhkan pasukan khas iaitu On Call COVID-19 MAIDAM untuk memantau dan mengambil tindakan segera masalah dihadapi golongan berkenaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19:SENARAI BANTUAN ZAKAT SETIAP NEGERI
BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT SARAWAK – TABUNG Baitulmal Sarawak (TBS)
TABUNG Baitulmal Sarawak (TBS) menyediakan tiga saluran khas bagi memudahkan orang ramai khususnya individu bekerja sendiri atau bergaji hari yang kehilangan pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Tiga saluran itu disediakan secara dalam talian berikutan pihak TBS tidak dapat bertemu secara langsung dengan orang ramai ketika PKP. Semua kemudahan itu kami sediakan dengan menggunakan telefon bimbit.
Kaedah pertama, mereka yang berhasrat mendapatkan bantuan TBS boleh mengemukakan permohonan menerusi aplikasi Jejak Asnaf Versi 2 yang boleh dimuat turun menerusi Appstore atau Playstore.
Menerusi aplikasi Jejak Asnaf itu, seseorang itu juga boleh mencadangkan orang lain yang layak menerima bantuan.
Kaedah  kedua, orang ramai boleh mengemukakan permohonan menerusi portal ‘Baitulmal Kamek’ dengan melayari https://pelanggan.tbs.org.my.
 
Kaedah ketiga, orang ramai boleh mengemukakan permohonan atau berkomunikasi dengan TBS menerusi emel [email protected].
Setiap pemohon yang mengemukakan permohonan menerusi mana-mana kemudahan yang disediakan itu akan dihubungi pegawai TBS bagi mendapatkan butiran lanjut.Kami perlu meneliti setiap butiran pemohon kerana tidak mahu orang yang tidak sepatutnya mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang,” katanya.
Seramai 1,756 asnaf yang berdaftar di Sarawak menerima bantuan bulanan daripada TBS.
BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT SABAH- Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT KEDAH – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) meluluskan peruntukan segera berjumlah lebih RM360,000 bagi membantu menambah beberapa kelengkapan dan alatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi ‘memerangi’ pandemik COVID-19. Di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, sebanyak 57,600 kampit beras dan 172,800 tin sardin disediakan LZNK sebagai bekalan tambahan kepada food bank di 576, seluruh negeri Kedah. Sebanyak RM1.2 juta dibelanjakan untuk tujuan itu dengan setiap masjid akan menerima 100 kampit beras dan 300 tin masjid yang bakal memberi manfaat kepada 74,880 keluarga terputus bekalan makanan.  
The post COVID-19:SENARAI BANTUAN ZAKAT SETIAP NEGERI appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/covid-19senarai-bantuan-zakat-setiap-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Seru Pusat Zakat Setiap Negeri Supaya Aktif Segera Hulur Bantuan Kepada Yang Memerlukan

Pm Seru Pusat Zakat Setiap Negeri Supaya Aktif Segera Hulur Bantuan Kepada Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 200 hits
DALAM Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini Muhyiddin Yassin turut menyeru kepada semua pusat pungutan zakat di setiap negeri agar lebih proaktif untuk membantu para asnaf ketika waktu kritikal ini Berilah bantuan kepada mereka Mungkin se...
Covid 19 Maiwp Lulus Bantuan Zakat Tambahan

Covid 19 Maiwp Lulus Bantuan Zakat Tambahan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah meluluskan RM12 1 juta peruntukan zakat tambahan bagi menyantuni asnaf dan menampung keperluan perubatan susulan situasi wabak Covid 19 yang melanda negara kini Pengerusi MAIWP Dato ...
Kerajaan Negeri Alu Alukan Sumbangan Untuk Tabung Bantuan Covid 19 Terengganu

Kerajaan Negeri Alu Alukan Sumbangan Untuk Tabung Bantuan Covid 19 Terengganu

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 193 hits
Penyerahan sumbangan cek oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak kepada Menteri BesarKUALA TERENGGANU 2 April Kerajaan negeri nbsp masih lagi membuka peluang kepada mana mana pihak u...
Zakat Pulau Pinang Sedia Rm3 Juta Untuk Bantuan Tangani Covid 19

Zakat Pulau Pinang Sedia Rm3 Juta Untuk Bantuan Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 377 hits
Zakat Pulau Pinang sedia RM3 juta untuk bantuan tangani Covid 19Bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin yang melibatkan penjaja dan peniaga kecil Zakat Pulau Pinang menyediakan peruntukan sejumlah RM3 juta bagi mereka yang terjejas ek...
Senarai Bantuan Untuk Frontline

Senarai Bantuan Untuk Frontline

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 516 hits
SENARAI BANTUAN UNTUK FRONTLINE SIAPAKAH GOLONGAN FRONTLINE Terdiri daripada yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak ini Selain itu anggota tentera polis kastam imigresen anggota Angkatan Pertahanan Awam serta ...
Covid 19 Tkm1 Umum Rm2 5 Juta Bantuan Khas Zakat Kepada 5 000 Penjaja Peniaga Kecil Bertaraf Asnaf

Covid 19 Tkm1 Umum Rm2 5 Juta Bantuan Khas Zakat Kepada 5 000 Penjaja Peniaga Kecil Bertaraf Asnaf

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 478 hits
AdminSEBERANG JAYA Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui Zakat Pulau Pinang akan mengagihkan RM2 5 juta atau RM500 seorang secara sekaligus kepada 5 000 penjaja dan peniaga kecil dalam kalangan asnaf fakir dan miskin yang terjejas ...
Selebriti Korea Derma Berjuta Untuk Covid 19 Netizen Kritik Artis Malaysia Minta Bantuan Kerajaan Pula

Selebriti Korea Derma Berjuta Untuk Covid 19 Netizen Kritik Artis Malaysia Minta Bantuan Kerajaan Pula

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 314 hits
Siapa sangka Perintah Kawalan Pergerakan yang pada awalnya hanya berlangsung selama dua minggu kini telah dipanjangkan lagi sehingga 14 April kerana penularan COVID 19 yang kian meneruk Selepas pengumuman ini keluhan rakyat dapat didengari ...
Peruri Salurkan Bantuan Penanggulangan Covid 19 Untuk Wilayah Karawang

Peruri Salurkan Bantuan Penanggulangan Covid 19 Untuk Wilayah Karawang

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 134 hits
Pada tahap pertama ini Peruri menyerahkan 700 liter cairan disinfektan dan 150 liter hand sanitizer untuk BPBD Karawang serta 100 liter cairan disinfektan dan 50 liter hand sanitizer untuk beberapa Puskesmas di sekitar kawasan produksi Peru...
Cara Tebus 1gb Internet Setiap Hari Percuma Sepanjang Pkp Musim Covid 19

Cara Tebus 1gb Internet Setiap Hari Percuma Sepanjang Pkp Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 3067 hits
Cara Tebus 1GB Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang PKP Musim COVID 19 Hai Dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan YB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 baru baru ini internet percuma 1GB set...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord