Covid 19 Ragut Nyawa Suami Saya Dan Ayah Pula Disahkan Positif



KUALA LUMPUR: “Saya sedang berhadapan dengan ujian yang hebat dari Allah selepas kematian suami, ayah turut dijangkiti COVID-19 sejak 18 hari lalu,” kata Aiza Syafinaz Sahak, 34


Isteri kepada Allahyarham Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, yang meninggal dunia pada 26 Mac lalu akibat virus berkenaan memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19 pada 30 Mac lalu selepas membuat saringan di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Titiwangsa pada 22 Mac, jam 11.30 pagi

Aiza berkata, kini beliau sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 31 Mac lalu untuk pemantauan dan kuarantin

“Saya merasa sedih apabila mendapat perkhabaran semalam ayah diserang demam dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.”
“Kasihan ayah, sudah 18 hari beliau berada di hospital semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali semula bersama keluarga.”
“Setakat ini kesihatan beliau masih belum stabil serta belum dibenarkan keluar sehingga menimbulkan kerisauan apabila difikirkan,” katanya ketika dihubungi BH

Jenazah Allahyarham Fairos mangsa ke-24 COVID-19 dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Rawang, Selangor diuruskan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa ahli keluarga terdekat yang hadir pada proses pengebumian

Aiza bersama suaminya, Allahyarham Inspektor Mohd Fairos yang meninggal dunia pada 26 Mac lalu akibat COVID-19
Punca jangkitan wabak itu tidak diketahui tetapi sebelum ini keduanya pernah bercuti ke Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu

Aiza yang juga seorang usahawan berkata, dia kini ditempatkan di HKL untuk pemantauan dan kuarantin

“Setakat ini, kesihatan saya dipantau oleh doktor dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah dan jantung selain bacaan suhu setiap hari...Alhamdulillah tahap kesihatan saya dalam keadaan baik.”
Beliau berkata sepanjang berada di HKL, ramai pesakit wanita yang menghubunginya melalui media sosial termasuk ada yang menangis setiap hari memikirkan masa depan dan terpisah dari keluarga selepas dijangkiti COVID-19. 
Mereka mengenalinya menerusi laman Facebook

“Saya membantu mereka kuatkan semangat dan menyarankan mereka untuk dekatkan diri dengan Allah bagi yang beragama Islam moga-moga kita semua diberi kesembuhan dan dapat berjumpa dengan keluarga tersayang.”

“Walaupun sebelum ini saya pernah kehilangan bayi lelaki ketika lahir dan kini suami tersayang akibat COVID-19 semua itu memerlukan kecekalan dan semangat yang tinggi untuk dijadikan sebagai motivasi kepada pesakit lain yang ketika ini sedang bertarung dengan wabak berkenaan.”
“Apabila kenangkan ketiadaan orang tersayang perasaan menjadi sedih, namun saya pasrah Allah jemput suami sebagai syahid COVID-19.”
“Ketika ini saya sedang menjalani proses berdikari tanpa orang tersayang kerana sangat perit untuk dilalui, namun demi kelangsungan hidup saya perlu kuatkan semangat untuk terus bangkit meneruskan kehidupan.”
“Kerinduan pada arwah suami dan keluarga sangat kuat ketika berhadapan dengan situasi sebegini tapi kita juga perlu faham dan akur sesiapa sahaja tidak dibenarkan menziarahi pesakit demi memutuskan rantaian wabak.”
“Bagi wanita di luar sana yang dijangkiti COVID-19 diharap bersabar... terima ujian dengan tenang dan kawal emosi serta kuatkan semangat.”
“Jangan sedih kerana kehidupan belum berakhir, kita perlu terus berjuang kerana penawarnya ada dalam diri kita dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah.”
Sumber Berita Harian
Admin : Siapa yang ada gejala awak tu jangan pandang mudah, sekarang bukan sahaja kluster tabligh, bahkan ramai dijangkiti tanpa diketahui daripada mana-mana kluster. Wabak ini terlalu pantas dan ganas



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/covid-19-ragut-nyawa-suami-saya-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Pekerja Mcdonald 039 S Singapura Disahkan Positif Covid 19

Lima Pekerja Mcdonald 039 S Singapura Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 389 hits
MCDONALD S nbsp Singapura hari ini mengumumkan lima pekerjanya telah didiagnosis dengan nbsp Covid 19 Lima pekerja itu bekerja di empat cawangan berbeza iaitu nbsp dua bekerja di McDonald s Lido dan tiga lagi masing masing bekerja nbsp di n...
Besarnya Ujian Fateh Sepatutnya Buat Kimo Kanser Darah Disahkan Pula Positif Covid

Besarnya Ujian Fateh Sepatutnya Buat Kimo Kanser Darah Disahkan Pula Positif Covid

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 329 hits
Dalam keadaan negara yang masih lagi berjaga jaga untuk menghalang wabak COVID 19 ini daripada terus menular apabila mendapat tahu angka positif wabak ini meningkat pastinya ramai yang cukup risau Tambah lagi kes kematian juga meningkat set...
Ibu Disahkan Positif Covid 19 Selepas Anaknya Pulang Dari Luar Negara Enggan Kuarantin Diri

Ibu Disahkan Positif Covid 19 Selepas Anaknya Pulang Dari Luar Negara Enggan Kuarantin Diri

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 372 hits
Bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara mahu pulang ke tanahair adalah diwajibkan kuarantin diri selama 14 hari sebelum pulang ke rumah keluarga Ini adalah langkah berjaga jaga bagi mengekang penularan wabak Covid 19 yang juga dilak...
Bayi Baru Selesai Pembedahan Jatung Disahkan Pula Covid 19 Bapa Sedih Rakyat Tak Patuh Perintah Berkurung

Bayi Baru Selesai Pembedahan Jatung Disahkan Pula Covid 19 Bapa Sedih Rakyat Tak Patuh Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 335 hits
Seorang bayi perempuan enam bulan yang baru selesai menjalani pembedahan jantung disahkan positif Covid 19 Eric Bates yang dilahirkan dengan berat 2 3 kilogram bertarung nyawa sejak lahir akibat komplikasi jantung sehingga mengalami kesukar...
Covid 19 Dilapor Ragut Nyawa 24 Orang Doktor Di Indonesia

Covid 19 Dilapor Ragut Nyawa 24 Orang Doktor Di Indonesia

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 252 hits
Pengurus Besar Ikatan Doktor Indonesia melaporkan sebanyak 24 orang doktor telah meninggal dunia kerana dijangkiti COVID 19 Wakilnya Halik Malik berkata data tersebut dikumpul hingga 5 April 2020 Ya setakat ini yang dilaporkan ada 18 doktor...
Ashraf Muslim Disahkan Positif Covid 19

Ashraf Muslim Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 283 hits
Selepas Puteri Aishah dan lapan kru termasuk pengarah disahkan positif COVID 19 selepas menjalani penggambaran di Scotland bulan lalu pelakon Ashraf Muslim pula The post appeared first on
Video Didalam Sayu Ayah Mengalir Airmata Lihat Anak Lelakinya Disahkan Positif Covid 19

Video Didalam Sayu Ayah Mengalir Airmata Lihat Anak Lelakinya Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 245 hits
March 30 2020 8 30 AMRemaja lelaki disahkan positif Covid 19 kelihatan sebak malah ayahnya sendiri turut mengalirkan airmata Seorang remaja lelaki di Simpang Renggam Johor disahkan positif Covid 19 selepas menghadiri rewang sebuah kenduri N...
Degil Kluster Itali Tak Kuarantin Diri Akibatnya 37 Disahkan Positif 5 Maut Disebabkan Covid 19

Degil Kluster Itali Tak Kuarantin Diri Akibatnya 37 Disahkan Positif 5 Maut Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 249 hits
Degil Kluster Itali tak kuarantin diri akibatnya 37 disahkan positif 5 maut disebabkan COVID 19Pesakit yang kembali dari Itali itu tidak menjalani kuarantin diri sejurus pulang dan melakukan rutin rutin hariannya seperti biasa Balik dari It...
11 Hari Bertarung Nyawa Di Icu Pesakit Covid 19 Sarawak Meninggal Dunia

11 Hari Bertarung Nyawa Di Icu Pesakit Covid 19 Sarawak Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 339 hits
Seorang pesakit Covid 19 iaitu Allahyarham Noornadiah Nazirah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9 42 pagi tadi Allahyarham Noornadiah Nazirah dilaporkan meninggal dunia di Sarawak General Hospital Kakak dan sepupu kepada mangsa...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Cas Telefon Pintar Anda Dengan Port Pengecas Usb Di Lapangan Terbang Tsa

Lelaki Dakwa Penjual Belon Ajak Makan Pisang Tawar Rm50 Tunjuk Ehem

Pendapat 4

Membuka Akaun Simpanan Imteen I Di Maybank

Tuah Misai

Investor Partnering Benefits Risks