Covid 19 Pkpd Kelapan Di Sekitar Pasar Jalan Othman Pj


Oleh Rafidah Mat Ruzki   PUTRAJAYA: Kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya kini diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 23 Mei depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan pagi ini, berkata ia susulan nasihat Menteri Kesihatan, selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan itu.

Beliau berkata, perintah PKPD itu membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan tiga zon di kawasan berkenaan.

"Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di kawasan berikut, Zon A, Zon B dan Zon C.

"Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar.

"Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa," katanya.

Beliau berkata, Zon A membabitkan kawasan di Jalan Penchala,Petaling Jaya; Jalan 4/33, Petaling Jaya; Jalan 4/37, Petaling Jaya; Jalan 4/39, Petaling Jaya; Jalan 4/41, Petaling Jaya; Jalan 4/44, Petaling Jaya; Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya; Jalan 4/43, Petaling Jaya; Jalan 4/46, Petaling Jaya dan Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya.

Zon B pula membabitkan Jalan 2/29, Petaling Jaya; Jalan 2/29A, Petaling Jaya; Jalan 2/27, Petaling Jaya; Jalan 2/32, Petaling Jaya;Jalan 2/25, Petaling Jaya; Jalan 2/26, Petaling Jaya;Jalan 2/34, Petaling Jaya; Jalan 2/34A, Petaling Jaya; Jalan 2/23, Petaling Jaya; Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya dan Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya.

Zon C membabitkan Jalan Selangor, Petaling Jaya; Lorong 3/57D, Petaling Jaya; Lorong 3/57C, Petaling Jaya; Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya dan Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya.

Ismail Sabri berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Beliau berkata, bukan penghuni dan pelawat pula tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan manakala semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan berkenaan.

 Peta kawasan yang terbabit dengan tindakan PKPD sekitar PJ Oldtown mulai pagi ini hingga 23 Mei depan.Katanya, Pangkalan Perubatan (Medical Base) juga dibuka di kawasan PKPD dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

"Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

"Semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

"Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222," katanya.

Sementara itu, kawalan keselamatan sudah mula dipertingkatkan di kawasan sekitar Pasar Jalan Othman itu sejak tengah malam tadi, dengan pemasangan kawat duri oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain sekatan jalan raya oleh polis, di kebanyakan laluan di situ.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada 5 Mei lalu dilaporkan berkata, sebanyak 24 kes COVID-19 daripada kluster Pasar Borong Kuala Lumpur dikesan di dua pasar di Petaling Jaya.

Beliau berkata, 23 kes direkodkan di Pasar Besar Jalan Othman dan satu kes di Pasar Taman Megah, Petaling Jaya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/covid-19-pkpd-kelapan-di-sekitar-pasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Wanita Positif Covid 19 Di Pkpd Pasar Jalan Othman

Seorang Wanita Positif Covid 19 Di Pkpd Pasar Jalan Othman

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 357 hits
Sepasukan anggota pihak berkuasa termasuk dari pihak polis melakukan pengesanan terhadap para penghuni di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Jalan Othman ketika tinjauan hari ini PETALING JAYA Seorang wanita warga tempatan...
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Di Kawasan Pasar Jalan Othman Petaling Jaya Selangor

Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Di Kawasan Pasar Jalan Othman Petaling Jaya Selangor

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 589 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID 19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan Pasar Jalan Othman Petaling Jaya Selangor Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutusk...
Penduduk Sekitar Pasar Jalan Othman Terima Bantuan Makanan Mencukupi

Penduduk Sekitar Pasar Jalan Othman Terima Bantuan Makanan Mencukupi

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 339 hits
PENDUDUK di sekitar nbsp Pasar Jalan Othman yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan nbsp menerima bantuan nbsp makanan mencukupi daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd F
Empat Positif Covid 19 Orang Awam Ke Pasar Jalan Othman Perlu Disaring

Empat Positif Covid 19 Orang Awam Ke Pasar Jalan Othman Perlu Disaring

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 363 hits
SHAH ALAM 1 MEI Pejabat Kesihatan Daerah Petaling mengesan empat kes positif Covid 19 hasil daripada saringan Pasar Besar Jalan Othman yang tamat pada 29 April lalu kata pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Petaling Johary Anuar berkata se...
Dakwaan Jalan Pasar Pudu Dikenakan Pkpd Adalah Tidak Benar

Dakwaan Jalan Pasar Pudu Dikenakan Pkpd Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 343 hits
SEBENARNYA Laporan mengatakan Jalan Pasar Pudu dan sekitarnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan adalah tidak benar Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan terseb
Pakar Perubatan Jangka Covid 19 Akan Berada Di Sekitar Kita Selama Dua Tahun Ismail Sabri

Pakar Perubatan Jangka Covid 19 Akan Berada Di Sekitar Kita Selama Dua Tahun Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 361 hits
Pakar perubatan menjangkakan pandemik Covid 19 tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat dan akan berada di sekitar kita sekurangnya kurangnya dalam tempoh dua tahun Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berikutan itu tid...
Covid 19 Masih Berleluasa Netizen Selar Song Seunghun Tak Sarung Face Mask Ketika Di Pasar Raya

Covid 19 Masih Berleluasa Netizen Selar Song Seunghun Tak Sarung Face Mask Ketika Di Pasar Raya

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 501 hits
Siapa tak kenal pelakon kacak Song Seung hun Meskipun lelaki ini boleh dikatakan sempurna daripada pelbagai aspek tetapi dia nampaknya masih lagi belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai untuk melangkah ke fasa hisup yang lebih serius Sel...
Lokaliti Tular Covid 19 Akan Dikenakan Pkpd Selepas Sektor Ekonomi Dibuka Kata Noor Hisham

Lokaliti Tular Covid 19 Akan Dikenakan Pkpd Selepas Sektor Ekonomi Dibuka Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 353 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan supaya kerajaan mengambil langkah seperti mengenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di kawasan yang berlakunya penularan Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdull...
Premis Atau Lokasi Kerja Dikesan Ada Kes Covid 19 Selepas Dibenar Beroperasi Akan Ditutup Diletak Sebagai Pkpd

Premis Atau Lokasi Kerja Dikesan Ada Kes Covid 19 Selepas Dibenar Beroperasi Akan Ditutup Diletak Sebagai Pkpd

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 480 hits
Premis atau lokasi kerja yang akan mula beroperasi minggu hadapan akan ditutup sekiranya kes jangkitan COVID 19 dikesan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penutupan kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawala...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia

Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My