Covid 19 Piala Suzuki Aff 2020 Ditunda Ke Tahun Depan


KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Peningkatan jumlah kes Covid-19 di rantau ini dan juga seluruh dunia telah memaksa Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menangguhkan Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2020 ke tahun 2021.
Presiden AFF Mej Jen Khiev Sameth berkata keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Pasukan Petugas Piala Suzuki AFF mengadakan perbincangan secara maya dengan ahli gabungannya, hari ini.
Beliau berkata badan pentadbir bola sepak itu telah mempertimbangkan beberapa faktor termasuk keselamatan dan kesihatan semua pihak, khususnya pemain, jurulatih, rakan kongsi, peminat dan orang ramai, sebelum membuat keputusan.
“Sejak bermulanya penularan Covid-19, AFF telah memantau panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Kesihatan, agensi kerajaan, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
“Seperti yang anda sedia maklum, pandemik ini terus memberi cabaran yang sangat besar khususnya dari segi kesihatan, sosial dan ekonomi kepada kita semua. Keutamaan AFF adalah kesihatan dan keselamatan keluarga bola sepak kita dan mengurangkan kesan pandemik ini. Dengan risiko penularan Covid-19 yang semakin meningkat, AFF tidak boleh meneruskan Piala Suzuki AFF 2020,” kata Sameth.
Menurut beliau, AFF akan terus bekerjasama erat dengan ahli gabungan dan rakan kongsi mereka untuk memantau situasi pandemik dan akan memberikan maklumat terkini mengenai tarikh dan perincian lain berkaitan edisi 2021 Piala AFF Suzuki.
Presiden Sportfive bagi Asia Pasifik Adrian Staiti menyambut baik keputusan yang dibuat AFF dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat dalam kejohanan bola sepak dwitahunan itu.
Sportfive adalah rakan kongsi komersial eksklusif untuk Piala AFF Suzuki.
“Walaupun kami agak kecewa kerana tidak dapat mengadakan kejohanan itu tahun ini, kami akan sentiasa bekerjasama dengan AFF untuk memantau keadaan dan berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami untuk menganjurkan kejohanan yang terbaik untuk peminat di rantau ASEAN tahun depan,” kata Staiti.
Berdasarkan jadual awal, Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2020 dijadualkan berlangsung dari 23 November hingga 31 Disember menggunakan format timbal balik seperti yang diperkenalkan pada 2018.
Thailand adalah pasukan paling cemerlang dalam pentas Piala Suzuki AFF dengan muncul sebagai juara sebanyak lima kali iaitu pada 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016.
Sementara Malaysia muncul sebagai juara pada 2010 di bawah bimbingan bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/covid-19-piala-suzuki-aff-2020-ditunda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gegara Covid 19 Hongkong Tunda Pemilu Jadi Tahun Depan

Gegara Covid 19 Hongkong Tunda Pemilu Jadi Tahun Depan

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 202 hits
Pemimpin Hongkong Carrie Lam menunda pemilihan pada September mendatang hingga setahun ke depan karena lonjakan kasus Covid 19 Di satu sisi hal ini memberikan tekanan kepada orang yang pro Demokrasi karena berharap bisa memberikan suara pad...
Pelan Perdagangan Eur Usd Pada 30 Julai 2020 Lonjakan Baru Dalam Kejadian Covid 19

Pelan Perdagangan Eur Usd Pada 30 Julai 2020 Lonjakan Baru Dalam Kejadian Covid 19

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 262 hits
Lonjakan baru dalam kes Covid 19 baru diperhatikan di Amerika Syarikat Brazil dan India semalam setelah menurun dengan stabil dalam tempoh tiga hari sebelumnya Lebih teruk lagi jumlah kematian telah meningkat di mana untuk pertama kalinya d...
6153 Koppim Sasar Sejuta Ahli Menjelang Akhir Tahun Ini Bernama 25 07 2020

6153 Koppim Sasar Sejuta Ahli Menjelang Akhir Tahun Ini Bernama 25 07 2020

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 402 hits
ALOR GAJAH 25 Julai Koperasi Pembangunan Pengguna Islam menyasarkan sejuta keahlian menjelang akhir tahun ini bagi menyokong ekonomi usahawan Islam dan melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera pada masa depan Ketua Pegawai Eksekutif KoPPI...
Throwback Aidiladha Tahun 2020

Throwback Aidiladha Tahun 2020

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 385 hits
Seperti yang dijangkakan raya Aidiladha tahun 2020 still kena mengikut SOP Erm cik mimi throwback simpan dekat blog sebagai satu kenangan la ye Mana tahu ada masa nak imbas balik kenangan tu Boleh baca dan ingat balik suasana tu Tahun 2020 ...
Ambil Makanan Sampai Jatuh Dalam Lauk Malunya Sampai Lebaran Tahun Depan

Ambil Makanan Sampai Jatuh Dalam Lauk Malunya Sampai Lebaran Tahun Depan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 361 hits
Ketika musim perayaan waktu yang paling ditunggu tunggu adalah waktu makan beramai ramai bersama ahli keluarga dan rakan rakan sama ada di rumah sendiri mahupun di majlis terbuka rumah saudara mara Walaupun kita sering dinasihatkan untuk ti...
7 Pecahan Uang Kertas Dan Logam Yang Tak Bisa Lagi Ditukar Tahun Depan

7 Pecahan Uang Kertas Dan Logam Yang Tak Bisa Lagi Ditukar Tahun Depan

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 244 hits
Tujuh pecahan uang lama dipastikan takkan lagi bisa ditukar pada akhir 2020 Bank Indonesia memberikan tenggat waktu penukaran di Kantor Pusat Bank Indonesia untuk enam pecahan uang kertas lama pada 31 Desember 2020 Sementara satu pecahan ua...
9 Artis Malaysia Yang Mula Bertudung Sepanjang Tahun 2020

9 Artis Malaysia Yang Mula Bertudung Sepanjang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 1243 hits
Tak sangka kan kejap je masa berlalu dan sekarang dah memasuki bulan Julai tahun 2020 Tahun ni juga ramai sebenarnya artis wanita Malaysia yang mula bertudung Tahniah admin ucapkan buat mereka ni kerana bukan satu keputusan yang mudah ye 1 ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal