Covid 19 Perbezaan Dua Kerajaan Menangani Krisis
Oleh Mohd Faisal Rohban
Dalam dunia pekerjaan, pengalaman adalah elemen yang sangat2 penting yang diambil kira oleh majikan sebelum menerima seseorang bekerja. Anda ada sijil panjang berjela dan kelulusan dari puncak langit sekali pun, belum tentu orang akan ambil anda bekerja. Namun jika anda ada kelulusan seketot , pengalaman pula penuh, jaminan untuk anda diterima bekerja itu sangat cerah. Jika kelulusan dan pengalaman sama tinggi, lagi cerah peluang untuk anda.
Yang saya hendak perkatakan adalah perbezaan dua kerajaan dalam menangani krisis COVID-19 di negara kita. Satu kerajaan yang dibarisi orang berpengalaman. Satu lagi pula kerajaan yang dibarisi bekas kaki demo jalan raya.
COVID-19 mula memasuki negara kita sejak Januari 2020. Pada waktu itu negara kita dibawah pentadbiran PH. Masa itu Wan Azizah diberi peranan untuk mengetuai krisis berkenaan.
Sejak wabak COVID melanda negara kita, saya sering mengikuti rapat perkembangan kes. Kerana saya telah lihat bagaimana nasib rakan-rakan yang berniaga ketika wabak SARS melanda dunia 2003.
Sewaktu dibawah pemerintahan PH, saya perhatikan ketika itu, hanya Wan Azizah dan Menteri Kesihatan yang sepenuhnya mengendalikan kes itu. Dari umumkan jumlah pesakit hinggalah umum pesakit yang sembuh. Sila rujuk semua keratan akhbar yang saya sertakan dibawah.
Pada waktu itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham tidak diberi kebebasan pun untuk bercakap kepada media. Beliau hanya berdiri sebelah menteri. Apa yang menteri tak faham apabila disoal media, dia pun bertanya kepada Dr Noor Hisham.
Sebaik sahaja kerajaan bertukar dan menteri-menteri kabinet mula bertugas, kita dapat lihat bagaimana perbezaan yang berlaku. Susunannya kelihatan begitu kemas. KP Kesihatan, diberi kuasa mutlak untuk mengendalikan kes dan hal2 berkaitan kesihatan. Manakala Menteri Kesihatan pula menjalankan tugasnya yg berkaitan soal bajet, soal kemudahan hospital, soal elaun petugas, dll. Menteri Pertahanan pula diberi tugas hal2 berkaitan keselamatan. Menteri Kewangan jaga hal2 kewangan sepanjang krisis. Menteri Luar pula, buat urusan dgn dunia luar dan uruskan rakyat luar negara pulang. Manakala rakyat tugasnya mudah sahaja. Duduk rumah diam2.
Kita boleh lihat dgn jelas bagaimana susunan itu diatur. Siapa penyerang, siapa pemain tengah, siapa pemain pertahanan dan siapa penjaga gol. Bila itu semua kemas, masing2 faham fungsi masing2 dan buat kerja masing2, itulah yang akan menghasilkan kejayaan.
Sebulan berlalu, pernahkah anda melihat Menteri Kesihatan ambil tugas KP Pengarah Kesihatan untuk mengumumkan berapa banyak kes positif setiap hari, berapa ramai sembuh dan berapa ramai meninggal dunia ? Dibawah pentadbiran kerajaan baru ini, pernahkah anda melihat KP Kesihatan berdiri di sebelah menteri dalam sidang media untuk melaporkan perkembangan kes ?
KP Kesihatan diberi kuasa penuh. Diberi ruang siaran langsung setiap hari di media-media. Tidak ada sekatan. Malah PM pun mengambil nasihat KP Kesihatan untuk membuat satu2 keputusan. DS Ismail Sabri yg berdepan media setiap hari, apabila ditanya hal2 berkaitan kesihatan, beliau tidak akan jawab dan serahkan kepada KKM. Manakala Dr Noor Hisham pula apabila ditanya media berhubung hal2 keselamatan, PKP dan sebagainya, beliau tidak akan jawab. Beliau hanya menjawab itu diuruskan MKN. Bukankah itu nampak kemas dan tersusun?
Sebab itu saya kata pengalaman sangat penting. Mereka semua dulu tiada pengalaman. Kerana kerja mereka dulu adalah berdemo di jalan raya dan berceramah. Bukan ada pengalaman mentadbir. Dulu mereka bukannya ada pengalaman mengendalikan krisis. Kerja mereka dulu adalah mewujudkan krisis. Berdemo sana berdemo sini. Menjerit sana menjerit sini. Merusuh sana menterbalikkan kereta polis sini.
Hari ini untuk menutup kelemahan, maka mereka kata, langkah Sheraton yang meruntuhkan Kerajaan PH punca mereka gagal kendalikan krisis COVID. Mawas di hutan pun boleh gelak mendengar alasan mereka. Apatah lagi kita manusia yang waras. Kerajaan mereka runtuh kerana PM mereka meletak jawatan di saat negara menghadapi krisis. Apabila PM meletak jawatan maka akan menyebabkan kerajaan itu runtuh. Untuk melihat gambaran bagaimana Kerajaan PH itu runtuh, sila rujuk gambar paling akhir dibawah. Gambar sekumpulan orang dalam kenderaan pick up.
Hari ini juga Lim Kit Siang kata, KP Kesihatan lebih layak menjadi Menteri Kesihatan. Itu adalah ayat untuk melaga-lagakan bagi menutup malu di atas kegagalan mereka apabila krisis semakin menunjukkan pencapaian yang baik. Jika Lim Kit Siang benar2 mahukan Dr Noor Hisham dilantik sebagai Menteri Kesihatan, dia boleh kosongkan kerusi parlimen Iskandar Puteri bagi membuka ruang kpd PRK untuk membolehkan Dr Noor Hisham diletakkan sebagai calon di situ . Ada berani ?
Sewaktu kamu berkuasa, kamu tidak memberi kebebasan kepada KP Kesihatan melaksanakan tugas dengan baik. Semuanya menteri yang kawal, hinggakan umum jumlah pesakit pun menteri yang lakukan. Sewaktu kamu berkuasa, kamu hendak kecilkan penjawat awam, kamu potong elaun sana sini. Hari ini apabila tiada kuasa kamu hendak menghargai penjawat awam. Inilah yang dikatakan telunjuk lurus kelingking berkait.
Dari FB Mohd Faisal Rohban.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/04/21/covid-19-perbezaan-dua-kerajaan-menangani-krisis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=covid-19-perbezaan-dua-kerajaan-menangani-krisis