Covid 19 Malaysia Sedia Longgarkan Sekatan Ke Atas Kawalan Sempadan Jika Kes Kekal Satu Angka


PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) — Malaysia sedia melonggarkan sekatan ke atas kawalan sempadan sekiranya kes harian COVID-19 kekal satu angka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok sehingga 31 Ogos, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
“Jika kami boleh terus merekodkan kes satu angka, maka ia menunjukkan kami sedia untuk melonggarkan sekatan ke atas kawalan sempadan, “ katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.
Beliau berkata KKM sedang melihat ke atas kawalan sempadan kerana pada masa ini kerajaan masih mengukuhkan kawalan di sempadan negara.
Beliau berkata kadar jangkitan COVID-19 pada masa ini adalah kurang daripada 0.3 peratus dan kes harian di bawah unjuran KKM, yang menunjukkan orang awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Dr Noor Hisham berkata KKM sedang merancang strategi keluar dan ini merupakan pendaratan lunak bagi membolehkan lebih banyak sektor dibuka dan pada masa sama memastikan COVID-19 berada dalam kawalan.
Malah Dr Noor Hisham berkata jika virus COVID-19 berada di dalam masyarakat, rantaian jangkitan mampu diputuskan tanpa satu vaksin jika rakyat Malaysia mematuhui SOP, selain menjauhi 3C, (sesak, sempit , dekat) dan 3W (cuci, pakai, peringatan).
Beliau berkata Malaysia optimis selepas beberapa negara seperti New Zealand berjaya menghapuskan COVID-19 tanpa vaksin. “Kami sorot kembali kes seperti SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) dan MERS(Sindrom Pernafasan Timur Tengah), dan bagaimana kami mampu membasmi dua virus itu tanpa vaksin . Jika itu boleh dilakukan , kami melihat ke hadapan tetapi ia bergantung kepada orang awam mematuhi SOP,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata menurunkan kes harian COVID-19 selain daripada mengekalkan ia dalam satu angka atau menyasarkan sifar kes adalah tidak mustahil jika setiap orang bekerja sebagai satu pasukan.
Sementara itu, beliau berkata kes positif hari ini melibatkan seorang pekerja asing dikesan apabila individu itu disaring untuk COVID-19 sebelum mula bekerja.
Beliau berkata majikan boleh menjadikan satu keperluan untuk membuat ujian dan saringan pekerja baharu sebagai sebahagian daripada usaha memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 di dalam negara.
Sumber: BERNAMA
The post COVID-19 : Malaysia Sedia Longgarkan Sekatan Ke Atas Kawalan Sempadan Jika Kes Kekal Satu Angka appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/10/covid-19-malaysia-sedia-longgarkan-sekatan-ke-atas-kawalan-sempadan-jika-kes-kekal-satu-angka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempadan Negara Dibuka Jika Kes Covid 19 Kekal Satu Angka

Sempadan Negara Dibuka Jika Kes Covid 19 Kekal Satu Angka

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 298 hits
SHAH ALAM 8 JUN Cadangan pembukaan semula sempadan negara akan dibuat jika kes Covid 19 di Malaysia kekal satu angka semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemantauan akan...
Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Kekal Satu Angka

Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Kekal Satu Angka

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 344 hits
SHAH ALAM 5 JUN Kes baharu Covid 19 di negeri ini kekal satu digit iaitu sembilan dengan jumlah keseluruhan 1 939 kes setakat 12 tengah hari tadi Menurut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor empat kes membabitkan rakyat tempata...
Kkm Akan Syor Buka Lebih Banyak Sektor Jika Kes Tempatan Covid 19 Kekal 1 Atau 2 Angka

Kkm Akan Syor Buka Lebih Banyak Sektor Jika Kes Tempatan Covid 19 Kekal 1 Atau 2 Angka

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 249 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan akan mengesyorkan kepada kerajaan supaya memberi kelonggaran kepada sektor lain seperti sukan dan pendidikan jika kes jangkitan Covid 19 tempatan kekal 1 atau ...
Jika Kes Terus Kekal Di Angka Satu Dua Digit Kita Sudah Bersedia Melaksanakan Exit Strategy Dr Noor Hisham

Jika Kes Terus Kekal Di Angka Satu Dua Digit Kita Sudah Bersedia Melaksanakan Exit Strategy Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 243 hits
Sekiranya kes Covid 19 di negara ini kekal mencapai angka dua digit kita sudah bersedia melakukan exit strategy menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah seperti memetik kenyataan daripada KKM Jelas beliau apabila lebih...
Covid 19 Hanya Tujuh Kes Kali Pertama Satu Angka Di Rekod

Covid 19 Hanya Tujuh Kes Kali Pertama Satu Angka Di Rekod

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 315 hits
PUTRAJAYA Malaysia pertama kali mencatatkan satu angka kes COVID 19 apabila hanya tujuh kes baharu dicatatkan pada pengumuman semalam iaitu yang terendah pernah dicatatkan setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah b...
Malaysia Catat Penurunan Kes Harian Covid 19 Kembali Kepada Dua Digit

Malaysia Catat Penurunan Kes Harian Covid 19 Kembali Kepada Dua Digit

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 297 hits
PUTRAJAYA Jumlah jangkitan harian COVID 19 kembali kepada dua angka dengan hanya 15 kes positif dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia adalah hasil pendekatan tertumpu kerajaa...
Malaysia Dan Turki Sedia Bekerjasama Bangunkan Vaksin Dan Ubat Berkaitan Covid 19

Malaysia Dan Turki Sedia Bekerjasama Bangunkan Vaksin Dan Ubat Berkaitan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Malaysia dan Turki sepakat untuk memanfaatkan kekuatan masing masing bagi memerangi pandemik COVID 19 sekali gus bersedia bekerjasama dalam membangunkan vaksin dan ubat ubatan berkaitannya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yass...
Malaysia Perlu 28 Hari Sifar Kes Sebelum Isytihar Bebas Covid 19

Malaysia Perlu 28 Hari Sifar Kes Sebelum Isytihar Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 268 hits
PUTRAJAYA Malaysia memerlukan tempoh 28 hari sifar kes COVID 19 sebelum boleh diisytiharkan bebas pandemik berkenaan kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata ia selaras dengan mekanisme menamatkan pantauan ...
Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid 19 Jika Tiada Kes Dalam Tempoh 28 Hari Kp Kesihatan

Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid 19 Jika Tiada Kes Dalam Tempoh 28 Hari Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 237 hits
Putrajaya 11 Jun Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia akan diisytihar bebas COVID 19 setelah 28 hari tiada kes Katanya cara tersebut telah digunakan sebagai kayu ukur untuk menamatkan pemantauan terhadap k...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord

Nadia Rosli Hati Yang Tercemar Chord

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat