Covid 19 Lelaki Ini Ditemui Meninggal Dunia Di Tepi Jalan


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Muadzam Shah, dipercayai berjalan dari Segamat, Johor menuju ke kampung halamannya di Kuala Terengganu, kelmarin.


Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, Rafie Zainal, berkata mangsa yang berusia 30 tahun itu disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan ketika bedah siasat dijalankan terhadap jenazahnya yang dibawa dari Hospital Muadzam Shah, ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang, semalam.

"Arwah dikatakan terlalu rindukan anaknya di kampung menyebabkan dia berkeras untuk pulang dengan berjalan kaki, selepas sekian lama terpisah dengan keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

"Ada sumber memaklumkan kepada kami, arwah ada melintasi sekatan jalan raya (SJR) dan anggota bertugas melihatnya dalam keadaan lemah serta tidak bermaya.

"Atas ihsan mereka, arwah diberikan makanan dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanannya. Namun, dia berkeras untuk berjalan pulang sejak Jumaat lalu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Rafie berkata, waris lelaki itu ada meminta pihak berkuasa mengesan kedudukan arwah selepas gagal dihubungi kerana bimbang terhadap keselamatan dirinya.

"Menurut kakak arwah yang menghubungi kami, arwah adiknya itu sangat bertanggungjawab pada keluarganya. Walaupun terkejut dengan khabar berita kematian adiknya itu, dia dan keluarganya tetap reda dengan apa yang berlaku," katanya.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan oleh pihak hospital mengenai waris arwah tidak mampu untuk menanggung kos pengebumian sebanyak RM1,500.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat itu, mereka membantu urusan pengebumian arwah, termasuk membeli keranda serta menempah kubur dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi pengendalian jenazah pesakit COVID-19.

Katanya, ia termasuk kaedah tayamum untuk solat jenazah dengan jenazah dibalut dua lapisan plastik, tiga lapisan kain dan dua kali proses sanitasi dilakukan sepanjang urusan pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, Pahang, hari ini.

"Sepanjang tiga jam urusan pengebumian itu, kami perlu memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi mengelak jangkitan Covid-19.

"Cuaca agak panas ketika proses pengebumian itu dan kami perlu mengambus tanah secara bergilir-gilir selepas jenazah dimasukkan ke liang lahad.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kematian ke-110 (kes ke-6,743) lelaki warganegara Malaysia berusia 30 tahun yang ditemui mati di Rompin.

Katanya, ujian sampel COVID-19 diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020 dan kes di bawah siasatan pihak polis dan Pejabat Kesihatan Rompin, manakala punca jangkitan belum dikenal pasti serta masih dalam siasatan. - Berita Harian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/05/covid-19-lelaki-ini-ditemui-meninggal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Kaki Dari Segamat Ke Kuala Terengganu Untuk Jumpa Anak Mangsa Covid 19 Ditemui Meninggal Dunia Di Rompin

Jalan Kaki Dari Segamat Ke Kuala Terengganu Untuk Jumpa Anak Mangsa Covid 19 Ditemui Meninggal Dunia Di Rompin

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 832 hits
Pada 13 Mei yang lalu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa terdapat dua kematian direkodkan pada hari tersebut di mana kes kematian ke 110 agak misteri kerana ditemui meninggal dunia di Rompin Terkini covid19malaysi...
Covid 19 Lelaki Ditemui Mati Di Tepi Jalan

Covid 19 Lelaki Ditemui Mati Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Muadzam Shah dipercayai berjalan dari Segamat Johor menuju ke kampung halamannya di Kuala Terengganu kelmarin Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia Rafie Z...
Jururawat Hamil Dipercayai Dijangkiti Covid 19 Dilaporkan Meninggal Dunia Di Indonesia

Jururawat Hamil Dipercayai Dijangkiti Covid 19 Dilaporkan Meninggal Dunia Di Indonesia

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 486 hits
Seorang jururawat bertugas di Hopsital Royal Surabaya yang sedang hamil dipercayai dijangkiti COVID 19 dan berstatus Pesakit Dalam Pengawasan dilaporkan meninggal di Indonesia Menurut laporan portal Kompas com mangsa Ari Puspita Sari dilapo...
Perwira Polisi Di Makassar Berstatus Pdp Covid 19 Meninggal Dunia

Perwira Polisi Di Makassar Berstatus Pdp Covid 19 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 279 hits
Seorang perwira pertama polisi yang bertugas di Satuan Binmas Polrestabes Makassar dengan inisial Ipda MA status Pasien Dalam Pengawasan meninggal dunia Minggu pukul 22 50 WITA
Kisah Lelaki Meninggal Dunia Positif Covid 19 Jalan Kaki Dari Johor Ke Terengganu Nak Jumpa Keluarga

Kisah Lelaki Meninggal Dunia Positif Covid 19 Jalan Kaki Dari Johor Ke Terengganu Nak Jumpa Keluarga

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 569 hits
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat seorang lelaki tekad untuk pulang bersendirian ke kampung untuk menemui keluarganya dengan berjalan kaki dari Johor ke Terengganu Namun ketika dalam perjalanan hajat tersebut tidak kesampaian ...
Kisah Sebenar Lelaki Meninggal Tepi Jalan Di Rompin Pahang Kerana Covid 19

Kisah Sebenar Lelaki Meninggal Tepi Jalan Di Rompin Pahang Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 888 hits
Kisah Sebenar Lelaki Meninggal Tepi Jalan Di Rompin Pahang Kerana COVID 19SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Muadzam Shah Pahang ketika dipercayai berjalan dari Segamat Johor menuju ke kampung halamannya di Kuala Tereng...
Aturan Baru Boleh Mudik Kalau Ada Keluarga Nikah Atau Meninggal Dunia

Aturan Baru Boleh Mudik Kalau Ada Keluarga Nikah Atau Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 292 hits
Larangan mudik yang dicanangkan pemerintah sejak 24 April sampai 31 Mei 2020 bertujuan agar mencegah penularan virus corona atau covid 19 Seiring dengan pembekuan sejumlah alat transportasi umum mulai dari darat laut hingga udara Artinya pe...
Dua Tenaga Medis Tni Ad Meninggal Karena Covid 19 Sudah Terima Santunan

Dua Tenaga Medis Tni Ad Meninggal Karena Covid 19 Sudah Terima Santunan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 330 hits
Adapun ini juga sempat disaksikan dan dipandu langsung oleh Kasad Jenderal TNI Andika Perkasa sesaat sebelum melaksanakan Vicon berkala dengan Pejabat RSPAD dalam rangka memantau perkembangan dan kondisi penanganan pandemi Covid 19
Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus Meninggal Dunia

Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 475 hits
Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal duniaDuka cita dimaklumkan Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi Al Fatihah Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal duniaTAKZIAH Dukacita dimaklumkan Ustaz Isma...
Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin