Covid 19 Kita Gagal Cakap Elok Elok Sikit
HARI ini tular berita, Malaysia adalah negara terbaik dunia dalam menangani wabak COVID-19. Malangnya, pada masa sama, terdengar suara sumbang, yang disiarkan laman web Ultra Kiasu, seorang pakar perubatan Ultra Kiasu berkata, Ketua Pengarah Kesihatan gagal melaksanakan tugasnya. Kata Ultra Kiasu ini, Ketua Pengarah Kesihatan kena turun padang untuk melihat sebenar keadaan wabak COVID-19.
Pelik juga, dunia memuji, Ultra Kiasu mengeji. Mana Ultra Kiasu ini tahu setiap pergerakan Ketua Pengarah (KP) Kesihatan tidak turun padang. Pada saya, sama ada KP Kesihatan, keluar daripada Putrajaya atau tidak, itu bukan isu besar. Paling penting, sebagai rakyat, kita mahu melihat hasil. Berita baik hari demi hari seperti hari ini.
Pelik Ultra Kiasu ini, apakah kenyataan yang sama akan dikeluarkan pakar perubatan Ultra Kiasu ini jika Pakatan Harapan (PH) masih memerintah, dengan penjawat awam yang sama, iaitu Ketua Pengarah Kesihatan. Sebagai Cina Muslim, saya bangga dengan tindakan KP Kesihatan ini yang juga seorang Cina Muslim.
Dunia memuji langkah Malaysia, Ultra Kiasu mengeji. Sudah tentu ada masalah dengan pakar perubatan Ultra Kiasu ini. Jika saya sakit teruk sekalipun, saya tidak akan pergi berubat dengan doktor sebegini. Ada masalah dengan dirinya.
Namun, bila disiasat rupanya pakar perubatan ini pemuja Kerajaan yang diterajui PH sebelum ini. Proses peng-Ikraman dan peng-ultrakiasuan.
Kejayaan kita, walaupun belum sepenuhnya, sudah mendapat perhatian dunia, walaupun kita adalah dalam kategori negara dunia ketiga.
Sudah tentu ianya bermula dengan keputusan bijak Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Meskipun amat berat kerana ditentang hebat oleh bekas Menteri Ultra Kiasu dan kuncu-kuncunya, Kerajaan terpaksa meneruskan keputusan ini demi rakyat tercinta. Inilah baru Kerajaan rakyat.
Kepada Ultra Kiasu, PKP tidak perlu, cukup sekadar melakukan jarak sosial satu meter, di samping langkah pencegahan lain. Tidak boleh dibayangkan apa akan terjadi kepada negara ini, jika PH masih memerintah dengan keputusan jarak sosial satu meter tanpa PKP.
Oleh kerana Ultra Kiasu masih lagi tidak berubah daripada perangai lamanya, walaupun sudah hilang kuasa, elok juga kita bagaimana COVID-19 ini mula merebak.
Semuanya dikatakan berpunca daripada kes kluster Tabligh Masjid Sri Petaling yang membawa gelombang kedua. Berbagai hinaan dan cercaan ke atas peserta-peserta Tabligh Masjid Sri Petaling. Seolah-olah mereka ini membawa bencana kepada negara. Kita tidak berlaku adil kepada kumpulan Tabligh.
Ramai terlupa yang menjadi puncanya merebak COVID-19 di Masjid Sri Petaling. Kronologi kes berlakunya rebakan ini bermula dengan kes 136 yang baru pulang dari Korea pada 22 Mac menghadiri Ijtimak Tabligh dan mempunyai sejarah kontak dengan COVID-19 di Korea. Kes 136 menunjukkan tanda dan gejala deman.
Apa yang berlaku, kes 136 telah menjangkiti kes 26 semasa di Masjid Sri Petaling dan dikatakan kes 26 punca gelombang kedua jangkitan COVID-19 di Masjid Sri Petaling. Sehingga hari ini mangsa jangkitan COVID-19 daripada kluster Tabligh telah mencecah ribuan dan puluhan turut meninggal dunia.
Sejak 25 Januari 2020, sehinggalah seluruh ahli Kabinet PH meletak jawatan pada 25 Februari, tiada tindakan proaktif awalan menangani rebakan jangkitan COVID-19.
Pada ketika itu juga, sudah ada desakan daripada pihak tertentu mahukan PH bertindak segera supaya pelancong-pelancong China tidak dibenarkan masuk disebabkan epidemic wabak COVID-19.
Jawapan dari Kerajaan terajui PH pada masa itu ialah di mana hendak letak pelancong China. Maklumlah Kerajaan PH ingin menjayakan Tahun Melawat Malaysia khususnya menarik pelancong-pelancong China ke negara ini.
Disebabkan Kerajaan yang diterajui PH acuh tidak acuh dalam menangani kawalan COVID-19, ramai daripada mereka yang baru pulang daripada negara-negara yang dilanda wabak COVID-19 kelihatan masih bebas berkeliaran dan bekerja tanpa ada pematuhan kriteria kawalan kesihatan.
Selama serangan wabak COVID-19 bermula dan dikesan pada 25 Januari 2020. Kerajaan yang diterajui PH tidak mengambil sebarang langkah proaktif ke atas kontak COVID-19 dengan tegas.
Malahan Kerajaan terajui PH menerima pesakit COVID-19 warga China dari Singapura dan membenarkan kemasukan pelancong-pelancong China masuk dari tempat yang dilanda wabak kecuali Wuhan.
Sedangkan pada masa tersebut sudah ada amaran dari Kerajaan China mengenai penularan wabak epidemic COVID-19 di negaranya. Walaupun China hanya lockdown beberapa tempat seperti Wuhan, tetapi penularan wabak tersebut lebih cepat.
Kerajaan yang diterajui PH pada masa itu lebih sibuk dengan desakan supaya Tun M meletak jawatan sebagai PM7 dan memberi laluan kepada Anwar sebagai PM8. Akibatnya urusan menangani masalah nyawa rakyat akibat ancaman COVID-19 diabaikan. Seolah-olah nyawa rakyat tidak dipedulikan.
Malahan, tiada arahan untuk menggunakan langkah-langkah kawalan dalam menangani wabak COVID-19 di pintu masuk ke negara ini. Ini boleh dilihat alat pengesanan suhu badan tidak digunakan sepenuhnya.
Malahan, pelancong-pelancong luar masih bebas masuk ke negara ini sehingga berlakunya kejadian Tun M meletak jawatan sebagai Perdana Menteri 24 Februari.
Semua ini menunjukkan Kerajaan yang diterajui PH lebih utama politik daripada nyawa rakyat. Akibatnya gelombang kedua bermula selepas bulan Mac boleh dikawal tetapi kegagalan Kerajaan PH dalam menangani wabak COVID-19 menyebabkan hari ini angka jangkitan COVID-19 mencecah hampir 4 ribu kes
Sepatutnya Malaysia di bawah PH ketika itu perlu mengambil langkahnya sepatutnya selepas China mengisytiharkan wabak epidemic COVID-19 dan PKP. Kenapa dari 25 Januari hingga 25 Februari, tiada tindakan konkrit dalam kawalan kemasukan warga asing mahupun warga tempatan dari tempat dilanda wabak COVID-19 sebagai langkah awal menghalang wabak COVID-19 masuk negara ini?
Kerajaan diterajui PH ini sibuk dengan ghanimah jawatan PM8 sehingga negara tidak terurus selama seminggu. Akibatnya yang menjadi mangsa adalah rakyat. Bolehkah rakyat menyaman kembali Kerajaan yang diterajui PH dahulunya yang gagal kawal rebakan jangkitan COVID-19 gelombang kedua?
Cuba renungkan sejenak ketika PH mahukan staf kesihatan seperti doktor, jururawat, juru teknologi makmal perubatan dan lain-lain dikurangkan. Malah diberikan taraf kontrak. Yang lebih menyedihkan cadangan pemotongan elaun kritikal doktor dan kumpulan sokongan perubatan ingin dilaksanakan. Tetapi ditentang dan akhirnya dibatalkan. Ini menunjukkan Kerajaan terajui PH tidak kisah akan soal perkhidmatan dan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Bersyukurlah, ketika COVID-19 PH tidak lagi memerintah. Jika tidak, tak tahu nasib kita macam mana.
PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH Pensyarah
MR : PH cuba merosakan imej kerajaan PN makin hari makin memikat hati rakyat
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/covid-19-kita-gagal-cakap-elok-elok.html