Covid 19 Jumlah Kes Di Singapura Melepasi 13 000 Orang


Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini melaporkan 931 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlahnya 13,624 kes.
Dalam satu kenyataan di sini, MOH memaklumkan peningkatan itu disumbangkan oleh majoriti kes melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja manakala hanya 15 kes melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap.
Daripada jumlah semalam iaitu 12,693 kes, Singapura mengklasifikasi 10,525 kes dari asrama pekerja asing atau kira-kira tiga peratus daripada jumlah kira-kira 323,000 pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja.
Kementerian berkenaan memaklumkan ia masih mengkaji butiran kes berkenaan dan perkembangan terbaharu mengenainya akan diumum kemudian hari ini.
Setakad tengah hari semalam, Singapura mencatatkan 618 kes baharu jangkitan COVID-19, dengan kira-kira 96 peratus adalah penghuni asrama manakala 12 lagi pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.
Tiada kes import dilaporkan manakala hanya sembilan kes dalam komuniti pada Sabtu.
Dalam kenyataan terperinci yang dikeluarkan lewat malam tadi, MOH menyatakan ia mengesan banyak lagi kes susulan ujian yang meluas.
“Kebanyakan kes berkenaan melibatkan sakit ringan dan menerima pengawasan dalam fasiliti pengasingan komuniti atau wad umum di hospital. Tiada seorang pun daripada mereka menerima rawatan di unit rawatan rapi,” menurutnya.
MOH menyatakan daripada 618 kes baharu semalam, 81 peratus dikaitkan dengan kluster yang diketahui manakala yang lain masih menunggu pengesanan kontak.
Pada minggu lepas (18-24 April), kementerian mengesan pertalian bagi 1,226 kes yang sebelum ini dalam kes tidak dikaitkan.
Sementara itu, seramai 1,002 kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenar pulang dari hospital atau fasiliti pengasingan komuniti, 24 dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi manakala 12 meninggal dunia.
Singapura mengenal pasti tujuh kluster baharu pada Sabtu, iaitu ASPRIWestlite Papan; Kian Teck Hostel; SCM Tuas Lodge; Northpoint City; 21, Defu South Street 1; 8, Martin Place; dan 107, West Coast Vale.
Kluster terbesar di Singapura ialah S11 Dormitory @ Punggol yang setakad ini mempunyai 2,268 kes disahkan positif COVID-19.
Daripada jumlah pada Sabtu, Singapura juga mengklasifikasi 1,135 sebagai kes komuniti, 569 kes import, dan 464 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tidak mendiami asrama.
Sumber: BERNAMA
The post COVID-19 : Jumlah Kes Di Singapura Melepasi 13,000 Orang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/26/covid-19-jumlah-kes-di-singapura-melepasi-13000-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Kes Covid 19 Bertambah Singapura Bina Tempat Tampung 15 000 Pesakit Di Terminal

Jumlah Kes Covid 19 Bertambah Singapura Bina Tempat Tampung 15 000 Pesakit Di Terminal

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 333 hits
Singapura Sebuah fasiliti mega kini sedang dibina di Terminal Tanjong Pagar untuk menempatkan sehingga 15 000 pesakit COVID 19 dan pekerja asing dalam keadaan kes koronavirus di Singapura terus meningkat menurut laporan The Straits Times ha...
Covid 19 Singapura Catat 690 Kes Baharu Jumlah Keseluruhan Kini Lebih 15 000 Kes

Covid 19 Singapura Catat 690 Kes Baharu Jumlah Keseluruhan Kini Lebih 15 000 Kes

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 263 hits
SINGAPURA 29 April Singapura hari ini mengesahkan tambahan 690 kes baharu jangkitan COVID 19 termasuk enam melibatkan kes dalam komuniti manakala jumlah terbesar dari penghuni asrama pekerja Kementerian Kesihatan republik ini dalam satu ken...
Singapura Lapor Covid 19 Pertambahan 1 037 Kes Jumlah Keseluruhan Melebihi 11 000

Singapura Lapor Covid 19 Pertambahan 1 037 Kes Jumlah Keseluruhan Melebihi 11 000

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 275 hits
Kementerian Kesihatan Singapura melalui laman Facebook rasmi mereka mengesahkan dengan lebih awal bahawa terdapat 1 037 kes COVID 19 baru dilaporkan setakat jam 12pm Khamis Menurut kementerian tersebut sebahagian besar kes baru yang dilapor...
Singapura Kini Menjangkau Lebih 5 000 Jumlah Kes Covid 19

Singapura Kini Menjangkau Lebih 5 000 Jumlah Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 352 hits
SINGAPURA 17 April Kementerian Kesihatan Singapura dalam laporan awal mengesahkan bahawa terdapat penambahan 623 kes jangkitan COVID 19 di negara itu majoritinya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama Penambahan itu menjadikan kese...
Jumlah Kes Positif Covid 19 Di Amerika Kini Lebih 700 000 Angka Kematian Terus Meningkat

Jumlah Kes Positif Covid 19 Di Amerika Kini Lebih 700 000 Angka Kematian Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 372 hits
Jumlah kes positif COVID 19 di Amerika Syarikat kini dilaporkan telahpun mencecah 710 021 kes menurut Worldometer Daripada jumlah berkenaan sebanyak 37 158 kematian dicatatkan New York kekal menjadi kawasan paling terjejas dengan 17 131 kem...
Lebih 5 000 Kes Covid 19 Direkod Di Singapura 623 Jangkitan Baru

Lebih 5 000 Kes Covid 19 Direkod Di Singapura 623 Jangkitan Baru

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 387 hits
SINGAPURA Kementerian Kesihatan Singapura dalam laporan awal mengesahkan bahawa terdapat penambahan 623 kes jangkitan Covid 19 di negara itu majoritinya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama Penambahan itu menjadikan keseluruhan k...
Kes Covid 19 Di Singapura Lepasi 8 000

Kes Covid 19 Di Singapura Lepasi 8 000

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 383 hits
SINGAPURA Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan penambahan 1 426 kes jangkitan Covid 19 kenaikan tertinggi dalam sehari kebanyakannya dalam kalangan pekerja asing di asrama Pihak berkuasa berjaya mengurangkan penularan virus ...
Covid 19 Majoriti Kes Baru Libat Penghuni Asrama Pekerja Singapura Lepasi 11 000

Covid 19 Majoriti Kes Baru Libat Penghuni Asrama Pekerja Singapura Lepasi 11 000

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 289 hits
SINGAPURA 23 April Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan 1 037 lagi kes jangkitan COVID 19 di republik itu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 11 178 Dalam satu kenyataan hari ini MOH menyatakan majoriti besar kes terbabit me...
Jumlah Korban Covid 19 Di Seluruh Dunia Kini Melebihi 160 000 Kes Positif Lebih 2 3 Juta

Jumlah Korban Covid 19 Di Seluruh Dunia Kini Melebihi 160 000 Kes Positif Lebih 2 3 Juta

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 354 hits
ANKARA 19 April Jumlah korban COVID 19 di seluruh dunia terus meningkat pada Ahad menyaksikan 160 518 nyawa terkorban menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Anadolu Sementara jumlah kes jangkitan dan pesakit pulih pula masing ...
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah