Covid 19 Dakwaan Kluster Berkaitan Genting Penularan Di Pahang Sudah Pun Di Bendung


 



KUANTAN - Pengarah Kesihatan Pahang Dr Bahari Che Awang Ngah berkata, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan dengan tepat sama ada pekerja mahupun pengunjung Genting Highlands merupakan punca kluster Covid-19 yang dikaitkan dengan rombongan ke pusat peranginan itu dari Kedah.
Bagaimanapun, Bahari berkata penularan di Pahang berkaitan pusat peranginan itu telah pun dibendung.
Ia selepas tiga kawasan di Genting Highlands dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) pada 10 May lalu. Perintah itu tamat semalam, lima hari lebih awal daripada jadual (23 Mei).
"Selepas kita kesan kes positif di kalangan perniagaan di Genting Highlands, pihak berkuasa buat siasatan dan letakkan kawasan itu di bawah PKPD.
"Semua tindakan termasuk kerja pembersihan telah dibuat. Sekarang kawasan itu sudah 'clear' (untuk dibuka semula)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Bahari berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah dimaklumkan berkenaan kes melibatkan pengunjung dari Kedah yang ke Genting Highlands ketika gelembung pelancongan bulan lalu.
Bagaimanpun, punca penularan belum dikenal pasti.
Menurutnya, terdapat beberapa kemungkinan termasuk penularan daripada pelancong sendiri, memandangkan 16 peserta rombongan yang menaiki bas sama telah dijangkiti wabak itu.
Dia juga menegaskan perkara utama adalah pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
"Ini Covid-19. Isu utamanya pematuhan SOP. Tak payahlan nak kata orang ini salah, orang ini betul.
"Ada kata orang Kedah pergi Genting Highlands kemudian kena (wabak), boleh jadi juga mereka yang sebarkannya di sana.
"Tetapi jika semua orang ikut nasihat 3S dan 3W, wabak tak akan menular. Gelembung pelancongan bukan bermaksud tak perlu patuh SOP," katanya lagi.
Dia merujuk nasihat yang sering disebut Kementerian Kesihatan iaitu amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak dekat).
Semalam, Exco Kesihatan Kedah Dr Mohd Hayati Othman berkata, 16 kes Covid-19 di negeri itu dikenal pasti melibatkan peserta rombongan pelancongan dari Alor Setar ke Genting Highlands pada pertengahan bulan lalu.
Perjalanan itu dibuat ketika penguatkuasaan gelembung pelancongan oleh kerajaan yang membenarkan perjalanan antara negeri yang dikuatkuasakan PKP pemulihan.
Gelembung pelancongan itu ditamatkan pada 4 Mei lalu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/kluster-berkaitan-genting-penularan-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 After Genting Trip Health Director Says Pahang Side Resolved

Covid 19 After Genting Trip Health Director Says Pahang Side Resolved

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 281 hits
Pahang Health director Dr Bahari Che Awang Ngah said authorities could not pinpoint whether workers in Genting Highlands or visitors were responsible for a Covid 19 cluster linked to a tour group that had also spread in Kedah However he sai...
Covid 19 Kerajaan Pahang Jamin Kemudahan Kesihatan Masih Terkawal

Covid 19 Kerajaan Pahang Jamin Kemudahan Kesihatan Masih Terkawal

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 332 hits
Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA WAN Rosdy Wan Ismail dan Abd Jalil Hassan serta pegawai Polis Diraja Malaysia dan barisan pemimpin kerajaan negeri ketika melawat SJR di Tanjung Lumpur di Kuantan Pahang UTUSAN KHAIRULMIZAN YAHYAKUANTAN Kerajaan Nege...
Satgas Covid 19 Pemda Wajib Ambil Langkah Preventif Cegah Penularan

Satgas Covid 19 Pemda Wajib Ambil Langkah Preventif Cegah Penularan

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 228 hits
Kesiapsiagaan pemda dapat direalisasikan dengan melakukan testing dan tracing terhadap para pemudik melalui pos komando di desa kelurahan
Kluster Perkilangan Catat Jangkitan Tinggi Covid 19 Di Pulau Pinang

Kluster Perkilangan Catat Jangkitan Tinggi Covid 19 Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 322 hits
Malinda Abdul Malik Malaysia GazetteGEORGE TOWN Kluster perkilangan masih mencatatkan rekod tertinggi jangkitan Covid 19 di Pulau Pinang Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow susulan pertambahan dua laporan terbaru...
Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 306 hits
SINGAPURA Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memuji daya bingkas dan perpaduan masyarakat Melayu Islam untuk sama sama membendung pandemik COVID 19 dengan penduduk Singapura lainnya di tengah tengah Ramada...
Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi Sop Situasi Covid 19 Di Negeri Ini Belum Reda

Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi Sop Situasi Covid 19 Di Negeri Ini Belum Reda

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 306 hits
KUANTAN Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang melaporkan situasi terkini wabak pandemik COVID 19 di negeri ini masih belum reda terutamanya di daerah Kuantan Demikian kenyataan rasmi yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri ...
Muhyuddin Dakwa Tiada Isu Double Standard Berkaitan Penguatkuasaan Sop Covid 19

Muhyuddin Dakwa Tiada Isu Double Standard Berkaitan Penguatkuasaan Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 326 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada amalan dua datjat atau double standard dalam melaksanakan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard berkaitan Covid 19 Beliau berkata tiada pihak yang akan terlepa...
Penularan Covid 19 Masih Tinggi Pemkot Banjarmasin Tiadakan Pawai Malam Takbiran

Penularan Covid 19 Masih Tinggi Pemkot Banjarmasin Tiadakan Pawai Malam Takbiran

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 222 hits
Pemerintah Kota Banjarmasin Kalimantan Selatan meniadakan gelar budaya pawai malam takbiran saat malam perayaan Idul Fitri pada 1442 Hijriah atau tahun 2021 ini
Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Yung Kai Wildflower Chord


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Meronda Ahad

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara