Covid 19 Dajjal Dan Kiamat


Covid-19 & Dajjal

Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara Covid-19 & Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis

Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegini sukar

Orang bijak akan ambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah. 
Masih fikir nak shopping baju baru
Masih fikir nak ke Saloon & Spa

Dah rindu kopi starbuck
Dah rindu burger McD

Setakat hari ini lebih 6 ribu kematian di Italy & hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia - Al-Jazeera

Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting & tak mendatangkan faedah. Masih nak benci membenci, masih nak memaki hamun. 
Fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix dikala orang susah hati & bersedih dengan wabak Covid-19 yang membunuh ini

Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang berfikir. Apa guna kita hidup tak saling mengingatkan

Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tak sabar dengan dugaan kesusahan, diikutnya Dajjal yang mampu beri nikmat kemewahan

Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita. 
Kaum yang mudah tewas dengan nafsu. Sebab itu Nabi suruh ikat & tambat anak isteri di tiang-tiang rumah

Waktu itu orang tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga & makan. 
Makanan umat islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logic akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logic akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan

Masih buta ke kita dengan apa yang jadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang dari mengerjakan Umrah. Kemungkinan tak boleh mengerjakan Haji. 
Nabi saw pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang dari menunaikan Haji & Umrah. Kalau nak kepastian boleh search.  Banyak hadis yang berkaitan

Tak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu Masjid masih dibuka. Tanda Dajjal tu semakin hampir kemunculannya apabila masjid-masjid semua kosong. Masih tak nampak lagikah kita apa dah jadi hari ini? 
Okay mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu

Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu tak lama lagi akan muncul

Kita perhatikan Kebun Kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa? Dajjal semakin hampir

Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini Hadis Nabi saw & hadis ini adalah hadis sahih

Kita saksikan bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berlumba-lumba membangunkan gedung-gedung yang mewah

Nabi saw pernah bersabda,
“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim)

Sekarang petanda itu dah jelas depan mata. Menara jam, Burj Khalifah & Kingdom Tower. Mereka semua dari keturunan arab yang dahulunya fakir & pengembala kambing

Tanah Arab sekarang dah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji dah mula turun di tanah Arab. 
Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon & rumput-rumput yang menghijau. Itu tanda Dajjal itu akan muncul sangatlah dekat

Apa persediaan kita dalam menghadapi Dajjal

Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa & bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin

Dia akan pukau kita sehingga kita ikut & sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini

Tak kisah iman kita setaraf wali macamana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas. 
Macamana rupa Dajjal

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir’...”
Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik & fasik, tak akan nampak perkataan ini

Jadi, elak dari bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah

Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah & tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal. 
Kenapa perlu ikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal. 
Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka

Pilihlah neraka, kerana fitnah Dajjal syurga itu neraka, neraka itu syurga

Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal & 10 ayat akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang dari kitab-kitab, dinding-dinding & di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini. 
Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka ia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai)
Siapa yang baca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat ini

Amalkan ayat ini selepas tasyahhud,
Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal

Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih)
Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung & lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur & diberikan kemewahan oleh Dajjal. 
Tapi kalau penduduk di kawasan itu ingkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat

Jadi apa kaitan dengan Covid-19

Ramai duduk rumah, di zaman Dajjal nanti  ramai juga duduk rumah. Tapi golongan yang faham agama. 
Macam kes sekaranglah. Semua yang duduk rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari

Kalau beginilah sikap kita, kalau Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang boleh jadi pengikut Dajjal

Arahan kerajaan pun kita ingkar, apatah lagi arahan Nabi saw

Masjid kosong. Sekarang semua masjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint. Esok Dajjal muncul, semua masjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun tak akan berkumandang

Panic buying. Kalau Covid-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan

Kalau Dajjal muncul, semua orang ‘Panic buying’ juga. Masing-masing panic berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan dari Dajjal. Maka semua dari mereka tercabutlah iman masing-masing

Terpisah keluarga. Kalau Covid-19, salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki jumpa, tak ada rezeki, hanya memandang dari jauh jenazah ahli keluarga dikebumikan

Kalau Dajjal muncul, ramai akan kehilangan ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal. 
Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Covid-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini

Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus lumus menghalang ahli keluarganya dari menjadi pengikut Dajjal

Sebab itulah, kita amat dituntut belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku & kita lebih bersedia

Pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini & terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan

Bagi orang lelaki, tambah ilmu agama. Perlu faham untuk fahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian

Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja & menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum cantikkan fizikal

Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh. 
Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu & terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia

Pakat muhasabah. Semoga bermanfaat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2020/03/covid-19-dajjal-dan-kiamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Main Peranan Masing Masing Cegah Covid 19

Mb Main Peranan Masing Masing Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 187 hits
SHAH ALAM 28 MAC Dato Menteri Besar mengajak rakyat supaya terus memainkan peranan masing masing termasuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penularan Covid 19 Menerusi hantaran di Facebooknya Dato Seri Amirudin Shari berka...
Lima Beradik Kekal Ceria Ber Tiktok Walau Positif Covid 19

Lima Beradik Kekal Ceria Ber Tiktok Walau Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 288 hits
Erika Syamim Samsu Ambia dan keluarga menjalani proses kuarantin di Hospital Teluk Intan selepas disahkan positif Covid 19 Paparan skrin video Twitter ErikaKUALA LUMPUR 28 Mac Meskipun sekeluarga positif Covid 19 namun lima beradik yang kin...
Tidak Benar Hospital Tuanku Fauziah Guna Termometer Masuk Ke Mulut Saring Covid 19

Tidak Benar Hospital Tuanku Fauziah Guna Termometer Masuk Ke Mulut Saring Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM 28 MAC Dakwaan kononnya Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis menggunakan termometer yang dimasukkan ke mulut orang ramai bagi menyaring penyakit Covid 19 adalah palsu kata Kementerian Kesihatan Hospital Tuanku Fauziah hanya mengg...
Jumlah Kes Harian Turun Lagi Mb Ajak Rakyat Terus Gempur Covid 19

Jumlah Kes Harian Turun Lagi Mb Ajak Rakyat Terus Gempur Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 251 hits
SHAH ALAM 28 MAC Dato Menteri Besar bersyukur kerana jumlah kes harian Covid 19 yang direkodkan di negeri ini mencatatkan penurunan buat hari kedua berturut turut Bilangan kes Covid 19 di Selangor hari ini mencatatkan penurunan buat hari ke...
Rakyat Selangor Berdoa Henti Covid 19 30 Mac Dan 2 April

Rakyat Selangor Berdoa Henti Covid 19 30 Mac Dan 2 April

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 368 hits
SHAH ALAM 28 MAC Umat Islam di seluruh negeri ini diajak menyertai Rakyat Selangor Berdoa pada 30 Mac dan 2 April depan bagi memohon Allah mengangkat musibah wabak Covid 19 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor berkata penganjurannya dibuat...
Covid 19 Kes Kematian Ke 27 159 Positif Baru

Covid 19 Kes Kematian Ke 27 159 Positif Baru

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 238 hits
Sebanyak 159 kes baharu positif Covid 19 dilaporkan setakat tengah hari 28 Mac 2020 Foto oleh Shafwan ZaidonPUTRAJAYA 28 Mac Sebanyak 159 kes baharu positif Covid 19 dilaporkan setakat tengah hari tadi sekali gus menjadikan jumlah kumulatif...
Lelaki Ditemui Bunuh Diri Dalam Tandas Wad Disahkan Negatif Covid 19

Lelaki Ditemui Bunuh Diri Dalam Tandas Wad Disahkan Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 297 hits
Sebelum ini kita digemparkan dengan berita seorang pesakit dalam pemantauan Covid 19 yang dirawat di Hospital Serdang ditemui mati didalam tandas wad dipercayai membunuh diri Dalam maklumat terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu ...
Warga Cilacap Meninggal Dunia Positif Covid 19

Warga Cilacap Meninggal Dunia Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 293 hits
Tatto tak menjelaskan riwayat perjalanan pasien Ia hanya mengatakan akan melakukan contact tracing dan menerapkan karantina kepada yang pernah kontak dengan pasien
Pemuda Di Kupang Sediakan Tandon Westafel Buat Warga Cuci Tangan Cegah Covid 19

Pemuda Di Kupang Sediakan Tandon Westafel Buat Warga Cuci Tangan Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 224 hits
Karena virus ini lebih cepat terjangkit melalui tangan sehingga wadah ini bisa dimanfaatkan masyarakat umum untuk mencuci tangan ujarnya
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web