Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Pemegang Pam Minyak


Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa pemegang pam minyak berupaya untuk meningkatkan risiko pengguna terhadap jangkitan virus Covid-19, menimbulkan keadaan panik dan ramai individu yang tertanya-tanya, adakah sarung tangan perlu dipakai?


Namun, kebanyakan pakar menafikan risiko jangkitan virus korona baharu terhadap individu yang menggunakan pam petrol atau diesel untuk mengisi minyak.

Walau bagaimanapun, mereka turut menyarankan penggunaan sarung tangan dan menggalakkan amalan mencuci tangan selepas proses pengisian tersebut.

Dua pernyataan yang bercanggah ini membuatkan ramai keliru. Jika tiada penyebaran yang berlaku dalam kalangan mereka yang mengisi minyak, kenapa pakar menasihatkan pengguna untuk memakai sarung tangan?

Apa yang perlu anda ingat adalah, setiap benda yang boleh disentuh terutamanya apabila ia terletak di kawasan umum boleh menyebarkan COVID-19.

Fomit (benda yang tercemar dengan kuman) merupakan salah satu kaedah penyebaran virus meskipun ia bukan cara penyebaran utama virus korona baharu.

Pemegang pam minyak boleh dianggap sebagai salah satu kelengkapan yang kotor dari sudut pandang mikroorganisma.

Kajian yang dibuat oleh syarikat Kimberly Clark pada tahun 2011 telah menunjukkan 71% pemegang pam minyak di 6 negeri di Amerika Syarikat dicemari oleh pelbagai jenis kuman berbahaya.

Jika dibandingkan dengan pemegang flush tandas yang mempunyai kira-kira 172 sel bakteria per inci per segi, pemegang pam minyak mempunyai jumlah kuman yang 11,000 kali ganda lebih tinggi daripada itu.

Ia bergantung kepada kekerapan pemegang tersebut disentuh dengan tangan yang tidak dibasuh.

Ini bermakna, secara konsepnya, pam minyak yang lebih mahal bersih sedikit berbanding dengan pam minyak yang murah.

Namun, jumlah kuman yang ada pada pam yang mahal tetap tinggi jika dibandingkan dengan perkakasan lain.

Sarung tangan, adakah ia mampu menghalang penyebaran kuman?

Kadangkala, sedang kita sibuk mengisi minyak, ternampak satu kelibat individu yang memakai sarung tangan sambil memegang pam minyak. Katanya nak elak jangkitan COVID-19.

Adakah benar ia boleh menghindarkan jangkitan?

Jawapannya adalah bergantung kepada cara penggunaan. Hakikatnya bukan semua individu mempunyai pengetahuan asas berkenaan dengan cara meminimumkan penyebaran kuman menggunakan sarung tangan.

Jika anda seorang yang kerap mencuci tangan selepas memegang sesuatu, anda tidak perlu memakai sarung tangan sekalipun.

Namun, untuk keselesaan dan ketenangan jiwa yang kacau bilau dek ura-ura yang mengatakan anda mudah mendapat jangkitan jika tidak memakai sarung tangan, anda perlu tahu konsep pemakaian yang betul.

Walaupun sarung tangan boleh melindungi tangan anda sewaktu memegang pam minyak atau objek lain, tetapi kuman yang melekat pada sarung tangan tersebut boleh hidup lebih lama.

Jika anda tidak membuka sarung tangan tersebut sejurus selepas melakukan sesuatu, tabiat menyentuh muka, sama ada untuk membetulkan topeng muka atau sentuhan lain, boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Kalau anda menyentuh permukaan lain sebelum membuka sarung tangan tersebut, anda berpotensi untuk mencipta fomit baharu.

Oleh sebab itulah lebih penting untuk kita memfokuskan kepada amalan cuci tangan.

Jika virus korona baharu berada di permukaan kulit anda sekalipun, jika dibasuh menggunakan air dan sabun, ia boleh dibasmi secara serta-merta.

Jika tiada air dan sabun, anda boleh menggunakan hand sanitizer yang mengandungi jumlah kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%.

Bagaimana cara untuk saya guna pam minyak dengan betul?

Mudah sahaja. Jika anda ingin mengisi minyak, anda boleh melakukannya dengan atau tanpa memakai sarung tangan:
Basuh tangan menggunakan air dan sabun atau guna hand sanitizer sebelum memegang pemegang pam minyak.Pakai sarung tangan (jika anda ingin memakainya). Pastikan anda membasuh tangan terlebih dahulu (langkah 1).Buka penutup minyak kereta dan gunakan pam minyak mengikut kesesuaian kereta anda.Tutup penutup minyak dan letakkan pam minyak di tempat asal.Tanggalkan sarung tangan anda.Basuh tangan sekali lagi menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.
Jika dilihat pada data pesakit seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mahupun mana-mana kajian di dunia, tiada individu yang positif COVID-19 selepas menggunakan pam minyak.

Model jangkitan bagi mereka yang menggunakan pam minyak agak logik jika mengikut teori namun hakikatnya, risiko jangkitan berada pada tahap yang sangat rendah.

Pastikan anda menggunakan sarung tangan dalam tempoh masa yang pendek. Selepas siap melakukan sesuatu, tanggalkan dan terus buang. Jangan gunakan sarung tangan yang sama berulang kali.

Konklusi

Jangan risau! Risiko untuk anda mendapat jangkitan virus korona baharu selepas menggunakan pam minyak berada pada tahap yang sangat rendah.

Pastikan anda cuci tangan dengan kerap, amalkan jarak sosial dan patuhi arahan kawalan pergerakan yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Covid-19 Mampu Lumpuhkan Sistem Imun Tubuh, Virus Bermutasi Menjadi Lebih Berbahaya!Benarkah Kunyit Mampu Merawat Covid-19?
sumber: hellodoktor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/04/pam-minyak-boleh-sebar-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemegang Pam Minyak Boleh Sebar Covid 19

Pemegang Pam Minyak Boleh Sebar Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 193 hits
March 25 2020 7 30 AMJangan guna sarung tangan yang sama berulang kali risiko untuk mendapat jangkitan Covid 19 berada pada tahap yang sangat rendah hanya pastikan anda cuci tangan dengan kerap Aspek perlindungan diri bukanlah satu perkara ...
Malangnya Covid 19 Boleh Dijangkiti Melalui Kontak Rapat Dengan Haiwan Peliharaan

Malangnya Covid 19 Boleh Dijangkiti Melalui Kontak Rapat Dengan Haiwan Peliharaan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 304 hits
Malangnya COVID 19 boleh dijangkiti melalui kontak rapat dengan haiwan peliharaanDr Noor Hisham bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid 19 di Kementerian Kesihatan hari ini Foto BernamaJauhi haiwan peliharaan elak dijang...
Cara Covid 19 Tersebar Dan Langkah Pencegahan

Cara Covid 19 Tersebar Dan Langkah Pencegahan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 233 hits
Sejak kes COVID 19 yang tengah melanda satu dunia mudah tersebar semua seriau kan nak pegang apa apa Memandangkan kita pun tak tahu siapa yang dah sentuh sebelum kita Mungkin orang sebelum kita tu ter batuk ke terbersin ke dan air rembesan ...
Jangan Panik Banyak Lagi Restoran Buka Sebenarnya Boleh Didapatkan Secara Delivery Melalui Aplikasi Ini

Jangan Panik Banyak Lagi Restoran Buka Sebenarnya Boleh Didapatkan Secara Delivery Melalui Aplikasi Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 533 hits
Sepertimana yang kita semua tahu Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Pergerakan Kawalan disebabkan wabak Covid 19 sejak 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 ini Maknanya semua orang diarahkan untuk mengurangkan p...
Covid 19 Ujian Secara Pandu Lalu Keputusan 48 Jam Boleh Dibuat Di Nilai Medical

Covid 19 Ujian Secara Pandu Lalu Keputusan 48 Jam Boleh Dibuat Di Nilai Medical

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 348 hits
Berikut adalah inisiatif dilakukan oleh Pusat Perubatan Nilai dalam membantu kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia memastikan bahagian hadapan pencegahan wabak Covid 19 dapat bertindak pantas Ujian Covid 19 secara pandu...
Duduk Rumah Pun Masih Boleh Makan Sedap Melalui Penghantaran D Salai By Felda D Saji

Duduk Rumah Pun Masih Boleh Makan Sedap Melalui Penghantaran D Salai By Felda D Saji

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 574 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia berkuat kuasa semalam 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi mem...
Kita Boleh Lawan Covid 19

Kita Boleh Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 232 hits
Sudah sekian lama tidak membuka blog sebab terlalu sibuk hingga akhirnya terlupa yang budak ada blog haha Ketika ini negara kita malah seluruh dunia berhadapan dengan cabaran yang sukar apabila penyakit pandemik Covid 19 menular dengan pant...
Covid 19 Ketakutan Melampau Bakar Menara Telekomunikasi 5g Dakwa Boleh Sebar Covid 19

Covid 19 Ketakutan Melampau Bakar Menara Telekomunikasi 5g Dakwa Boleh Sebar Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 297 hits
Bernama MobileUK mengeluarkan surat terbuka meminta pelanggan membantu usaha menghentikan serangan ke ata menara telekomunikasi LONDON Sekurang kurangnya 20 menara telekomunikasi di United Kingdom dibakar atau dirosakkan sejak beberapa hari...
Bagaimana Minyak Boleh Pergi Dengan Lebih Mendalam

Bagaimana Minyak Boleh Pergi Dengan Lebih Mendalam

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 330 hits
Semua orang yang tertanya tanya hari ini berapa lama penurunan minyak dan apabila ia boleh mula meningkat lagi Secara peribadi saya tidak mempunyai jawapan ini kerana risiko global adalah tinggi di tengah krisis ekonomi yang berlaku Dalam a...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip