Coursera Perkenal Harga Tempatan Sokong Agenda Latihan Semula Kemahiran Malaysia


Coursera Perkenal Harga Tempatan Untuk Sokong Agenda Latihan Semula Kemahiran Malaysia, Dengan Kos Sehingga 40% Lebih Murah
Coursera, Inc. (NYSE: COUR), platform pembelajaran dalam talian global yang terkemuka, hari ini mengumumkan inisiatif baharu bagi menyokong agenda latihan semula kemahiran (reskilling) Malaysia dalam menghadapi transformasi AI dan digital yang pesat.
Menerusi langkah ini, pengguna Malaysia dapat menikmati harga tempatan dengan kos sehingga 40% lebih murah bagi pembelajaran dalam talian.
Mereka juga boleh menikmati pratonton kursus yang interaktif, dengan akses percuma kepada modul pertama bagi hampir setiap kursus — termasuk tugasan bergred, kandungan video, dan sokongan berasaskan AI seperti Coursera Coach.
Selain itu, Coursera juga memperkenalkan Skill Tracks, iaitu penyelesaian pembelajaran yang berasaskan peranan dan dipacu data pasaran buruh, bagi membantu organisasi mengatasi jurang kemahiran dengan lebih pantas.
Lebih 600,000 pekerjaan di Malaysia dijangka akan terkesan akibat kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Ditambah pula dengan inisiatif negara seperti Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan dan Rancangan Malaysia Ke-13 yang menekankan ketersediaan tenaga kerja, akses kepada peningkatan kemahiran yang berpatutan dan berasaskan peranan menjadi semakin kritikal.
Pratonton interaktif untuk pemilihan kursus yang lebih tepat
Selain harga tempatan, pengalaman pratonton kursus baharu membolehkan pelajar meneroka kandungan dengan lebih berkesan sebelum membuat pilihan.
Mereka boleh mengakses modul pertama bagi hampir semua kursus, termasuk tugasan bergred, video dan sokongan berasaskan AI.
Pengguna Malaysia juga akan terus menikmati akses percuma kepada Kursus Impak Komuniti (Community Impact Courses) yang memberi tumpuan kepada keperluan sosial yang mendesak, disertakan lagi dengan sokongan kewangan.
Ketika Malaysia berdepan transformasi AI dan digital, akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berpatutan sangat penting.
Justeru, Coursera berhasrat menyokong usaha kerajaan dalam peningkatan kemahiran dengan menawarkan kursus pratonton yang interaktif dan kos efektif.
Malah, Laporan Kemahiran Global turut merekodkan lonjakan 183% tahun ke tahun bagi pendaftaran kursus AI Generatif dalam kalangan pengguna Malaysia.
“Sebagai antara pasaran yang paling pesat berkembang dan aktif di Asia Pasifik, Malaysia sentiasa menjadi tumpuan dalam misi kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Coursera, Greg Hart.
“Pengalaman pratonton kursus baharu menjadikan pembelajaran lebih menarik sejak hari pertama dengan memperkaya cara pelajar meneroka kandungan, manakala harga tempatan pula mempermudah lagi aksesnya di seluruh negara.”
Dengan harga baharu ini, pelajar di Malaysia kini boleh mengakses *:
Sijil Profesional dan Pengkhususan bermula dari $29/bulan (sehingga 40% lebih murah) Coursera Plus Bulanan pada $35 (40% lebih murah) Coursera Plus Tahunan pada $239 (40% lebih murah) Skill Tracks baharu yang berasaskan peranan membantu organisasi mengatasi jurang kemahiran dengan lebih pantas
Coursera turut memperkenalkan Skill Tracks, iaitu sokongan pembelajaran yang berstruktur serta berasaskan peranan dalam Perisian & Produk, IT, Data, dan AI Generatif.
Ia dipacu oleh ‘Career Graph Coursera’ yang menggunakan jutaan data pasaran pekerjaan, kerangka kompetensi pihak ketiga, serta taksonomi kemahiran proprietari, bagi menyatukan aspek pekerjaan, kemahiran, dan kandungan pembelajaran — supaya organisasi dapat membina kemahiran yang tepat pada masa yang tepat.
Laporan Masa Depan Pekerjaan 2025 oleh Forum Ekonomi Dunia mendapati 63% majikan Malaysia melihat jurang kemahiran sebagai penghalang terbesar bagi transformasi perniagaan, sekali gus menegaskan keperluan mendesak terhadap peningkatan kemahiran yang praktikal dan berasaskan data.
Skill Tracks menyatukan kandungan pakar, latihan amali, dan pengesahan supaya pekerja boleh segera mengaplikasikan kemahiran baharu dan memacu hasil yang boleh diukur dengan lebih pantas.
Ciri-ciri utama Coursera Skill Tracks termasuk:
Pengalaman pembelajaran yang bersesuaian – Selain kandungan bertaraf dunia daripada peneraju industri dan universiti seperti Microsoft, Amazon Web Services, Yale, dan Stanford, pemimpin organisasi boleh menyesuaikan Skill Tracks dengan kandungan sendiri agar serasi dengan alatan, aliran kerja, dan keutamaan perniagaan.
Kelayakan yang ketat dan boleh dibuktikan – Pelajar memperoleh kelayakan yang berdasarkan tugasan sebenar, bagi menunjukkan mereka bukan sahaja telah mempelajari sesuatu kemahiran, tetapi juga mengaplikasikannya.
Cerapan masa nyata, selari dengan matlamat perniagaan – Pemantauan berterusan terhadap kemajuan pembelajaran dan kemas kini kandungan memastikan Skill Tracks kekal relevan dengan keperluan pasaran, selaras dengan perubahan kemahiran sesuatu jawatan, dan secara langsung menghubungkan pemerolehan kemahiran dengan prestasi serta pertumbuhan perniagaan.
Dalam beberapa bulan akan datang, Coursera akan melancarkan lebih banyak Skill Tracks dan ciri baharu yang dipertingkatkan.
Ini termasuk penilaian kemahiran bagi memastikan pelajar bermula pada tahap yang sesuai, serta mekanisme penilaian berasaskan prestasi yang memberikan kelayakan yang praktikal dan sejajar dengan keperluan kerja sebenar.
“Kini, syarikat-syarikat sedang melaksanakan teknologi baharu jauh lebih pantas berbanding kemampuan pekerja menyesuaikan diri, maka wujud keperluan untuk penyelesaian pembelajaran yang fleksibel dan diperibadikan,” tambah Greg Hart.
“Skill Tracks Coursera menyediakan pengalaman pembelajaran berasaskan kerjaya dan tugasan sebenar, menjadikannya satu langkah penting dalam membantu pelajar menguasai kemahiran yang relevan untuk memajukan kerjaya mereka.
Dengan menggabungkan kemahiran teknikal, kepakaran institusi, latihan praktikal dan pengesahan kemahiran, Skill Tracks memastikan proses pembelajaran kekal relevan serta boleh diaplikasikan dengan segera.”
Skill Tracks tersedia untuk pelanggan sedia ada Coursera yang mempunyai akses kepada katalog penuh. Pelanggan baharu boleh membeli Skill Tracks secara individu atau digabungkna dengan katalog penuh.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Coursera Skill Tracks dapat mempercepat pembangunan kemahiran, penerapan teknologi atau transformasi tenaga kerja, sila layari coursera.org/enterprise.
The post Coursera Perkenal Harga Tempatan, Sokong Agenda Latihan Semula Kemahiran Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/10/coursera-perkenal-harga-tempatan-sokong-agenda-latihan-semula-kemahiran-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apple Iphone 17 Pro Iphone 17 Pro Max Kini Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Harga Bermula Rm5 499

Apple Iphone 17 Pro Iphone 17 Pro Max Kini Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Harga Bermula Rm5 499

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2890 hits
Original Content Apple sekali lagi mencuri perhatian dunia teknologi dengan pengenalan siri telefon pintar terbaharunya iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max Dua model utama dalam keluarga iPhone tahun ini tampil dengan rekaan baharu peningka...
Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 3160 hits
Dalam dunia moden hari ini hampir semua perkara boleh dilakukan secara online membeli belah bekerja malah menonton wayang dari rumah sahaja Tidak terkecuali pendidikan anak anak Kini semakin ramai ibu bapa mula beralih kepada platform pembe...
Turun Harga Ron95 Dan Bantuan Sara Bbc Mohon Rakyat Kekalm Sokong Kerajaan

Turun Harga Ron95 Dan Bantuan Sara Bbc Mohon Rakyat Kekalm Sokong Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1799 hits
KUALA LUMPUR 23 Julai Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyeru rakyat Malaysia agar terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Ia susulan pengumuman beberapa langkah baharu yang disifatka...
Iphone 17 Malaysia Varian Spesifikasi Dan Harga

Iphone 17 Malaysia Varian Spesifikasi Dan Harga

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 3044 hits
iPhone 17 kini menjadi topik hangat dalam kalangan peminat teknologi di Malaysia Sebagai generasi terbaru dalam siri ikonik Apple iPhone 17 hadir dengan reka bentuk lebih moden prestasi dipacu cip berkuasa serta peningkatan keupayaan kamera...
Tablet Infinix Xpad 20 Pro Tiba Di Malaysia Harga Rasmi Rm999

Tablet Infinix Xpad 20 Pro Tiba Di Malaysia Harga Rasmi Rm999

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1853 hits
Infinix hari ini melancarkan XPAD 20 Pro tablet terbaru dalam siri XPAD untuk pasaran Malaysia Model ini hadir sebagai peningkatan daripada XPAD 20 yang diperkenalkan pada Julai lalu dengan paparan lebih besar prestasi dipertingkat dan ciri...
Rafizi Elit Politik Malaysia Perlu Muhasabah Dari Insiden Di Indonesia

Rafizi Elit Politik Malaysia Perlu Muhasabah Dari Insiden Di Indonesia

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 2467 hits
Rafizi RamliSeluruh dunia tertumpu kepada perkembangan di Indonesia apatah lagi kita di Malaysia yang serumpun dengan saudara saudara di Indonesia Reaksi rakyat Malaysia rata ratanya baik dan juga disambut baik oleh netizen Indonesia Banyak...
Who Did More Harm To Malaysia

Who Did More Harm To Malaysia

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 877 hits
The learned high court judge Alice Loke Yee Ching recently refused to grant leave for a convicted criminal Najib Razak to pursue a contempt proceeding against former attorney general Ahmad Terrirudin Salleh for allegedly suppressing a copy ...
Cara Nak Sertai Daftar Sumud Flotilla Ke Gaza

Howard Lee Flags Hurdles In Rare Earth Talks With China

Signing Up For An Account Texas88 Login Trusted

Laporan Rasmi Sncc Berhubung Situasi Terkini Gsf

Tia8king 31 Tia8king Top 54 By Delila

Best Dinner Recipes Good

Sertifikasi Halal Dapur Mbg Salah Satu Kebutuhan Mendesak Yang Tak Bisa Diabaikan

Lirik Lagu Mengukir Takdir The Helmis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Cara Urus Kewangan Peribadi Dengan Bijak Walaupun Gaji Kecil

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla

Contoh Pempengaruh Tone Deaf Pentingkan Wang Ada Gerakan Boikot Ameera Khan Rizalman

Jawablah Di Akhirat Nanti Datuk Aaron Aziz Kesal Video Boikot Diputar Belit Individu Tidak Bertanggungjawab

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar