Coronavirus Sebabkan Demam Selsema Serius Bawa Kematian


Datuk Dr Mohd Rushdan B Mohd Noor

Penyakit MERS-CoV, SARS beri gejala sama seperti wabak Wuhan
CORONAVIRUS adalah nama umum untuk sejenis virus yang menyebabkan demam selsema daripada selsema ringan hinggalah dalam bentuk serius sehingga menyebabkan kematian

Analogi mudah untuk faham adalah coronavirus macam nama bapa. Anak-anak akan dinamakan dengan nama masing-masing, tetapi berbinkan nama bapa yang sama

Jadi kita kenal anak itu daripada namanya, nama mereka berbeza tetapi semua mempunyai bapa yang sama

Setakat ini nama-nama anak yang sangat terkenal adalah MERS-CoV singkatan kepada Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus dan SARS-CoV (Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus)

Coronavirus ini dipanggil Zoonotik sebab boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia

Mereka boleh menjalani proses “antigenic shift” sehingga boleh menukar sasaran jangkitan daripada haiwan kepada manusia

MERS-CoV ditularkan daripada kelawar dan unta kepada manusia (mula dikesan di Arab Saudi), virus ini menyebabkan kematian seramai 800 orang di Timur Tengah sekitar tahun 2012

SARS-CoV pula dipercayai ditularkan daripada kelawar dan kucing civet kepada manusia (mula dikesan di Guangdong, China), mula menyerang manusia pada tahun 2002/2003 dan membunuh sekitar 700 orang di China dan Hong Kong

Kaedah sebenar bagaimana virus ini boleh menular daripada haiwan kepada manusia belum diketahui oleh ahli Sains, tetapi berkemungkinan melalui makanan ataupun kontak secara terus dengan haiwan-haiwan ini

Disebabkan manusia berpindah dan bergerak, virus-virus ini tersebar di banyak negara, tidak hairanlah mengapa negara kita juga tidak terkecuali

Sekarang ini lahir satu lagi ahli keluarga coronovirus yang belum dikenali, bukan MERS-CoV dan bukan SARS-CoV

Disebabkan ianya baru dilahirkan dan belum ada nama, maka ia diberi nama sementara sebagai 2019 Novel Coronavirus ataupun 2019-nCoV

Coronavirus yang baru ini dipercayai lahir di daerah Wuhan negeri China pada tahun 2019 dan seperti juga dengan MERS-CoV dan SARS-CoV, 2019-nCoV juga adalah zoonotik

Haiwan yang menjadi tempat asal coronavirus yang baru ini berkemungkinan daripada kelawar dan ular

Disebabkan ketiga2 adik-beradik ini daripada keluarga yang sama, maka mereka memiliki beberapa ciri-ciri persamaan

Mereka memberi gejala-gejala yang lebih kurang sama iaitu demam, selsema, batuk, sesak nafas dan di dalam kes yang serius menyebabkan radang paru-paru dan kematian

Kaedah penyebaran pun hampir sama. Setakat ini, belum ada vaksin dan antiviral yang berkesan untuk mencegah dan merawatnya

Pada waktu yang sama mereka juga memiliki perbezaan dan salah satu daripadanya adalah tahap keganasan (kalau dalam keluarga, tahap kenakalan dan kejahatan)

Memang sukar untuk mengukur tahap keganasan virus-virus ini kerana ahli sains perlu menentukan bilangan manusia yang dijangkiti dan yang mati

Bilangan yang mati mungkin lebih mudah tetapi untuk menentukan jumlah orang yang dijangkiti memang sukar kerana ramai yang terlepas daripada dikesan dan ada juga yang tidak mempunyai gejala

Selalunya data yang diperolehi lebih rendah dari bilangan sebenar. Kadar kematian adalah salah satu ukuran tahap keganasan

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar kematian akibat jangkitan MERS-CoV adalah 34 peratus, maksudnya daripada 100 orang yang dijangkiti, 34 orang akan mati
Manakala kadar kematian jangkitan SARS-CoV pula adalah 9.6 peratus

Kadar kematian 2019-nCoV pula masih tidak diketahui dengan tepat kerana penyakit ini masih merebak tetapi kajian awal setakat ini mungkin di dalam lingkungan 3 hingga 4 peratus

Ia akan berubah mengikut masa dan ketepatan data

Satu lagi perbezaan dari aspek tahap keganasan adalah sejauh mana ia boleh merebak sesama manusia

Ahli Sains menggunakan ukuran R0, simbul untuk “Basic Reproduction Number”

Contohnya kalau R0 bernilai 2, maksudnya seseorang pesakit akan menjangkiti 2 orang lain dalam satu2 masa

Jadi, lagi tinggi nilai R0, maka semakin mudah jangkitan disebarkan

R0 untuk virus MERS-CoV adalah kurang dari 1 dan SARS-CoV 2-5. Kajian awal ke atas 2019-CoV menunjukkan R0 nya adalah di dalam lingkungan 3.30-5.40

Untuk perbandingan dengan virus-virus lain, Ro virus campak adalah 12-18, virus Polio 5-7, virus Rubella 6-7 dan virus Ebola 2

Jumlah kematian akibat jangkitan virus dipengaruhi bukan sahaja oleh kadar kematian dan R0, tetapi juga faktor-faktor manusia, keberkesanan program pencegahan dan rawatan di sesebuah negara

Walaupun kadar kematian tidak tinggi, jika berlaku di tempat yang populasinya padat dan sering bergerak, ditambah pula dengan kelemahan mengawal penyebaran penyakit maka bilangan yang akan dijangkiti tentulah tinggi

Maka apabila jumlah yang dijangkiti tinggi, jumlah kematian juga tinggi

Kadar kematian juga tinggi dalam kalangan kanak2, orang tua dan yang menghidap penyakit2 kronik lain

Paling membimbangkan adalah jika jangkitan virus ini berlaku di negara yang padat dan mundur di mana program pencegahan, kawalan dan rawatan penyakit kurang berkesan

Negara kita adalah di antara negara yang mempunyai program kesihatan yang terbaik di dunia, maka percayalah kepada perancangan dan tindakan yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan KKM
 * Datuk Dr Mohd Rushdan B Mohd Noor
Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Obstetriks & Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah


RUJUKANMahase E. China Coronavirus: What do we know so far. BMJ 2020;368:m308 doi: 10.1136/bmj.m308 (Published 24 January 2020)World Health Organization. Middle East respiratory syndrome coronavirus (MERS-CoV).https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/middle-east-respiratory-syndrome-coronavirus-(mers-cov)World Health Organization. WHO MERS global summary and assessment of risk. Aug2018. https://www.who.int/csr/disease/coronavirus_infections/risk-assessment-august-2018.pdf.World Health Organization. Consensus document on the epidemiology of severe acuterespiratory syndrome (SARS). https://www.who.int/csr/sars/en/WHOconsensus.pdfZhao S, Ran J, Musa SS, et al. Preliminary estimation of the basic reproduction number of novel coronavirus (2019-nCoV) in China, from 2019 to 2020: A data-driven analysis in the early phase of the outbreak. doi: https://doi.org/10.1101/2020.01.23.916395. Posted Jan 24 2020.Al-Hazmi A. Challenges presented by MERS corona virus, and SARS corona virus to global health. Saudi J of Biological Sciences, 2016; http://dx.doi.org/10.1016/j.sjbs.2016.02.019
https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.01.23.916395v1https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/middle-east-respiratory-syndrome-coronavirus-(mers-cov)https://www.medicalnewstoday.com/articles/262538.php



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/coronavirus-sebabkan-demam-selsema.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Alasan Virus Corona Bisa Sebabkan Kematian

Ini Alasan Virus Corona Bisa Sebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 222 hits
Berikut penjelasan mengapa virus corona bisa menyebabkan kematian
Video Pemandu Mabuk Dibelasah Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal

Video Pemandu Mabuk Dibelasah Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 1030 hits
Akhir akhir ini kerap kali kita di sajikan kes kemalangan yang melibatkan pemabuk melanggar pengguna jalan raya lain Hari ini tersebar satu kes terbaru pemabuk melanggar 3 pengguna jalan raya hingga menyebabkan kematian Kejadian yang berlak...
Hb Rendah Masa Hamil Boleh Sebabkan Kematian Bayi Ibu Boleh Alami Jantung Lemah Rosak

Hb Rendah Masa Hamil Boleh Sebabkan Kematian Bayi Ibu Boleh Alami Jantung Lemah Rosak

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 322 hits
Anemia atau lebih dikenali sebagai masalah HB rendah banyak dihadapi oleh ibu ibu hamil Walau pun ia masalah yang biasa perkara ini tidak semestinya diambil mudah Dalam jangka masa panjang jantung ibu boleh jadi lemah dan rosak Pemeriksaan ...
Coronavirus Xi Jinping Kata China Dalam Keadaan Serius

Coronavirus Xi Jinping Kata China Dalam Keadaan Serius

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 343 hits
REUTERS Presiden China Xi Jinping menyifatkan China berdepan keadaan serius susulan peningkatan kematian akibat wabak coronavirus menyuramkan sambutan tahun baru Cina yang bermula semalam Dengan lebih 1 400 orang dijangkiti di seluruh dunia...
Tak Nak Susahkan Isteri Berpantang Suami Bawa Bayi Check Demam Kuning Sendiri

Tak Nak Susahkan Isteri Berpantang Suami Bawa Bayi Check Demam Kuning Sendiri

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 439 hits
Menghargai penat lelah serta kesakitan isteri melahirkan zuriat para suami yang bertanggung jawab akan melakukan apa sahaja untuk memudahkan proses berpantang suri hatinya Ketika bersalin nyawa si isteri dipertaruhkan maka selayaknya diberi...
China Didakwa Merahsiakan Jumlah Kematian Sebenar Jumlah Kematian Wabak Coronavirus Jauh Lebih Tinggi

China Didakwa Merahsiakan Jumlah Kematian Sebenar Jumlah Kematian Wabak Coronavirus Jauh Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1035 hits
Jumlah kematian akibat wabak koronavirus China mungkin lebih tinggi daripada angka rasmi kerana jumlah mayat yang telah dibakar dilakukan dengan tergesa gesa Pekerja bahagian krematorium di bandar Wuhan mendakwa bahawa mayat mayat yang diha...
Doktor Bawa Bayi Keluar Dari Dewan Bedah Ibunya Disyaki Jangkit Coronavirus

Doktor Bawa Bayi Keluar Dari Dewan Bedah Ibunya Disyaki Jangkit Coronavirus

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 383 hits
Apalah perasaaan seorang ibu kan bila dia tak dapat melihat anaknya yang baru lahir Baru baru ini ada page yang bernama globaltimesnews di Twitter berkongsi satu video mengenai seorang bayi dibawa keluar dengan segera kerana ibunya disyaki ...
Suami Bawa Kepala Isterinya Yang Dipenggal Di Jalan Raya Buat Orang Ramai Lari Ketakutan

Suami Bawa Kepala Isterinya Yang Dipenggal Di Jalan Raya Buat Orang Ramai Lari Ketakutan

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 272 hits
Seorang lelaki dirakam membawa kepala isterinya di jalan raya selepas dia membunuh wanita itu Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Sabtu lalu di Bahadurpur Uttar Pradesh India video menunjukkan Akhulesh Rawat 30 membawa kepala isterinya Ra...
2 Sambal Hitam Wajib Bawa Ketika Travel Sambal Mook Dan Lava Crunchy Dari Kayu Tiga

2 Sambal Hitam Wajib Bawa Ketika Travel Sambal Mook Dan Lava Crunchy Dari Kayu Tiga

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 578 hits
2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa suka makan pedas Siapa yang boleh putus selera kalau tak ada makanan yang pedas Okay sebenarnya mummy lah ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner