Coronavirus Disease 2019 Di Malaysia



Coronavirus19 (COVID-19) Di Malaysia. Assalamualaikum semua! Ruby sebenarnya nak buat satu artikel berkenaan COVID-19 ni. Memandangkan ia isu global dan Ruby sentiasa kemaskini berita tentang kes ini melalui video berita antarabngsa, laman web statistik jangkitan, video Youtube negara yang dijangkiti, kemaskini dari Telegram MKN dan laman media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan Tik Tok. Ia amat menyedihkan apabila virus ini merebak dengan cepat dan kita tidak sangka ia meragut nyawa ramai orang. Ruby rasa, ini menjadi artikel amat bermanfaat bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia mengharunginya. Penulisan ini dari perspektif Ruby yang bekerja sebagai blogger, isteri, ibu kepada dua orang anak dan kami patuh Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac - 31 Mac 2020) yang di laksanakan oleh kerajaan melalui perutusan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac 2020 8 Malam. Ruby akan kongsikan serba sedikit kes Coronavirus sehingga 20 Mac 2020 dengan anda. Artikel ini sangat panjang. Semoga bermanfaat.

Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Di MalaysiaMalaysia, negara ini terlalu banyak berita viral. Dari kisah politik, kisah selebriti dan kisah Covi-19. Semuanya trending dibahaskan oleh netizen. Tapi agak lucu apabila netizen tahu tentang semua perkara mengalahkan media yang membuat liputan di lokasi. Ruby juga mengalami kebanjiran "fake news" di Whatsapp Group (WG). Dalam dunia digital begini, WG ada 10. Nak tahu ia group kategori apa? Keluarga Ruby, keluarga suami, keluarga besar sebelah Ruby, keluarga lagi besar sebelah Ruby, sekolah anak, taska anak, kawasan perumahan, bangunan rumah, online media team dan bisnes. Sebagai ahli dalam WG, kita nak tegur semua orang memang tak boleh. Ada yang mudah percaya perkara-perkara yang di forward. So, kita kaji dulu dan barulah forward jika ia sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain

Berkenaan isu Coronavirus Disease 2019, permulaan ketara di Malaysia adalah sekitar bulan Februari 2020. Pada awal Disember 2019, netizen berdebat tentang Influenza. Ramai mencari vaksin Influenza. Sehingga habis stok di klinik dan hospital swasta. Harga juga meningkat apabila permintaan tinggi. Ada juga netizan berbalah tentang nama Influenza, H1N1 dan SARS. Sebab mereka keliru dengan nama jenis-jenis virus ni. Tiap kali virus ini berevolusi dan bermutasi. Maka ia akan membentuk kepada sesuatu yang baru. Fail nama baru juga akan dicatatkan agar mudah untuk menjalankan kajian. Mungkin untuk mencari antivaksin juga. 

Seterusnya apabila orang ramai sibuk mencari vaksin, muncul masyarakat yang antivaksin. Malah mengutuk tindakan kami yang akur saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kekal sihat. Tahukah anda ia satu kelegaan apabila anak-anak kami berjaya mendapatkan vaksin bayi sehingga usia 3 tahun tu? Iya kadang-kadang anak ada demam, selsema, HFMD dan Chicken Pox. Tapi itulah caranya sistem imun anak-anak bertindak. Kita dah vaksin, selebihnya serahkan kepada Allah s.w.t. Betul tak?

Apa itu COVID-19?Coronavirus disease (COVID-19) juga dipanggil 2019-nCov, 2019 Novel Coronavirus. Coronavirus adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti Middle East Respiratory Syndrome-related coronavirus (MERS-CoV) dan Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS-CoV)


Kronologi COVID-19Pada 31 Disember 2019, WHO China Country Office dimaklumkan mengenai kes-kes pneumonia etiologi yang tidak diketahui (punca yang tidak diketahui) dikesan di Wuhan City, Provinsi Hubei China. Dari 31 Disember 2019 hingga 3 Januari 2020, sejumlah 44 kes-kes pesakit dengan pneumonia etiologi tidak diketahui dilaporkan kepada WHO oleh pihak berkuasa kebangsaan di China.  Semasa tempoh yang dilaporkan, ejen kausal tidak dikenalpasti

Pada 11 dan 12 Januari 2020, WHO menerima maklumat terperinci lanjut dari Suruhanjaya Kesihatan Negara China bahawa wabak itu berpunca dari pasar basah Huanan Seafood Wholesale Market di Wuhan City. Di pasar ini menjual haiwan exotic dan kesemuanya dicampur dalam satu tempat yang padat dengan pelbagai hidupan laut dan darat

Pihak berkuasa China mengenal pasti coronavirus jenis baru, yang diasingkan pada 7 Januari 2020. Pada 12 Januari 2020, China berkongsi urutan genetik coronavirus novel untuk negara-negara lain gunakan dalam membangun kit diagnostik tertentu. Pada 13 Januari 2020, Kementerian Kesihatan Awam, Thailand melaporkan kes pertama daripada Coronavirus (2019-nCoV) yang disahkan oleh makmal dari Wuhan, Wilayah Hubei, China

Pada 15 Januari 2020, Ministry of Health, Labour and Welfare, Japan (MHLW) melaporkan kes pertama daripada (2019-nCoV) yang telah disahkan oleh makmal  dari Wuhan, Wilayah Hubei, China. Pada 20 Januari 2020, National IHR Focal Point (NFP) untuk Republik Korea melaporkan kes pertama novel Coronavirus di Republik Korea. Sehingga 20 Januari 2020, 282 kes yang disahkan 2019-nCoV telah dilaporkan dari empat negara termasuk China (278 kes), Thailand (2 kes), Jepun (1 kes) dan Republik Korea (1 kes)

Jadi, bagi negara Malaysia. Kes pertama adalah pada 24 Januari 2020 dan kita masih di dalam keadaan terkawal

Selepas 11 Hari Tiada Kes COVID-19 Di MalaysiaKita dikejutkan dengan peningkatan pesakit COVID-19 apabila pegawai kesihatan dapat mengesan sejarah perjalanan mereka. Selain dari pelajar pulang ke Malaysia, warga Malaysia pulang dari melancong atau pekerja asing pulang ke Malaysia. Mereka ini berkemungkinan bergejala, tetapi tidak self quarantine selama 14 hari dan meneruskan aktiviti macam biasa. Malah menyertai Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur. Kesannya? Wabak ini tersebar dengan mudah. Lebih kurang 14,500 rakyat Malaysia hadir. 

World Health Organization (WHO) Umum COVID-19 Adalah PandemicPenyakit virus COVID-19 yang melanda sekurang-kurangnya 114 negara dan menewaskan lebih 4,000 orang kini secara rasmi adalah Pandemik, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan pada Rabu 11 Mac 2020


"Ini adalah pandemik pertama yang disebabkan oleh Coronavirus," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat di Geneva. Kali pertama WHO telah mengumumkan wabak sebagai pandemik adalah ketika wabak H1N1 "swine flu (selesema babi)" pada tahun 2009.
Walaupun dinaikkan kecemasan kesihatan ke tahap tertinggi, Tedros berharap bahawa COVID-19 dapat dikurangkan. Beliau menggesa semua negara mengambil tindakan sekarang untuk menghentikan penularan penyakit itu

Majlis Keselamatan Negara Menubuhkan Group Telegram Pada 12 Mac 2020Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan. Inisiatif ini amat membantu masyarakat untuk terus mengetahui situasi terkini tentang COVID-19. Terima kasih diatas usaha ini. 

Klik https://t.me/MKNRasmi untuk sertai. 
20 Saat Mencuci TanganRutin mencuci tangan menjadi biasa apabila saranan dari KKM untuk sentiasa menjaga kebersihan tangan kita. Sama ada mencuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Langkah-langkah pembersihan adalah sama


Etika Batuk / BersinRuby masih ingat lagi etika batuk dan bersin mak abah ajar. Tutup mulut dan hidung dengan kain sapu tangan atau tangan. Kemudian basuh tangan tersebut bersih-bersih di sinki. Pada 11 Januari 2020 Ruby telah menghadiri program Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital membawa ABC untuk pengetahun kesihatan kembali. Ia adalab program kebersihan diri bersama anak-anak di wad kanak-kanak tingkat 6. 

Infectious Disease Consultant, Dr Yazli Yuhana dari KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital telah menerangkan etika batuk dan bersin. Ramai yang batuk dan bersin tidak menutup mulut serta hidung. Ia akan memudahkan virus merebak. Jadi, amalkan etika ini untuk kesihatan bersama. Mesti kita tidak mahu anak-anak kita dijangkiti. Mulakan etika dari diri kita dan orang terdekat kita iaitu anak-anak dan suami

Salah Anggap COVID-191. Pengering tangan tidak membunuh COVID-19 tetapi gunakan pencuci berasaskan alkohol untuk membersihkan tangan. Sabun dan air juga sudah mencukupi

2. Bungkusan dari negara China selamat. Coronavirus tidak dapat hidup lama pada objek

3. Minum air panas tidak akan membunuh Coronavirus, malah ia boleh mencederakan Esophagus anda. 
Dr Steven Chow Kim Weng, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM)
Pakai Topeng Penutup Mulut, Hidung Dan Hand Sanitizer Apabila Keluar RumahKebiasaannya topeng muka dan hand sanitizer sentiasa Ruby beli. Wajib restock. Akak tetapi, pada Disember 2019, stok seakan berkurangan di farmasi berdekatan Ruby. Seperti mereka mengetahui sesuatu berlaku. Kemudian, Ruby cuba mencari secara dalam talian di Shopee dan Instagram. Semuanya menjual pada harga yang tidak masuk akal. Sebagai pengamal media, situasi ini amat membimbangkan. Jika Ruby tidak sempat untuk menyediakan topeng muka dan hand sanitizer. Bagaimana rakyat yang lain? Altenatif lain banyak dimaklumkan oleh KKM bahawa cukup hanya membasuh tangan dengan sabun dirumah kita dan topeng hanya dipakai oleh orang yang sakit. 


Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac - 31 Mac 2020Semasa Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Ruby fikir ia perkara biasa. Sebab Ruby bekerja dari rumah dan anak-anak sedang cuti sekolah. Tetapi dalam tidak sedar, ada ibu bapa lain yang mengambil keadaan ini untuk pulang ke kampung. Astagfirullahalazim. Rakyat Malaysia ni memang kena diberi pendidikan dan peringatan sentiasa ya? Walau dah berusia dan mendapat ilmu tinggi-tinggi, tetapi bab Perintah Kawalan Pergerakan dan Wabak memang tak faham eh? Urut kepala tengok perangai masing-masing. Belum campur yang masih melakukan kenduri, berniaga di pasar dan makan di restoran. 

Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:
إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُYang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Ramai masyarakat kita masih menganggap apabila COVID-19 ni tidak terkena kepada diri sendiri atau ahli keluarga mereka. Mereka sewenang-wenangnya ambil perkara ini ringan? Apabila ada satu kes di kawasan Ruby, Ruby terus cakap dekat anak-anak tentang Ccoronavirus. 
Masyarakat Panik Dan Memborong Di Pasaraya Tanpa PeduliSelepas berita tentang lebih 14,500 peserta menyertai Itjimak Tabligh, keadaan menjadi lebih menakutkan. Ia tidak setakut apabila Pengarah UDA, Idris Elba, Isteri Perdana Menteri Kanada dan Salon di Melawati Mall disahkan positif COVID-19. Apabila aktiviti keagamaan menjadi punca utama, maka seluruh bangsa tidak kira agama akan ambil langkah berjaga-jaga. Mempersiapkan keperluan isi rumah kerana khuatir jika Perintah Berkurung dilaksanakan. Walaupun tiada Perintah Berkurung, masyarakat panik sebab pesakit COVID-19 semakin meningkat. Sama ada negatif, self quarantine dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Semua jadi panik. Bermulalah, episod membeli barang keperluan asas. Tapi, mereka membeli berlebihan. Mungkin itu kiraan tepat matematik untuk 2 minggu iaitu 14 hari. Dalam masa 14 hari duduk di rumah pastinya mencabar. Tapi lagi mencabar pekerja barisan hadapan iaitu Jururawat, Doktor, Polis, Tentera dan Perdana Menteri Malaysia sendiri. Moga selepas membeli secara berlebihan ni, kalian dudul di rumah ya. Jangan keluar

 Sumber gambar dari www.malaymail.com
Stay At Home, Be SafeApabila YAB Perdana Menteri umumkan Stay at Home, maka setiap syarikat swasta sudah bersiap sedia. Human Resources mengeluarkan memo kepada semua pekerja untuk Work From Home. Sektor kerajaan juga bersiap sedia untuk Work From Home. Hari Selasa 17 Mac 2020 adalah hari terakhir suami Ruby mengemas barang-barang di pejabat untuk dibawa pulang. Dia bekerja sebagai Design Engineer, maka bawa pulang laptop sudah memadai. Jika yang bekerja dengan desktop, kena bawa pulang desktop. Jadi kena set ruang kerja yang selesa di rumah. Suami Ruby boleh bekerja dalam persekitaran senyap, tetapi bila bekerja di rumah dengan "backup vocal" dari si Adam dan Alif. Maka, jeng jeng jeng. 
Selain dari anak-anak seronok Ayah mereka ada di rumah, Ruby pun seronok la memasak tiap beberapa jam. Sarapan pagi ada, nasi berlauk ada, kudap-kudap minum petang ada dan western dinner pun ada. Kahkahkah. Bersenam belum mula lagi, mungkin akan gunakan youtube dan Chromecast di televisyen. Semuanya di hujung jari kan. 
Hari pertama - 18 Mac 2020
Hari kedua - 19 Mac 2020
Hari ketiga - 20 Mac 2020
Medium Makluman Tentang COVID-19 100% Melalui Media SosialKita semua sedia maklum bahawa penggunaan aplikasi media sosial adalah medium yang paling dekat dengan rakyat Malaysia. Telegram, Whatsapp, Shopee, Grab, Google, Facebook, Instagram, Youtube, Tik Tok dan Foodpanda. Selain itu, Telco di Malaysia juga menghantar SMS peringatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Inisiatif dari semua pihak amat positif dan Ruby berterima kasih untuk mesej-mesej kesedaran ini



Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020)Seluruh dunia tahu kempen Melawat Malaysia 2020 sedang berlangsung. Pada 18 Mac 2020, YAB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Budaya dan Seni telah mengumumkan pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) serta merta. 

Berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengambil ketetapan seperti berikut:-
1. Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020); 2. Pembekuan semua urusan kaunter dan perkhidmatan atas talian bagi Permohonan Baru, Pembaharuan Lesen Pengendalian Pelancongan, Pemandu Pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan Pendaftaran Penarafan Premis Penginapan Pelancongan, SPA dan Pusat Urutan Kaki (PUK); 
Oleh itu, saya ingin memaklumkan bahawa Kempen Melawat Malaysia (VM2020) adalah DIBATALKAN sejajar dengan impak penularan wabak COVID-19 yang  memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia dan dunia secara amnya. Perkara ini berkuatkuasa serta merta. Berita lanjut di https://www.ruby.my/2020/03/pembatalan-kempen-melawat-malaysia-2020.html?m=1
Rakyat Masih Ingkar, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Akan Bantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pantau KeadaanMenteri Perhanan Malaysia, YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mengadakan sidang media pada 19 Mac 2020 dan memaklumkam beberapa intipati untuk rakyat yang masih berdegil keluar berurusan tanpa kepentingan. 



Situasi Terkini COVIC-19 Pada 20 Mac 2020Malaysia berada di kedudukan nombor 17 dan ini menempatkan di carta Top 20 di dunia. Seluruh dunia sedang bertungkus lumus melawan wabak ini dari berterusan merebak. Jumlah kes dunia melebihi 250,000 kes dan kematian melebihi 10,000 kes. Kematian di Italy melebihi kematian di China. Kematian di Sepanyol melepasi 1,000 orang & menghampiri 20,000 kes. Kes di German melebihi 16,000. Kes USA melebihi 14,000 & kematian meningkat 155 orang. Putera Albert of Monaco positif Covid-19. Israel meningkat 677 kes. Indonesia melonjak di tempat kedua selepas Malaysia di Asia Tenggara. Malaysia nombor 17 dari 181 negara, memotong kedudukan Jepun

1. China 🇨🇳 81,2642. Italy 🇮🇹 41,0353. Iran 🇮🇷 18,4074. Sepanyol 🇪🇸 17,9635. Jerman 🇩🇪 15,3206. Amerika Syarikat 🇺🇲 13,6807. Perancis 🇫🇷 10,8868. Korea Selatan 🇰🇷 8,5659. Switzerland 🇨🇭 4,07510. UK 🇬🇧 2,71611. Netherlands 🇳🇱 2,46512. Austria 🇦🇹 2,01313. Belgium 🇧🇪 1,79514. Norway 🇧🇻 1,74615. Sweden 🇸🇪 1,43916. Denmark 🇩🇰 1,22517. MALAYSIA 🇲🇾 1,03018. Japan 🇯🇵 92419. Canada 🇨🇦 80020. Portugal 🇵🇹 785

Kes Kematian COVID-19 Di Malaysia Meningkat Kepada 3 OrangTiga kematian COVID-19 iaitu pada :
17 Mac 20201. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia hari ini. 
2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hosp. Umum Sarawak pd 14 Mac. Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac

20 Mac 20203. Pesakit kes ke-152 lelaki warga tempatan 58thn dari kluster kes tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau jam 6.27 petang ini. 
Titah Diraja Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Tepat jam 8 malam 20 Mac 2020, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah menitahkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dlm membasmi penularan wabak COVID-19 mulai Ahad 22 Mac 2020 jam 1201 pagi


Pusat Panggilan COVID-19Banyak agensi kerajaan telah membuka talian untuk rakyat menghubungi mereka. Jika, ada sebarang pertanyaan. Gunakan perkhidmatan ini sebaiknya


*Artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. InsyaAllah

Sumber dan Info dari :Majlis Keselamatan Negarawww.who.intwww.moh.gov.mywww.ms.m.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2020/03/coronavirus-disease-2019-covid-19-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coronavirus Disease 2019

Coronavirus Disease 2019

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 275 hits
Ada pertambah negara dalam statistik yang dikeluarkan pada 9 Mac 2020 jam 6 00 petang Negara Albania catatkan 2 kes positif jangkitan COVID 19 Jumlah keseluruhan negara yang terlibat adalah 105 Jumlah kematian di Amerika Syarikat meningkat ...
Highlighting The Best Performing E Commerce Companies In Malaysia 2019

Highlighting The Best Performing E Commerce Companies In Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 387 hits
It is well known that the e commerce market plays a huge role in contributing to Malaysia s internet economy According to Google and Temasek the Southeast Asian Internet economy Gross Merchandise Value rose to US 100 billion in 2019 an incr...
Malaysia Mencatatkan Kematian Pertama Akibat Coronavirus Hari Ini

Malaysia Mencatatkan Kematian Pertama Akibat Coronavirus Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 618 hits
Malaysia Mencatatkan Kematian Pertama Akibat Coronavirus Hari Ini Benda yang paling ditakut takut telah berlaku apabila hari ini Malaysia telah mencatatkan kematian pertama akibat Coronovirus Apa yang merisaukan bukan 1 tetapi 2 kematian Be...
Andai Malaysia Lockdown Macam Negara Lain Yang Teruk Kena Coronavirus Apa Kita Kena Buat

Andai Malaysia Lockdown Macam Negara Lain Yang Teruk Kena Coronavirus Apa Kita Kena Buat

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 467 hits
Andai Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus apa kita kena buat First Tenang Dan bertindak sewajarnya Lockdown ni terkurung sikit je Bukan macam Palestin yang kena kurung makanan dan perlindungan semua tak ada ada m...
Rare Earth Miner Lynas Closes Malaysia Plant Due To Coronavirus Curbs

Rare Earth Miner Lynas Closes Malaysia Plant Due To Coronavirus Curbs

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 214 hits
Lynas the world s largest rare earths producer outside China said its flagship mine Mt Weld in Australia will continue to operate SYDNEY Rare earths producer Lynas Corp said on Monday it closed its processing plant in Malaysia temporarily a...
Coronavirus Tests Where Does Malaysia Stand

Coronavirus Tests Where Does Malaysia Stand

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 290 hits
How are we faring in our testing of suspected cases of coronavirus This graph shows where we stand among a group of selected countries of interest The figures are for tests per million people Note that countries with more tests tend to me t...
Malaysia S Preventable Coronavirus Disaster

Malaysia S Preventable Coronavirus Disaster

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 210 hits
On March 1 Malaysia s recent political crisis moved to a resolution after nearly two weeks of drama That very same day on the outskirts of the capital 16 000 members of an Islamic missionary movement called Tablighi Jama at were wrapping up...
Jika Malaysia Lock Down Jangan Panik Bertenang Beli Barang Ikut Keperluan Sahaja

Jika Malaysia Lock Down Jangan Panik Bertenang Beli Barang Ikut Keperluan Sahaja

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 813 hits
Lock down atau istilahnya perintah berkurung hanya akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Namun setakat hari ini masih belum ada sebarang perintah berkurung yang dikeluarkan rentetan wabak Covid 19 JIKA MALAYSIA LOCKDOWN JANGAN PANIK Ramai ya...
Pn Pelabur Asing Letak Harapan Ekonomi Malaysia Terus Jatuh

Pn Pelabur Asing Letak Harapan Ekonomi Malaysia Terus Jatuh

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 332 hits
Dua minggu selepas kerajaan kudeta Muhyiddin Yassin ditubuhkan ekonomi Malaysia tidak menunjukkan tanda tanda beransur pulih sebaliknya mungkin menghadapi situasi yang lebih buruk Pemerhati ekonomi Jameson Tan berkata pelabur asing mula mel...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut