Corona Virus Pendemic 2020
nak jugak tepek kat rumah maya kak rose ni kisah tentang wabak corona virus yang telah menjadi pendemic di seluruh dunia, terima kasih pada pada yang kongsikan di fb dan mohon izin nak copy n paste kat sini pulak ya..
HARI NI BERMULA FASA 4 29 April 2020
Nak simpan jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur


18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 101 APR - 14 APR 2020 fasa 215 APR - 28 APR 2020 fasa 329 APR - 12 MEI 2020 fasa 4
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh


PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid

Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung

Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai mlm raya.

harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah

Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what's app.

Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.


Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lps hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai

Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup

Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Xtvt riadah dan bersenam dalam rumah.

Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn kahwin online.


Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup

Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan

Taman permainan kanak - kanak ditutup

Kekurangan stok penutup muka, gaun,dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan

Kekurangan alat bantuan pernafasanbagi pesakit kritikal

Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

Rak - rak di kedai menjadi kosong

Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.


Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting

Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.


Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari

Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.


Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar

Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah

Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga

"Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020



Kenapa saya copy paste status ini
Kerana, satu hari nanti, sesiapa yang membaca kisah ini akan sama sama berusaha supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang
Nikmat mana lagi yang kita dustai
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasihLakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lainKita semua adalah satu !





#copyNpaste#forMyReference#stayathome#dudukrumah#coronavirus#covid19#staysafe#kitapastimenangKopi&pasta...akan jd kenangan abadi selamanya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://seripayaku.blogspot.com/2020/04/corona-virus-pendemic-2020.html