Coolblog Perkenal Minuman Geisha Garden Perisa Yubari Lemon Dan Sakura Lemon
Assalamualaikum dan hi korang..baru-baru ni zaza ternampaklah iklan Coolblog dekat laman sosial yang mana Coolblog ada memperkenalkan minuman siri terbaru iaitu Geisha Garden. Memandangkan sekarang ini sedang berlangsungnya temasya sukan Olimpik Tokyo 2021, Coolblog mengabdikan keunikan rasa dan budaya Jepun dengan memperkenalkan siri Geisha Garden ini bermula Julai 2021 sehingga Ogos 2021. Btw, jomlah kita bersama-sama memberi sokongan buat para atlet negara kita yang terlibat dalam sukan Olimpik Tokyo ini. Semoga ada kejayaan buat mereka.
Memandangkan zaza berkesempatan untuk ke bandar, jadinya sempatlah zaza singgah Coolblog sekejap untuk membeli minuman baru ini.
Bagi siri Geisha Garden ini, ada dua jenis minuman smoothies iaitu Yubari Sakura dan Sakura Lemon hasil sumber inspirasi daripada kehalusan budaya, kelembutan tradisi dan keunikkan rasa negara Jepun
Geisha Garden, Perisa Yubari Lemon dan Sakura Lemon yang Sedap!Perisa Yubari Lemon dihasilkan dari buah melon dimana buah melon merupakan buah yang terkenal di Jepun dan menjadi rebutan ramai. Rasa premium buah melon Jepun yang diadun dengan krim keju yang lazat. Dipadankan pula dengan jeli pearl gula perang. Dengan setiap sedutan seakan, terasa seperti dibawa ke negara Jepun!
Yubari Lemon
Perisa Sakura Lemon pula diilhamkan dari bunga kebangsaan negara Jepun iaitu bunga Sakura ( Cherry Blossom ) yang melambangkan semangat baharu dan sifat optimistik. Memandangkan Tokyo merupakan tuan rumah bagi sukan Olimpik musim panas pada tahun ini, juga sempena penglibatan atlet negara kita dalam sukan terbabit, Smooties Sakura Lemon ini menjadi simbol sokongan kita terhadap perjuangan atlet tempatan dalam usaha mengharumkan nama negara.
Sakura Lemon
Dengan gabungan segar bunga sakura dan jus buah lemon, Sakura Lemon adalah minuman yang sesuai untuk dinikmati pada musim panas sekaligus dapat memberikan kesegaran buat penggemar minuman Coolblog
Menurut Lew Sue Li,Ketua Pegawai Eksekutif, Coolblog,
"Kempen siri Geisha Garden yang dilancarkan serentak di kesemua rangkaian Coolblog seluruh negara pada hari ini adalah satu lagi tanda kami memperkenalkan rasa unik negara luar kepada para penggemar minuman Coolblog. Bersempena dengan acara sukan terbesar didunia iaitu sukan Olimpik di Tokyo yang akan berlangsung mulai 23hb Julai 2021, tenaga kerja dibelakang siri baharu kami ini telah berjaya mencari idea kreatif dengan menjadikan negara Jepun sebagai inspirasi untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan. Setelah kami berjaya memperkenalkan beberapa siri minuman berdasarkan negara luar, kami percaya siri Geisha Garden ini bakal menambat tunas rasa para Cool Lovers.
Apa yang menarik pada kempen Geisha Garden ini adalah pada strategi kami dalam mengangkat nilai tradisi dan memberi fokus kepada simbol utama negara Jepun iaitu buah melon dan bunga sakura. Tatkala kita membicarakan tentang buah melon dan bunga sakura, pasti kesegaran bau dan rasa kedua-duanya menarik perhatian kita dan kami berjaya menyajikan keunikan rasa itu didalam siri minuman baharu kami.
Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang berkualiti dalam setiap minuman yang kami sajikan kepada pengguna. Dengam memberikan olahan dan sentuhan tersendiri Coolblog kami berharap siri Geisha Garden ini dapat menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.”
Selepas zaza rasa kedua jenis minuman ini, zaza rasa lebih menyukai minuman perisa Yubari Lemon. Rasanya yang cukup sedap dengan rasa melon dan krim keju kena dengan tekak zaza. Kalau tanya zaza akan beli lagi tak Yubari Lemon ni? Mestilah Ya! Kalau korang suka melon, korang kena cuba okayyy.
Sakura Lemon pula rasanya masam manis sikit. Pun sedap juga. Kalau korang teringin nak rasa, bolehlah dapatkan minuman Geisha Garden ini mulai 22 Julai sehingga 26 Ogos 2021.
Ia didatangkan dalam saiz 700ml, Yubari Lemon dan Sakura Lemon ini dijual pada harga RM8.80 je. Kalau korang nak beli dalam PEK COMBO ( Geisha De-Yuo ), harganya cuma RM15 untuk 2 saiz 700ml. Lagi jimat
Korang boleh dapatkan Geisha Garden ini di mana-mana cawangan Coolblog yang berhampiran. Info lanjut layari laman web rasmi www.coolblog.my dan instagram rasmi Coolblog @CoolblogMalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2021/07/coolblog-perkenal-minuman-geisha-garden.html