Cool Lizzie Terasa Lucu Gambar Kena Cantum



PENAMPILANNYA sering menjadi ‘bahan’ kepada warganet untuk meninggalkan komen di akaun Instagram miliknya.

 Malah, ada yang menganggap foto yang dimuat naik penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan keterlaluan kerana kelihatan seksi atau menggoda.

 Menolak segala tanggapan khalayak, Elizabeth turut menegaskan imej yang dipaparkan bukan juga untuk ‘mengumpan’ lelaki. Elizabeth yang selesa dipanggil Lizzie berkata, selagi ibunya tidak menegur cara berpakaian dalam foto dikongsi di IG, dia tidak akan menganggap ia keterlaluan.

 “Jika pakaian saya terlalu seksi dan mengundang kontroversi, saya yakin ibu menjadi orang pertama menegur dan meminta saya menukarnya. “Lagipun, apa salahnya berpakaian mengikut cita rasa kerana saya masih muda.

“Saya bukan berpakaian terlalu seksi seperti bintang K-pop yang mengenakan baju singkat. Saya tidak akan memuat naik foto jika berpakaian begitu.  “Saya hanya muat naik foto yang disukai peminat. Lagi pun, tak salah untuk berkongsi asalkan tidak mengundang perkara buruk,” katanya. 
 Tidak dinafikan setiap kali Lizzie memuat naik foto berimej seksi, wanita berusia 27 tahun itu sering menerima komen ‘tidak senonoh’ daripada pengikut lelaki di laman sosial.

 Menafikan dirinya ‘simbol seks’, Lizzie berkata, banyak akaun lain boleh dijadikan rujukan, bukan IG miliknya saja.

 “Kalau tidak membelek akaun saya, mereka boleh juga akses benda lain. “Setakat ini, saya tidak pernah rasa terancam dengan membaca komen ditinggalkan pada foto saya. Jika ada yang dilihat terlalu keterlaluan, saya akan padam dan sekat,” katanya. 
 Tambah Lizzie, dia juga tidak pernah menerima sebarang foto tidak senonoh daripada pengikut seperti sesetengah selebriti lain.

 “Kebiasaannya, saya akan baca komen, tapi kalau mesej itu terlalu peribadi biasanya pembantu saya yang akan memantau. Namun, setakat ini tiada gambar tidak senonoh dihantar.  “Cuma, kebanyakannya wajah saya disunting dan dicantumkan dengan badan wanita yang seksi. Bagi saya, itu okey asalkan tidak keterlaluan.  “Saya lihat pada foto itu wajah saya, tetapi badan orang lain. Saya tidak rasa apa-apa, cuma kelakar kerana terang-terangan gambar itu bukan saya,” katanya. 
 Mengakui membaca setiap komen, Lizzie tiada masalah untuk mohon maaf sekiranya fotonya tidak disukai.

 Lizzie tampil pertaruh filem Escape 

 Siapa sangka, Lizzie yang terkenal dengan seleksi lagu yang menghiburkan turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.

 Terbaru, pelantun lagu SHH itu bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Escape, akhir bulan ini.

 Menceritakan pengalaman membintangi filem itu, Lizzie berkata, tidak banyak yang mampu diceritakan kerana bimbang akan menjejaskan keseluruhan filem.

 Katanya, dia bagaimanapun teruja sepanjang membintangi filem terbabit kerana karya itu antara tawaran terawal yang diperoleh di awal kemunculannya dalam industri seni.

 “Saya tak boleh nak cerita lagi watak saya dalam filem ini kerana bimbang akan merosakkan filem itu nanti apabila anda sudah dapat meneka watak saya.  “Bagaimanapun, saya seronok bekerja dalam filem ini dengan bimbingan pengarah Ikhwansha Hazer serta barisan pelakon hebat lain seperti Kamal Adli dan Amar Asyraf yang menjadi kekasih saya dalam filem ini.  “Satu pengalaman yang manis kerana perbelanjaan untuk filem ini tidak terlalu tinggi, tapi kami masing-masing sebagai pelakon sedaya upaya memberi yang terbaik. Apatah lagi, saya kira genre diketengahkan filem ini baru di persada industri seni tanah air,” katanya. 
 Tambah Lizzie, dalam filem Escape ini penonton akan disajikan dengan konsep ‘plot twist’ dan ‘unexpecting incident’ pada setiap babak.

 “Ia sebuah filem genre ‘cerebral thriller’. Penonton akan berdebar menantikan setiap babak. Filem ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan,” katanya. 
 Menurut Lizzie, dia meminati kerjaya lakonan berbanding nyanyian, namun rezeki menyanyi kini lebih mencurah.

 “Saya juga tak sangka kerjaya nyanyian mendapat sambutan baik sehingga hari ini. Apapun, saya akui lebih berminat dengan lakonan.

 “Lakonan memberikan saya satu kepuasan yang berbeza dan saya tertunggu-tunggu tawaran watak yang mencabar.  “Tahun ini, kalau dapat tawaran watak antagonis memang saya akan terima kerana percaya mampu melakonkan karakter berkenaan dengan baik,”. Katanya. 
 -myMetro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://carianpanas.blogspot.com/2020/03/cool-lizzie-terasa-lucu-gambar-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terjumpa Dalam Almari Kawan Saya Dalam Gambar Tu Wanita Jumpa Gambar Diikat Bunjut Kulit Ular

Terjumpa Dalam Almari Kawan Saya Dalam Gambar Tu Wanita Jumpa Gambar Diikat Bunjut Kulit Ular

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 604 hits
Perbuatan khianat atau cemburu sering berlaku dalam masyarakat kita Begitu juga dengan amalan syirik yang masih dipercayai oleh segelintir masyarakat Santau buatan orang bomoh antara simbolik kepada amalan amalan karut yang dikhuatiri mampu...
10 Bulan Adik Zahiruddin Menghilang Ayah Tak Putus Asa Mencari Cetak Gambar Anak Pada Baju

10 Bulan Adik Zahiruddin Menghilang Ayah Tak Putus Asa Mencari Cetak Gambar Anak Pada Baju

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 518 hits
Umum mengetahui tentang kehilangan seorang kanak kanak yang bernama Muhammad Zahiruddin Putra yang hilang sejak 10 bulan lalu Seorang ayah yang sentiasa mendoakan agar keselamatan anaknya terjaga walaupun tidak tahu hujung pangkalnya Terbah...
Rindu Ayah Syed Uthman Hamzah Berkali Kali Cium Gambar Abam

Rindu Ayah Syed Uthman Hamzah Berkali Kali Cium Gambar Abam

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 786 hits
Video memaparkan anak Allahyarham Abam Bocey Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang berusia sembilan bulan berkali kali mencium gambar bapanya di paparan skrin telefon mengundang rasa sedih dan hiba netizen Video berdurasi 40 saat yang dimuat n...
Exco Perak Berat Hati Tinggalkan Pejabat Menangis Turunkan Gambar Sendiri

Exco Perak Berat Hati Tinggalkan Pejabat Menangis Turunkan Gambar Sendiri

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 449 hits
Pemilihan Tan Sri Muhyiddin menyebabkan beberapa tampuk pemerintahan di negeri negeri yang di diperintah oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini akan mengalami perubahan Ini termasuk kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Ahm...
Hamzah Tarik Tarik Nak Cium Gambar Arwah Abam Sebak Sangat Jangan Risau Ramai Sayang Hamzah

Hamzah Tarik Tarik Nak Cium Gambar Arwah Abam Sebak Sangat Jangan Risau Ramai Sayang Hamzah

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 466 hits
Syaheera isteri kepada Fad Bocey telah memuatnaik video Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang baru berusia lapan bulan sedang mencium gambar arwah Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak hampir 300 ribu pengikut di instagramnya Apa yan...
Terpaksa Turunkan Gambar Sendiri Exco Perak Menangis Tinggalkan Pejabat

Terpaksa Turunkan Gambar Sendiri Exco Perak Menangis Tinggalkan Pejabat

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 393 hits
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan NGO negeri Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim sebak setelah mengetahui kemungkinan terpaksa keluar dari pejabatnya berikutan situasi politik semasa ADUN Titi Serong itu kelihatan tidak dapat ...
Memahami Gambar Cerita Kancil Dan Siput

Memahami Gambar Cerita Kancil Dan Siput

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 420 hits
Cergam merupakan kependekan dari cerita bergambar Cergam mengandung pengertian perpaduan gambar dan teks yang berbaur menjadi satu kesatuan serta mengandung keindahan dan cerita yang bermakna Itulah yang dimaksud dengan cerita bergambar Cer...
Tugu Proklamasi Gambar

Tugu Proklamasi Gambar

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 293 hits
Gambar Tugu Proklamasi Tugu Proklamasi atau disebut juga Tugu Petir yaitu tugu peringatan proklamasi kemerdekaan indonesia Tugu Proklamasi terletak di Taman Proklamasi Jl Proklamasi Terdapat patung besar Soekarno dan Hatta yang ibarat denga...
Grand Mercure Debuts In Malaysian Capital

Resepi Ayam Masak Kicap Dengan Daun Kunyit Mayang

Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

The End Of Guesswork How Vape Detectors Deliver Proof Not Just Suspicion In Schools

Terengganu Suami Isteri Nyaris Maut Geng Lembu Melintas Di Lpt2

Perpaduan Zaman Kucing Berusia 630 Tahun Dan Anak Kucing Di Atas Ch Teau De

3 Cabinet Posts Up For Grabs With A 4th To Go Vacant When Tengku Zafrul S Senatorship Expires On Dec 2

Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahap Kesejahteraan Psikologi Nieyl

Lirik Lagu Lagu Bila Sampai Waktu Faizal Tahir Mimpi

Jeram Dusun Sungai Mahang Nilai Port Healing Dekat Dengan Rumah

Neyo One In A Million Chord

Ketika Ujian Itu Panjang

Icymi 9 Highlights From Eicma 2025