Contoh Teks Ucapan Majlis Perpisahan Pra Sekolah
Contoh Teks Ucapan Majlis Perpisahan JPTP Pra-Sekolah| Majlis Perpisahan Pra-Sekolah Tabika Perpaduan di sekolah anak saya telah berlangsung pada 16 November yang lalu. Agak lewat saya mengemaskini artikel ini ke dalam blog memandangkan kekangan masa untuk menulis. Walau bagaimanapun, saya kongsikan Contoh Teks Ucapan Sempena Majlis Perpisahan Tabika Perpaduan untuk rujukan pada masa hadapan.
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Cikgu Jeriah,
Yang Berusaha, Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu, Pn Siti Nurfatimah Binti Hussen,
Yang Dihormati, Penolong Pegawai Perpaduan, Encik Muhd Zulkefli Bin Mohd Nazri, Cikgu Jeriah dan Cikgu Nancy,
Yang Dikasihi, Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP), Ibu Bapa serta anak-anak murid Kelas Bunga Orkid sekalian
Assalamualaikum dan Selamat Petang,
Untuk makluman semua yang hadir pada hari ini, program hari ini adalah program yang terakhir pada tahun ini. Sepanjang tahun ini, banyak juga aktiviti yang berjaya kita realisasikan dengan dana yang cukup terhad. Walau bagaimanapun, hasil sumbangan daripada ibu bapa, telah menampung kekurangan yang kita hadapi pada tahun ini
Untuk makluman Puan Siti dan hadirin yang hadir,
Menjadi tugas kami sebagai ahli JPTP yang dilantik dan ibu bapa murid Kelas Bunga Orkid untuk terus menyokong dan memberi komitmen berterusan kepada pihak pengurusan Kelas Bunga Orkid dan Bahagian Perpaduan Sibu dalam mewujudkan hubungan akrab, saling bergantung antara satu sama lain, memberi idea untuk kepentingan bersama serta membantu meringankan beban cikgu semasa penganjuran program di Kelas Bunga Orkid
Alhamdulillah, ianya dibuktikan dengan nyata, pada setiap program yang dianjurkan, ibu bapa telah memberi sumbangan wang ringgit, makanan dan tenaga untuk memastikan setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar. Kehadiran ibu bapa pada setiap program juga sangat memberansangkan walaupun kita memahami segelintir ibu bapa agak sukar untuk diberi pelepasan kerana tuntutan pekerjaan. Namun mereka sentiasa menyalurkan komitmen dalam satu bentuk yang lain kepada Kelas Bunga Orkid.
Terima kasih kepada ibu bapa semua.
Untuk makluman Puan Siti dan hadirin sekalian,
Tidak lengkap jika kita berpisah bagi Seisi Tahun 2017 ini tanpa seloka pantun, Bagi pihak ahli JPTP, jika terdapat kekurangan dan kesalahan daripada kami,
Patah galah nyulok kedondong Galah bernama intan baiduri Bukannya salah ibu mengandong Salah ya dari kamek, ahli JPTP sendiri
Kepada murid dan ibu bapa yang akan meninggalkan keluarga besar kita,
Sungei Bintangor jauh ke darat Apong hanyut berbelah duak Kitak ke timur kamek ke barat Ada suratan bertemulah juak
Kepada ahli JPTP yang telah bersama-sama sepanjang tahun ini,
Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan puan saya tidak lupa Telah terpahat didalam hati
Sekian, Terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bilalelakiberbicara.com/2017/11/contoh-teks-ucapan-majlis-perpisahan.html