Contoh Surat Akuan Bersumpah
CONTOH SURAT AKUAN BERSUMPAH (Cara Buat SD Dimana Harga)
Kepada anda yang ingin membuat surat akuan bersumpah, semestinya anda mencari contoh untuk dibuat panduan. Disini kami akan kongsikan kepada anda dan juga kadar harga semasa, semoga membantu
APA ITU AKUAN SUMPAH
Akuan bersumpah atau akuan berkanun adalah pengakuan bersumpah yang kandungan faktanya diketahui benar oleh orang yang mengikrarkan dan dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 (Pindaan 1969), dan seseorang yang mengikrarkan akuan bersumpah mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan berkenaan.
Surat Akuan Berkanun atau Statutory Declaration (SD) adalah dikawal selia di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13). Ada juga orang memanggilnya dengan nama Surat Sumpah atau Surat Akuan Bersumpah
Surat akuan itu hanyalah perspektif daripada pembuatnya bahawa penegasan fakta yang terkandung di dalam surat akuan itu sebagai mempunyai merit dan beliau sanggup dihadapkan dengan pendakwaan jenayah jika fakta itu tidak benar
KADAR HARGA BAYARAN AKUAN SUMPAH
Berikut adalah merupakan kadar bayaran untuk memeterai Akuan Sumpah melalui perkhidmatan Pesuruhanjaya Sumpah iaitu:
NO.
JENIS DOKUMEN
KADAR BAYARAN (RM)
1
Akuan Berkanun (SD)
10
-Ekshibit/Lampiran (SD)
10
2
Afidavit atau dokumen / instrumen lain
– Asal Pertama
10
– Salinan Selepas
5
3
Lampiran
– Asal Pertama
5
– Salinan Selepas
2
NOTA : Pesuruhjaya sumpah bukan lah saksi pada sesuatu perjanjian atau akuan tetapi sumpah diangkat dihadapan pesuruhjaya sumpah. Surat akuan sumpah yang di angkat ‘DIMETERAI” di hadapan pesuruhjaya sumpah di mana isi kandungan di bacakan di hadapan pesuruhjaya sumpah dan selepas ditandatangani oleh pengangkat sumpah, Pesuruhjaya sumpah akan menurunkan cop dan tandatangannya.
LOKASI BUAT AKUAN SUMPAH
Anda semua boleh pergi ke Tempat Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara dan tanda-tanda adalah seperti di bawah:
Premis yang khas dan dipapan tanda Pesuruhanjaya Sumpah.
CARA BUAT AKUAN SUMPAH
Kepada anda yang ingin memeterai surat akaun sumpah, berikut adalah adalah merupakan caranya:
Hadir ke mana-mana pejabat Pesuruhanjaya Sumpah (PJS) berhampiran anda
Apabila anda masuk ke dalam, terdapat seorang PJS yang dipoket kirinya tertera Pesuruhjaya Sumpah dan nombor pengenalanya.
Mereka akan mencatitkan nama anda, kad pengenalan dan melihat dokumen yang anda bawa.
Seterusnya beliau akan membaca dokumen dan memahamkan anda dan anda disuruh menandatangani dokumen sumpah itu.
PJS akan mencatitkan bitir-butir identiti anda dibuku daftarnya dan anda disuruh menandatangani dibuku tersebut.
Akhirnya PJS akan mengecopkan sealnya keatas dokumen yang anda bawa.
CONTOH SURAT AKUAN BERSUMPAH
Berikut adalah merupakan contoh surat akaun sumpah yang boleh anda copy, paste dan edit:
SURAT AKUAN SUMPAH
Saya ………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan ……………………………. yang beralamat di ………………………………………………………………………………………………………………….dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa saya:-
1. ………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ………………………………………………………………………………..
Saya sesungguhnya mengaku dan berikran bahawa akuan ini dibuat dengan penuh kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta mematuhi peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Akta Akuan Berkanun 1960.
Diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas iaitu:-
Nama : ………………………………………………………………………..) ……………………………………………………………..
di (alamat) …………………………………………………………………..) (Tandatangan penama)
…………………………………………………………………………………………. )
di Negeri …………………………………………………………………….)
Pada ……………… haribulan ……………. tahun ……………………..)
di hadapan saya
…………………………………………………………
Pesuruhjaya Sumpah / Majistret /
Hakim Mahkamah Sesyen
ARTIKEL BERKAITAN:
CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH TERKINI (FLAT,TERES,KONDOMINIUM,SOHO,RUMAH KEDAI)
PERMOHONAN PENGESAHAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA MAHKAMAH SYARIAH (Contoh Surat)
CONTOH AKTIVITI SUKARELAWAN (Boleh Masuk List Resume & Temuduga)
The post CONTOH SURAT AKUAN BERSUMPAH (Cara Buat SD Dimana Harga) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/akuan-bersumpah.html