Contoh Story Selling Guna Emosi Kelakar


Saya tahu ramai yang ada masalah nak menulis surat jualan untuk melariskan produk, terutama sekali mereka yang baru nak berniaga secara online ni. Salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan adalah dengan menggunakan teknik Story-Selling. Teknik ini adalah teknik menjual atau mempromosi secara tidak langsung yang banyak dipraktikkan menerusi media sosial.

Sebelum ini saya pernah kongsikan satu ebook panduan yang menyediakan draft atau dengan kata lain, 176 template pelbagai niche untuk digunakan dalam teknik Story-Selling ini. Ia satu panduan yang cukup baik yang boleh digunakan sebagai starter untuk mereka yang baru nak berniaga online bagi mendapatkan pelanggan.
Contoh Story-Selling Menggunakan Pendekatan Emosi Kelakar
Menerusi ebook panduan tersebut, ia menyenaraikan 4 cara penulisan Story-Selling ini, salah satunya ialah menggunakan kaedah penceritaan kelakar. Haa .... macamana tu? Baik, untuk memberikan satu gambaran mengenai cara Story-Selling emosi kelakar ni, saya akan cuba berikan beberapa contoh yang boleh anda guna-pakai mengikut niche perniagaan atau jenis produk yang anda nak jual.

Ok, yang pertama adalah seperti di bawah ...
Contoh Story-Selling Jual Baju Melayu “Aku dah beli tiket kapal terbang. Kalau tak ada juga aku tak tau nak kata apa dah!”

Salim berkata kepada Zainon sambil tunjuk tiket penerbangan ke Bangladesh.

“Apa kejadah kau nak ke Bangladesh ni Salim? Cari girlfrend ke? Sini banyak lagi lah gadis-gadis yang nak dekat kau,” kata Zainon dengan muka kehairanan.

“Hotak hang. Gadis Bangladesh nak buat apa. Hang ingat aku tak ada taste ka? Dah la. Aku nak gerak dah p airport. 4 jam lagi nak berlepas. Jumpa lagi 3 hari,” Salim yang dah siap kemas nak keluar.

Zainon memang dah malas nak cakap apa dekat si Salim ni. Ditegur dan tanya lebih-lebih, silap berlaku kes pembunuhan dalam rumah.

Lepas 3 hari Salim kembali ke Malaysia dengan membawa pulang 5 gulung kain dan seorang lelaki Bangladesh.

“Salim. Sapa pula kau bawak balik ni?”

“Aku pergi Bangladesh pergi beli kain untuk buat baju melayu. Aku siap bawak balik tukang jahit paling power dekat Bangladesh untuk siapkan baju melayu aku dan family aku yang lain,” kata Salim.

Yang kau susah-susah dan bazir duit kenapa?

Baju melayu yang dijahit dengan elok, kain berkualiti semuanya ada dekat Butik Melayu Sejati.

Pelbagai baju melayu, warna dan saiz semuanya ada disini.

Semua baju terbaik boleh beli dekat: [link website/instagram]

Harga sepastinya murah! Hanya RM100 sepasang percuma sampin!

Jangan risau kalau tersalah beli saiz. Jaminan dari kami, korang boleh tukar semula ikut saiz yang betul.

Boleh juga whatsapp kami terus untuk dapatkan katalog baju, sebarang pertanyaan atau tempahan baju melayu: [Link whatsapp]

“La ye ke? Habis apa aku nak buat dengan kain banyak-banyak dan tukang jahit Bangladesh ni?,” kata Salim sambil melihat lelaki bangladesh tu mula menangis.
Contoh Story-Selling Jual Pakaian Wanita “Baru balik fashion show ke Rosnah oiii..??”

Tanya Pak Samad sambil ketawa beramai-ramai bersama geng-geng pencen di warung kopi Wak Koyok.

Rosnah yang baru turun dari Grab, terus berjalan dan tak layan orang tua-tua yang menunggu masa malaikat maut jentik jantung saja di warung.

“Hek eleh orang tua-tua ni. Nak mengorat pun tak ada skill. Kalau nak mengorat pun, guna la ayat yang ada cia cia cia,” kata Rosnah dalam hati sambil menuju ke rumah sewa yang tak jauh dari situ.

Sambil letak handbag atas meja, Rosnah pun kata dekat kawan serumah beliau, “Kau tau tak Emy, Pak Samad ni selalu kacau aku. Nak mengorat la kita yang cantik ni le tu. Ada hati. Dah la Pak Samad tu muka macam ikan keli. Misai 3 4 helai. Kalau nampak aku selalu kata baru balik fashion show.”

“Kau ingat orang tua-tua tu nak mengorat kau ke? Diorang perli kau la. Kau je perasan cantik dengan pakaian kau ni,” kata Emy.

“Aik, apa masalah baju-baju aku ni?” Rosnah mula rasa pelik.

Pakaian kau ni punya la kau tak nak sama sampai kau buat sendiri, jahit sendiri baru pelik-pelik dah macam badut dah aku tengok. Kau je rasa ok. Orang lain nampak kau aneh.

Dari kau buat sendiri dan beli baju yang entah apa-apa tu, baik kau beli je baju dekat Butik Wanita Chantique ni.

Butik Wanita Chantique ni banyak pilihan pakaian dan pakaian nya selalu update. Tak adalah design 6 bulan lepas ada lagi dalam simpanan dan jual. Biasa 2-3 bulan kalau datang pasti ada design pakaian baru.

Butik pun selesa kalau masuk. Tak sesak berhimpit.

Korang kalau nak beli baju wanita, datanglah Butik Wanita Chantique ni dekat Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Memang banyak pilihan pakaian, termasuk seluar, blouse dan pelbagai pakaian lah. Saiz pun banyak ada. Harga memang berpatutan. Pakaian pun terhad untuk setiap design.

Boleh tengok dekat Instagram diorang: [link Instagram]

Atau boleh whatsapp untuk diorang bagi katalog pakaian: [link whatsapp]

“Jubake! Selama ni aku ingat orang nak mengorat aku. Mesti diorang ingat aku gila,” kata Rosnah sambil sumbat kepala celah sofa rumah.

Okeh. Jadi macamana? Menarik tak untuk dipraktikkan?

Sebenarnya ada banyak lagi contoh atau template yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk yang anda jual. Di atas cuma dua contoh yang saya ambil daripada ebook panduan - 176 Template Story-Selling. Kalau tak silap saya, ada 44 niche disediakan merangkumi 4 teknik emosi yang berbeza.

Kalau rasa nak guna teknik ini untuk promosi produk anda secara online, terutama di media sosial .. bolehlah muat-turun template tu di sini - https://bukulali.onpay.my/order/form/TSSPL/97

Malah, lama-lama bila dah selalu praktik, anda akan ada kebolehan sendiri untuk cipta Story-Selling anda sendiri ikut kreativiti anda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hasrulhassan.com/2023/05/contoh-story-selling-guna-emosi-kelakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadang Down Emosi Tak Tentu Sebelah Tangan Je Boleh Guna Rita Rudaini Dedah Punca Anak Patah Tangan

Kadang Down Emosi Tak Tentu Sebelah Tangan Je Boleh Guna Rita Rudaini Dedah Punca Anak Patah Tangan

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 255 hits
Setelah beberapa hari memuat naik update terkini keadaan anaknya menerima r watan akhirnya pelakon Rita Rudaini berkongsi punca anak sulungnya Airit Rayyan mengalami kecederaan Dalam perkongsiannya di laman Instagram Rita berkata tangan kan...
Netizen Anggap View Chin Sengaja Guna Isu Tangga Untuk Marketing Ingat Kelakar Ke Hashtag Tu Loser

Netizen Anggap View Chin Sengaja Guna Isu Tangga Untuk Marketing Ingat Kelakar Ke Hashtag Tu Loser

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 167 hits
Pempengaruh dan usahawan terkenal TikTok View Chin menerima kecaman netizen gara gara memuat naik foto bergambar di tangga memakai baju Melayu baru baru ini Hantaran itu mengundang rasa kurang senang orang ramai di mana mereka merasakan pem...
Biskut Chocolate Almond Cluster Viral Guna Tiga Bahan

Biskut Chocolate Almond Cluster Viral Guna Tiga Bahan

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 208 hits
Biskut chocolate almond cluster ini penuh dengan rasa premium Dimasukkan juga kepingan biskut oat dark coklat Hasilnya coklat akan kurang muak dan bila gigit rasa rangup oat biskut coklat chip dan kacang badam Ha dapat bayangkan kesedapanny...
Buasir Otak Tv Mobile Legends Buat Comeback Guna Lesley Live

Buasir Otak Tv Mobile Legends Buat Comeback Guna Lesley Live

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 134 hits
Pertama kali live stream Mobile Legends guna Lesley hampir kalah asyik kena ambush dengan Saber tapi berjaya comeback boohhhh Comeback is real gaisss Jom tonton animasi ini
Guna Pili Siti Zailah Kata Dapat Kebenaran Pengarah Bomba Kelantan Nafi

Guna Pili Siti Zailah Kata Dapat Kebenaran Pengarah Bomba Kelantan Nafi

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 292 hits
MalaysiakiniAhli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff menafikan dakwaan dia mencuri air dari pili bomba untuk kegunaan penduduk di kawasan itu pada April lalu Sebaliknya Siti Zailah berkata dia mendapat kebenaran daripada Air Kel...
Acara Madani Jika Guna Duit Kerajaan Sebab Dah Ada Peruntukan Dari Kerajaan

Acara Madani Jika Guna Duit Kerajaan Sebab Dah Ada Peruntukan Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 191 hits
Sanusi ni memang tak masuk ajar dah Ada orang kata tak payah layan Tapi aku ulas sebab tak nak ada orang atas pagar yang percaya sembang dia Majlis Aidilfitri Pas Pusat memanglah tak boleh nak guna dana kerajaan negeri Sebab itu acara parti...
Guna Nama Islam Tapi Bab Fitnah No Wahid

Guna Nama Islam Tapi Bab Fitnah No Wahid

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 228 hits
Tengok cara walaun berfikir Dia tak faham maksud yang orang nak sampaikan Atau dia sengaja putar belit sebab nak tutup kejahatan ulama su mereka Hakikatnya bukan kita malu nama Islam dilekatkan pada sesebuah parti tapi Islam dimalukan denga...
Exco Johor Nafi Salah Guna Kuasa Keluar Surat Sokongan Bapa

Exco Johor Nafi Salah Guna Kuasa Keluar Surat Sokongan Bapa

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 135 hits
Tular surat sokongan ditandatangi Hairi Mad Shah yang didakwa sebagai sokong bagi memudahkan urusan berkaitan kerajaan untuk bapanya Mad Shah Alus PETALING JAYA Seorang exco Johor menafikan dakwaan menyalahgunakan kuasanya dengan mengeluark...
Wanita Vietnam Didakwa Serang Polis Guna Gunting

Wanita Vietnam Didakwa Serang Polis Guna Gunting

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 134 hits
BernamaMELAKA Seorang wanita Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas dua pertuduhan menyerang seorang pegawai polis dan menghalang tugas penjawat awam bulan lepas Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Nguyen Thi ...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat