Contoh Soalan Jawapan Ukcg 2021 Format Terbaru Terkini E Ukcg
CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG 2021:FORMAT TERBARU & TERKINI e-UKCG
Jika anda telah membuat permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP ambilan 2021 dan telah membuat semakan kelayakan menduduki UKCG untuk kemasukan ke ke Institut Pendidikan Guru (IPG),anda perlukan CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG 2021?
APA ITU e-UKCG?
e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG. Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.
TARIKH eUKCG 2021
Pelaksanaan eUKCG (Portal PISMP/ IPGM) : 1 hingga 25 April 2021
Keputusan Calon layak dipanggil eUKCG dan Menghantar URL/ link Video Demonstrasi (7 Minit) (Portal PISMP) : Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) : 30 April 2021 hingga 16 Mei 2021 (11:59 malam)
Menyediakan Video Pengenalan Diri/ Demonstrasi (6-8 Minit) dan dan menghantar URL Video tersebut kepada IPGM – menerusi Portal PISMP : 30 April 2021 hingga 16 Mei 2021 (11:59 malam)
* Tarikh semakan adalah seperti kalendar aktiviti IPG 2021
SEMAKAN UJIAN GURU UKCG 2021
Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh check melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:
Pautan online: https://pismp.moe.gov.my
JENIS SOALAN UKCG ( CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG )
Untuk makluman eUKCG terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG), Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (VKF)
Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG)
e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
Penyediaan Dan Penghantaran Video Pengajaran
Calon yang lulus e-UKCG sahaja dikehendaki menyediakan VP.
Menghasilkan VP antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman VP hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
Hantar link/ URL VP ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Garis Panduan Penyediaan Video Pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki saringan e-UKCG.
Sekiranya calon tidak menghantar VP, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
Penyediaan VP hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.
Penyediaan Dan Penghantaran Video Kecergasan Fizikal (VKF)
Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.
Nota : Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel penilai VP dan VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG 2021
Sebagai rujukan buat para calon, ini adalah contoh-contoh soalan INSAK :
Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.
Setuju B. Tidak setuju
Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru
Setuju B. Tidak setuju
Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja
Setuju B. Tidak setuju
Saya akan dipandang rendah jika merendah diri
Setuju B. Tidak setuju
Berbincang teknik mengajar dengan rakan sejawat akan merugikan masa
Setuju B. Tidak setuju
Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam
Setuju B. Tidak setuju
Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa
Setuju B. Tidak setuju
Melakukan kesilapan bukan perkara yang memalukan, yang pentingnya mesti berusaha membetulkannya.
Setuju B. Tidak setuju
Jika tersilap, biar masa melupakannya
Setuju B. Tidak setuju
Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya melaksanakannya.
Setuju B. Tidak setuju
Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat
Setuju B. Tidak setuju
Saya menepati masa melaksanakan tugas saya
Setuju B. Tidak setuju
Saya rajin bekerja dengan mengharapkan pujian daripada majikan saya
Setuju B. Tidak setuju
Apabila bekerja dengan rakan sejawat, saya akan memimpin dan banyak memberi arahan daripada mengikuti kata mereka
Setuju B. Tidak setuju
Kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal walaupun ada masa lapang
Setuju B. Tidak setuju
Saya berminat kerja guru kerana ia boleh mendapat gaji lumayan
Setuju B. Tidak setuju
Sungguhpun ada banyak risiko dan cabaran dalam tugas, saya bersikap positif menghadapinya
Setuju B. Tidak setuju
Jika saya tidak gembira, saya akan memberi teguran tanpa mengira kedudukan orang
Setuju B. Tidak setuju
Jika prestasi saya ditegur, saya akan berusaha mengundur diri
Setuju B. Tidak setuju
Sebelum ambil tindakan, saya menimbang langkah-langkah kejayaan mencapai objektifnya.
Setuju B. Tidak setuju
Cadangan Jawapan : 1A 2A 3B 4B 5B 6B 7A 8A 9B 10B 11A 12A 13B 14B 15B 16B 17A 18B 19B
20A
*Nota Penting : Contoh soalan ujian bertulis eUKCG di atas adalah bukan soalan sebenar ianya contoh sebagai panduan buat calon sahaja
SOALAN LAZIM CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG
Bilakah e-UKCG PISMP dijalankan?
e-UKCG PISMP 2021 akan dijalankan pada 1 hingga 25 April 2021.
Bolehkah calon menukar tarikh e-UKCG yang telah ditetapkan?
TIDAK. Calon tidak dibenarkan menukar tarikh e-UKCG dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.
Bagaimana calon boleh mengetahui status layak e-UKCG?
Calon yang telah melengkapkan permohonan PISMP 2021 secara dalam talian akan diberi tarikh menduduki e-UKCG. Sila peka dan ingat tarikh e-UKCG yang ditetapkan.
Adakah calon ditempatkan di pusat-pusat tertentu untuk menduduki e-UKCG?
TIDAK. Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.
Bagaimana sekiranya calon sukar mendapatkan talian internet untuk menduduki e-UKCG di rumah?
Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar.
Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT. Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.
Apakah alat yang boleh digunakan untuk menjawab e-UKCG?
e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian. Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa.
Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.
Di manakah calon boleh mendapatkan panduan untuk menduduki e-UKCG?
Panduan kepada calon untuk menduduki e-UKCG disediakan. Calon boleh memuat turun panduan dan membaca dengan teliti sebelum mula menjawab.
Apakah persediaan yang perlu calon lakukan sebelum menduduki e-UKCG?
Calon akan ditetapkan tarikh untuk menduduki e-UKCG. Calon perlu peka dengan tarikh yang diberi dan membuat persediaan awal seperti mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk menjawab sekiranya tiada talian internet di rumah.
Pastikan calon membaca dan memahami arahan soalan dengan teliti sebelum membuat pengesahan untuk menjawab soalan.
e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
Bolehkah calon berbincang dengan keluarga atau orang lain semasa menjawab e-UKCG?
TIDAK. Calon tidak dibenarkan berbincang atau bertanya kepada ahli keluarga atau orang lain semasa menjawab e-UKCG.
Setelah calon selesai menjawab e-UKCG dan klik butang hantar, adakah calon boleh menjawab semula ujian tersebut?
TIDAK. Calon tidak lagi boleh menjawab e-UKCG setelah hantar.
Bagaimana sekiranya berlaku gangguan semasa calon menjawab e-UKCG seperti kerosakan talian internet, terputus bekalan elektrik, kerosakan komputer dan sebagainya?
Sekiranya berlaku gangguan seperti di atas yang menyebabkan calon tidak boleh meneruskan ujian, calon perlu memohon untuk meneruskan ujian dengan klik butang [ Aduan Ralat ]. Calon akan diberikan tarikh/masa baharu untuk meneruskan ujian. Sila baca arahan dengan teliti.
Adakah temu duga bersemuka masih dilaksanakan?
TIDAK. Temu duga bersemuka digantikan dengan penilaian rakaman video. Anda dikehendaki menyedia dan menghantas video demonstrasi pengajaran ataupun bercerita cerita kanak-kanak untuk dinilai.
Adakah semua calon yang memohon IPG perlu menyediakan rakaman video?
TIDAK. Hanya pemohon yang lulus UKCG sahaja dikehendaki menyediakan rakaman video berdasarkan garis panduan yang disediakan.
Bilakan saya akan dimaklumkan untuk menyediakan rakaman video?
Anda akan mengetahui tarikh penyediaan video apabila membuat semakan keputusan UKCG melalui portal yang ditetapkan. Anda perlu memasukkan ID dan kata laluan untuk membuat semakan.
Apakah kandungan rakaman video yang perlu disediakan?
Kandungan video yang perlu disediakan merangkumi komponen Pengenalan Diri dan Demonstrasi Pengajaran/ Bercerita Kanak-Kanak.
Satu garis panduan lengkap telah disediakan sebagai rujukan pemohon menyediakan rakaman video yang boleh dimuat turun daripada portal yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk membaca segala arahan yang terkandung dengan teliti.
Berapa lamakan tempoh rakaman video yang perlu saya sediakan?
Anda diberi tempoh selama 45 hari bermula pada 30 April 2021 hingga 16 Mei 2021 untuk menyediakan rakaman video. Anda dikehendaki menghantar link/url rakaman video kepada IPGM menerusi portal PISMP selewat-lewatnya pada 16 Mei 2021 jam 11.59 malam.
Bagaimanakah sekiranya saya tidak mematuhi garis panduan/pengisian rakaman video yang disediakan?
Rakaman video anda TIDAK akan dipertimbangkan untuk dinilai oleh panel penilai. Permohonan anda juga TIDAK akan diperaku.
Sekiranya saya tidak menghantar rakaman video/menghantar selepas tarikh yang ditetapkan adakah permohonan saya layak dipertimbangkan?
Permohonan anda TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan/diperaku.
Adakah saya akan dihubungi sekiranya IPGM ingin mendapatkan maklumat tambahan/lanjut tentang diri saya?
Dalam tempoh penilaian rakaman video dibuat, anda juga boleh dihubungi oleh panel penilai menerusi panggilan video /Skype/panggilan telefon bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan/lanjut tentang diri anda.
Oleh itu, anda dikehendaki bersedia dengan gajet dan aplikasi yang bersesuaian (telefon pintar/komputer riba/PC/Skype) dan kemudahan internet bagi melancarkan perbualan. Anda akan dihubungi terlebih dahulu supaya anda bersedia dengan Tarikh dan masa yang sesuai untuk mengadakan perbualan.
Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya saya memuat naik rakaman video dalam mana-mana media sosial?
Semua rakaman video yang dihantar adalah menjadi hak milik KPM. Justeru, anda tidak dibenarkan memuat naik rakaman video tersebut di mana-mana media sosial. Sekiranya anda didapati melakukan perkara tersebut, permohonan anda akan TERBATAL dengan serta merta.
Apakah Video Kecergasan Fizikal (VKF)?
Video Kecergasan Fizikal atau VKF adalah merupakan saringan kecergasan dan kesihatan calon yang dijalankan secara penilaian rakaman video. Calon yang lulus saringan e-UKCG akan diminta menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Bolehkah tempoh penyediaan VKF?
Calon diminta menyediakan rakaman VKF dalam tempoh antara 30 April hingga 16 Mei 2021. Tarikh akhir calon perlu menghantar rakaman VKF adalah pada 16 Mei 2021.
Bolehkah calon menukar rakaman VKF yang telah dihantar?
TIDAK. Calon tidak boleh menukar rakaman VKF yang telah dihantar. Oleh itu, calon perlu memastikan terlebih dahulu rakaman VKF yang akan dihantar betul-betul menepati garis panduan yang ditetapkan.
Bagaimana calon boleh mengetahui perlu menyediakan rakaman VKF?
Semakan keputusan e-UKCG akan dikeluarkan mulai 30 April 2021. Hanya calon yang lulus e-UKCG sahaja perlu menyediakan rakaman VKF.
Apakah alat yang boleh digunakan untuk membuat rakaman VKF calon?
Calon boleh membuat rakaman VKF menggunakan alat perakam video atau telefon bimbit. Kaedah dan spesifikasi rakaman ada dinyatakan di dalam garis panduan yang disediakan. Sila baca dengan teliti.
Apakah persediaan yang perlu calon lakukan sebelum membuat rakaman VKF?
Calon perlu membaca garis panduan melaksanakan VKF dengan teliti.
Calon boleh melakukan ujian berulang-ulang kali sebagai persediaan dan latihan. Hanya rakaman VKF yang terbaik sahaja perlu dihantar dalam tempoh yang ditetapkan. Perlu diingatkan bahawa rakaman yang telah dihantar tidak boleh diubah.
Pastikan rakaman video dan audio adalah jelas. Kandungan rakaman yang tidak jelas akan menjejaskan penilaian.
The post CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG 2021:FORMAT TERBARU & TERKINI e-UKCG appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/contoh-soalan-jawapan-ukcg.html