Confirm Sedap Pilihan Terbaik Untuk Peminat Sup
Kalau korang peminat tegar sup, Confirm Sedap memang tempat wajib untuk korang singgah!
Keenakan Menu di Confirm SedapBaru-baru ni, sis berpeluang mencuba Set VIP Kongsi, makan untuk 4 orang. Sup yang disajikan memang mantap, terutama Sup Kambing yang jadi kegemaran ramai.
Menu Yang Wajib DiCuba!Hidangan di Confirm Sedap memang istimewa dengan rasa tradisional yang kaya dengan rempah dan bahan segar. Antara yang sis cuba termasuk:
Sup Kambing
Kuah sup yang pekat dan berempah, dengan daging kambing yang empuk dan lembut. Bagi peminat sup, hidangan ni memang tak boleh dilepaskan
Baca Juga: Resepi Daging Masak Kicap
Resepi Sotong Masak Kicap
Ayam Kicap
Ayam berkuah kicap pekat yang seimbang antara manis dan masin. Setiap gigitan memang padu!
Rendang Daging
Daging dimasak perlahan bersama rempah ratus, memberikan rasa yang cukup enak. Hidangan ni sangat sesuai untuk pencinta daging!
Sayur Kangkung Belacan
Tumisan kangkung segar dengan belacan pedas dan wangi, menambah keseimbangan rasa dalam hidangan.
Terung Cili Padi/Berlado
Tumisan terung yang lembut digabung bersama cili padi. Sesuai untuk korang yang sukakan rasa pedas-pedas manis
Telur Dadar
Pelengkap klasik yang wajib ada dalam setiap set hidangan.
Kobis Masak Kicap
Kobis yang dimasak bersama kicap pekat dan manis, menjadikan hidangan sayur ni juga tidak kurang hebatnya. Plus, ada sambal dan kicap dalam bekas cute yang turut menambah kelazatan.
Syrup Rose Lychees
Minuman manis dan segar dengan gabungan sirap rose dan laici, sesuai untuk menyegarkan tekak selepas menikmati hidangan berempah.
Peminat Sup Wajib Singgah ke Confirm Sedap!
Bagi peminat sup, terutama Sup Kambing, Confirm Sedap adalah destinasi yang korang tak boleh lepaskan. Selain Sup Kambing, pelbagai pilihan sup lain juga ada untuk memenuhi selera penggemar makanan berkuah.
Setiap hidangan disajikan dengan rasa penuh, sesuai untuk korang yang mahukan sesuatu yang berempah dan kaya dengan rasa.Disertakan juga dengan sambal pedas dan kicap dalam bekas comel untuk menambah rasa
Tak Sempat Singgah? Guna Grab Food Je!Kalau tak sempat nak datang ke 📍Lalaport, Bukit Bintang, 📍Mitsui Sepang Mall, atau 📍Saujana Damansara, korang boleh terus order melalui Grab Food. Dalam beberapa klik, makanan sedap ni akan dihantar terus ke pintu rumah korang. Mudah, kan?
Jom, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan mantap di Confirm Sedap hari ini! Order sekarang!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2024/09/confirm-sedap-pilihan-terbaik-untuk.html