Comelnya Guna Emoji Untuk Berhubung Iklan Gamuda Land Kali Ni Kreatif Betul
Menjelang Syawal, iklan raya merupakan antara perkara yang sentiasa dinantikan. Memandangkan tahun ini kita sekali lagi bakal menyambut raya dalam kesederhaan, hanya iklan Raya lah yang menjadi mengubat rindu dan menghilangkan rasa duka.
Kali ini kami nak share dengan korang satu video yang mengangkat tema teknik pembelajaran kreatif dengan menggunakan emoji. Korang pon boleh join untuk teka juga tau.
Menampilkan pelakon popular Jasmine Suraya Chin sebagai Cikgu Moji dan pelakon kanak-kanak Danish Zamri sebagai Amin, video raya ini mengangkat kisah buli yang sering terjadi di sekeliling kita dan bagaimana ia sebenarnya memberikan impak negatif kepada mangsa.
Sepanjang video kita dapat menyaksikan sifat bertanggungjawab Cikgu Moji yang bersungguh-sungguh membantu Amin mengatasi perasaan trauma akibat cedera dibuli di sekolah lama.
Ketulusan dan kegigihan Cikgu Moji berinteraksi dengan Amin melalui jendela setiap hari serta melakukan aktiviti kreatif “Tekakan Emoji” berjaya melembutkan hati kanak-kanak itu untuk kembali ke sekolah.
Menghulurkan bantuan ni sebenarnya tidak mengira masa, seperti Cikgu Moji yang ikhlas membantu anak muridnya kembali ke sekolah.
Korang turut boleh mengambil semangat ini untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan supaya nikmat hari raya dapat dikongsikan bersama.
Ketulusan hati membawa seribu erti
Berbanding video raya klise tentang keadaan tidak dapat pulang ke kampung, idea asal yang kreatif ini mengangkat tema kemasyarakatan yang menyamai teras utama Gamuda Land.
Selain itu, pentingnya sifat tulus dan bertanggungjawab disemai dalam diri setiap insan agar menjadi ikutan kepada semua dan melahirkan masyakat yang prihatin.
Mendepani cabaran dalam meneruskan kehidupan musim pandemik ini, sama-samalah kita saling membantu mereka yang kurang berkemampuan dengan penuh keikhlasan.
“Hulurkan Tangan, Ringankan Beban, Ukirkan Senyuman Pada Yang Memerlukan”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/video-comelnya-guna-emoji-untuk-berhubung-iklan-gamuda-land-kali-ni-kreatif-betul/